Thursday, 11 June 2015
KOLEKSI FOTO AHLI UMNO BERTUMBUK KERANA BEREBUT TAPAK BAZAR RAMADAN.
SEREMBAN - Bantahan secara aman dirancang Persatuan Penjaja Uptown Dataran Senawang (PUDS) di depan pejabat Majlis Perbandaran Seremban (MPS), di sini, semalam, berhubung pengurusan bazar Ramadan tidak kesampaian apabila berakhir dengan kekecohan.
Insiden tidak diduga itu berlaku sekitar jam 2.15 petang di pekarangan Dewan MPS, di sini, tatkala penganjur dan peserta piket sedang berteduh ekoran hujan lebat yang menyebabkan aktiviti tersebut terpaksa ditangguhkan seketika.
Sementara menantikan hujan reda, pihak media mengambil keputusan untuk menemu bual Pengerusinya, Mejar (B) Razali Zakaria bagi mengetahui lebih lanjut bantahan yang dirancang.
Namun tidak sampai 10 minit temu bual dijalankan, muncul sekumpulan individu entah dari mana lantas meluahkan ketidakpuasan hati mereka terhadap tindakan Razali dan peserta terlibat.
Bagaimanapun, Razali dilihat tetap tenang dan kekal di tempat duduknya walaupun menerima asakan bertubi-tubi secara lisan dari beberapa arah, sambil cuba dipertahankan Dzullirusdi Razali, 25, yang tidak senang melihat bapanya diperlakukan sedemikian rupa.
Ketika pertikaman lidah semakin rancak, tiba-tiba sahaja berlaku pergelutan antara Dzullirusdi dengan Mohd Fazall Ahi Mohd Yusof, 36, sehingga terpaksa dileraikan oleh semua yang ada di situ.
Bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk, Razali mengambil keputusan untuk beredar kerana mahu membuat laporan di Balai Polis Rahang, di sini.
Selepas keadaan kembali tenang, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Perpaduan Ummah Malaysia (Prima Malaysia), Paduka Ayahanda Mohd Yusof Mohammad Din, 73, tampil memberi penjelasan.
“Sejak 1.30 petang lagi, kami dah ada di sekitar kawasan ni. Masa tu, kami nak dengar dulu apa yang bakal dikatakan Razali pada media.
“Bila dah tahu biji butirnya yang jelas tipu belaka, kami pun serbu dia,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Menurutnya, Razali tidak sepatutnya berbuat sebegitu memandangkan MPS sudah membuka peluang kepada semua untuk berniaga di Senawang pada Ramadan kali ini dengan adil dan saksama.
“Masalahnya sekarang, dia sendiri yang tak mahu ikut serta pengundian di dewan ni pada 8 Jun lepas untuk mendapatkan lot atau tempat bagi peniaga-peniaga bawah kendaliannya.
“Tak dinafikan, Razali memang ada datang masa tu. Tapi dia balik sekitar jam 2.45 petang, sebelum pengundian lot dijalankan,” katanya yang turut disahkan Pengerusi Persatuan Peniaga Bersatu Negeri Sembilan, Nor Hafiz Mohamed Razali, 34, dan Setiausahanya, Zaimiliah Misran, 40.
Pada masa sama, Mohd Fazall Ahi pula menafikan dirinya yang mencetuskan pergaduhan dengan anak Razali.
“Dia yang tolak dulu di bahagian dada. Terpaksalah saya pertahankan diri. Mujur tak cedera, cuma melecet sikit dan baju terkoyak bahagian belakang,” katanya yang akan turut membuat laporan polis bersama bapanya, Mohd Yusof.
Tak tahu diajak berpiket
Dalam pada itu, ahli jawatankuasa (AJK) Pemuda Umno Bahagian Seremban, Mohd Yusmasdi Mohd Yusof, 38, mempunyai sebab tersendiri untuk tidak berpuas hati dengan Razali.
“Razali merupakan AJK Umno bahagian Rembau. Secara tak langsung, perbuatan dia membuat piket akan mencemarkan reputasi parti dan menjatuhkan air muka Menteri Besar.
“Kalau macam ni, bukannya membela peniaga. Sebaliknya menyusahkan peniaga yang dia kelolakan. Nampak sangat dah lari dari tujuan asal Umno yang sepatutnya menolong orang Melayu,” katanya.
Siti Mariam Matzihi, 27, yang bernaung bawah PUDS sejak dua tahun lalu pula rasa tertipu dengan Razali.
“Sedih sangat bila jadi macam ni. Sampai semalam, saya diberikan harapan palsu rupanya. Bila tanya semalam (kelmarin), dia kata tapak niaga dah confirm dapat. Tiba-tiba, hari ni ajak buat bantahan pula.
“Apa akan jadi pada kami semua. Stok jualan untuk puasa pun dah ambil. Bila jadi macam ni, di mana kami nak meniaga. Lepas ni tak kisahlah dengan siapa pun kami bernaung (penganjur), asalkan dapat berniaga di situ nanti,” katanya.
Untuk rekod, sebanyak 360 lot niaga disediakan untuk Ramadan kali ini oleh MPS di Senawang, yang dibahagi kepada Tapak A hingga I.
Seramai sembilan penganjur terpilih dari pelbagai persatuan dipanggil untuk mencabut undi bagi menetapkan kedudukan gerai atau booth bakal diterima.
Setiap penganjur diperuntukkan 40 tapak yang seterusnya akan diagihkan kepada peniaga yang mendaftar sebagai ahli mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Macai umno kata,ni semua salah anwar nepotisme.kahkahkahkah
ReplyDeletePASMACHA bihon sop dikesan
DeleteHahahaha......
DeleteMelayu gaduh kerana merebut rezeki.... bila kawasan ini lengang nanti nak pula pindah kawasan lain, bila kawasan ini meriah merebut tapak pula. Mcm baik buat tendet je! Siapa mampu bayar lebih dia dpt, tak mampu jual tepi jln je....kalau mds buat hal suruh dia bagi tempat kalau jgn halau kami sebab bumi ni bukan milik mds bapa dia org punya.
NAK TANYA BOLEH?
DeleteYANG GADUH TENDANG-MENENDANG TU LEMBU KAK IJAT KAN??
Sedih pulak tengok Melayu Islam bercakaran kerana mencari rezeki bulan puasa. Yang di atas membuncitkan perut saje ke. Tolong la mereka seadil2 nya. Bagi saje peluang semua yang nak berniaga. Habis cerita. Tak payah penaung2 la.
ReplyDeleteKata melayu malas tp ada tapak bazar sewa sampai 11ribu,pusing2 barua umno juga yang kenyang dulu..ngeh3
ReplyDeleteItulah yg sebenarnya..dema menokak secukup rasa
DeletePASMACHA bihon sop dikesan
DeletePeniaga pas dan pkr tengok dari jauhhhhh. ..
DeletePerangai orang melayu macam ni le dari dulu sampai kini dan selamanya. Bodooooo
ReplyDeleteMmg inilah suasana biasa kita nengok dlm komuniti umno , pkr dan mic ......... yg dua tu melayu tp yang satu tu india ............. umno + pkr = mic ( teori relativity komuniti melayu masa kini )
ReplyDeleteCuba anda lihat kecerdikan berpolitik DAP... kenapa mereka buat keputusan cuma putus hubungan dengan PRESIDEN PAS sahaja bukannya PAS.....
ReplyDeleteDan lihat pula kecerdikan berpolitik PAS... dimana mereka memutuskan hubungan dengan DAP bukannya dengan Guan Eng atau Kit Siang..
Inilah dinamakan kecerdikan berpolitik dimana presiden PAS dan Ulamak PAS di jual sekupang dua sahaja oleh DAP dengan perkara ini.. dan sekarang lihatlah PAS sudah terperangkap dengan kenyataan mereka.
Inilah pentingnya jika hendak pilih pemimpin dimana pilihlah yang otak dan akal ada di KEPALA bukannya di SIKU & LUTUT
PASMACHA bihon sop dikesan
DeleteKihkihkih....
DeleteBudaya komisyen saudagar atas angin dah bertapak dari yang teratas hingga kebawah. Anak ketam ikut la perangai bapak ketam. Begitu la nasib bangsaku ini. Allahuakbar.
ReplyDeleteTak diorang ikut nepotism anuar
DeleteApa korang bila ajk nanti jangan pilih Razali suruh buat undi tak percaya pada razali itu ajk pilih secara sistem undian ,tak akan benda ini aku ajar kot
ReplyDeleteKalau ikut style Anuar Berahim, lot tu khas untuk Bini dia. Business satay kajang move
DeleteMelayu dan shortcut berpisah tiada. Mereka tidak percaya kepada usaha keras seperti kaum cina. Sebab itu cina, Pakistan, Indonesia, Myanmar yang baru datang pun boleh kaya dari mereka. Manakala mereka asyik salahkan orang walhal mereka malas dan bodoh.
ReplyDeleteDalam pendidikan mereka nak shortcut, SPM tak mahu score mahu terus ambil degree, sudah dapat ambil degree pakai kuota, tak mahu belajar bersungguh sungguh pula. Attendance minta kawan tanda, assignment buat last minute atau copy paste atau upah orang buat. Malas belajar, ramai ramai datang jumpa lecturer kow tim.
Nak cari kerja mereka malas bersaing mereka nak shortcut. Pakai cable, saudara mara. Masuk cara zalim dengan rampas tempat orang masuk secara adil. Bila ditanya tipu cakap rezeki walhal cable. Berani fitnah Allah cakap itu rezeki.
Dalam berniaga mereka nak shortcut. Masuk kerja kerajaan tapi buat bisnes luar maka tak fokus pada kerja, selalu hilang. Suka melabur skim piramid atau jadi ahli untuk paksa beli (mlm). Jual ayat Quran dan sunnah oleh kerana madu ada dalam quran maka di kapak habis habis walhal harga madu dan minyak zaitun di giant berapa ja. Letak tanda rm20 bila customer pegang dan tanya terus di up harganya, ini 25 yang lain 20, yang atas promosi yang bawah tak. Dasar penipu!
KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.
Umno ni kalau gaduh ada 2 sebab....
ReplyDelete1. Duit
2. Burit
Sekian terima kasih
Kah kah kah...hampeh ko..
DeletePR klu bergaduh ada 3 sbb
Delete1. Jubo ank teruna
2. Burit china doll dan mah
3. Jawatan kpd ank bini dan menantu
Keh keh keh.. hampeh ko
Kihkihkih
DeleteRezeki atas angin atau bapak segala penyamun telah berjaya dtubuh kan oleh najib dgn nama 1msianya.namun ada sedikit kekalutan yg katanya berpunca dr tun.masalah sebenar adlh krn kebodohan melayu najib itu sendiri.ingin kencingkan rakyat n tamak bin haloba.nak cepat kaya enjoy the menjoy laki bini anak beranak kroni.melabur dlm skim cepat kaya pak man telur yg dketuai oleh jholo.akhirnya dkencing cina itu.sudah hutang bilion-bilion tak bayar lg.diam-diam mintak tolong tabung dana negara.ada yg perihatin buat pendedahan.sekarang pembohongan yg ingin dsembunyi semakin terbentang.nasib la org jahat mati dhentam
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMelayu kerja nya bergaduh, bukan kau tak tahu.
ReplyDeleteSatu hari nnti kampung sendiri tergadai kerana kuat bergaduh.
ala gaduh sikit2 tu biasa lah..jangan ambik hati..hidup ni kalau x de sedih..x de gembira..x de gaduh ..x de semua2 tu..tak best..adik beradiki pun gaduh...nikan pula bukan sedara..
ReplyDeleteLagipun...raya nanti salam la balik..minta maap..orang melalyu ni..jangan tengok keburukan kita...tapi tengok kekuatan kita orang melayu..
Syabas Inspector Sahab
Gambar #1
ReplyDeleteSatu penendang untuk engkau
Satu penumbuk kat perut untuk aku.
woiii....buat report polis pun ajak bapak ker?
ReplyDeleteapa punya ameno...
Cadangan aku la....
ReplyDeleteko ajak 10 orang kampong, pah tu cari kebun bapak ko tepi jalan, pah tu bersihkan buat gerai. Pah tu buat promosi. Tak payah nak sewa2. untung 100%. Tak payah nak bertumbuk.
Puasa biasanya balik kerja aku pacak payung tepi jalan kat bangi. Aku jual air tebu. dalam satu bulan bole untung dekat2 10 ribu. Tak payah nak tumbuk-menumbuk. Tak payah bayar sewa. Orang majlis datang aku bagi 1 bungkus. Dia senyum aje...
Delete