Wednesday 3 June 2015

LEBIH RAMAI WARTAWAN DAN JURUGAMBAR DARI ORANG RAMAI YANG SAMBUT KEPULANGAN MUHYIDDIN YASSIN DI KLIA



Sebelum ini punyalah sibuk dan rancak para juak yang menyokong tegar Tun Mahathir menyebarkan berita agar mohon orang ramai terutamanya ahli-ahli UMNO datang ke Lapangan Terbang KLIA malam ini untuk menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bercuti diluar negara.

SMS yang dikirimkan oleh Pegawai Penerangan Pejabat Timbalan Perdana Menteri disebarkan dan beberapa plakad dibuat khas sebagai dorongan untuk pujuk orang ramai datang berbondong sambut kepulangan Muhyiddin Yassin ... namun kehadiran cukup menghampakan sekali.

Lagi mau sembang kencang ka yang ahli-ahli dan penyokong UMNO cukup ramai menyokong Muhyiddin Yassin dibandingkan dengan sokongan yang diterima Najib Razak????

Laungan ‘Selamatkan Malaysia” bergema di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin dari bercuti di luar negara.


Kira-kira 30 penyokong yang terdiri daripada ahli UMNO dan PERKASA yang hadir menyambut Timbalan Perdana Menteri turut melaungkan ‘Hidup Tan Sri’.


Para wakil media yang membuat liputan dikatakan cuba mendapatkan komen mengenai dakwaan beliau telah meletak jawatan, Muhyiddin hanya menjawab ‘no comment’.


Beliau juga hanya menjawab ‘good’ apabila ditanya percutiannya di luar negara.


Muhyiddin menjadi tumpuan pemimpin UMNO selepas beliau tidak hadir dalam Mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu yang mana Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi kata dua kepada anggota Kabinet sama ada bersama beliau demi memulihkan 1MDB atau meletak jawatan.


Muhyiddin diketahui umum tidak menyokong 1MDB selepas video rakaman yang memaparkan beliau mendesak Najib memecat kesemua Ahli Lembaga Pengarah 1MDB disebarkan kepada umum.


Timbalan Presiden UMNO itu dikhabarkan akan menyatakan pendiriannya terhadap desakan supaya Najib meletak jawatan dalam tempoh terdekat ini.

2 comments:

  1. NAJIB DAH MENGGELETAR LUTUT

    KAH KAH KAH

    HARI TU DAH UCAP HEPI BDAY PUN MUHYIDDIN TAK HEPI JGK

    LEPAS NI NAK UCAK APE PULAK LA NAJIB

    KAH KAH KAH

    UCAP HEPI RAMADHAN LA NAJIB

    BELANJA MUHYIDDIN BUKA POSE

    KAH KAH KAH

    NAJIB DAH TAKUT

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  2. susah nak jatuhkan najib lebih2 lagi kalu hadi jadi TPM
    hidup UG

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...