Saturday 13 June 2015

PAKATAN RAKYAT DI INGATKAN JANGAN JADI KUDA TUNGGANGAN TUN MAHATHIR UNTUK JATUHKAN NAJIB


Pakatan Rakyat diingatkan supaya tidak tertipu dengan pemainan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard berkata, pemimpin dan penyokong PR mungkin menganggap Dr Mahathir membantu pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

Namun, hakikat sebenarnya PR menjadi kuda tunggangan kepada Dr Mahathir dan rakan-rakannya demi mencapai cita-cita peribadi dan melindungi kepentingan.

Chegubard berkata, sejarah telah membuktikan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi dijatuhkan oleh Dr Mahathir, pembangkang pada waktu itu menganggap bekas Perdana Menteri membantu mereka.

“Pembangkang menyerang Tun Abdullah Badawi bersama Mahathir hasilnya Abdullah disingkirkan tetapi UMNO (sila baca kelompok Mahathir khususnya Daim dan kuncu) terus kukuh dan Pakatan Rakyat terus dihimpit. Kenapa perubahan total masih tidak diperolehi?

“Ia kerana imej perubahan itu diterajui oleh Mahathir dan kelompoknya, PR hanya mengikuti dari belakang. Jika sekali lagi kita terperangkap diperkuda Mahathir untuk pusingan kali ini maka PR hanya layak sekali lagi selaku pembangkang yang kuat, ” katanya.

Dia berkata, membiarkan Dr Mahathir menyerang dan mengkritik Perdana Menteri tidak bermakna PR perlu membantu Najib.

Sebaliknya, PR perlu mengukuhkan parti dan bersiap sedia mengalahkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang supaya rakyat menghukum Najib.

Chegubard mengakui Dr Mahathir banyak berjasa kepada negara namun tidak bermakna dosa dan kesilapan yang telah dilakukannya dilupa dan membiarkan orang lain menanggungnya.

Katanya, Dr Mahathir telah banyak menimbul kecelaruan kepada negara dengan meminda Perlembagaan dan menghina institusi beraja apabila mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu.

Katanya, pada era pemerintahannya, Dr Mahathir mengamalkan kronisma seperti mewujudkan janakuasa bebas atau IPP untuk kesenangan rakan-rakannya.

Chegubard berkata, ramai yang menjadi mangsa kerakusan Dr Mahathir seperti
Allahyarham Tan Sri Ani Arope yang tidak setuju dengan penubuhan IPP.

“Tan Sri Salleh Abbas dipecat sebagai hakim kerana menentang campur tangan kerajaan dalam sistem kehakiman negara.

“Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi mangsa buli kejam Dr Mahathir, ” katanya.

Bimbang rakyat tertipu dengan sandiwara Dr Mahathir, Chegubard berkata, SAMM dan beberapa NGO lain akan mengadakan kempen #sudahlahMahathir untuk menyedarkan rakyat punca sebenar permasalahan negara.

Katanya, siri penjelajahan negara akan dimulakan pada Ramadan ini untuk mengedarkan 100,000 buku poket Wajah-wajah Sebenar Mahathir.

“Bermula minggu depan kempen #sudahlahMahathir akan membuka satu demi satu fail baru dan lama yang kami perolehi dari berbagai sumber berkenaan Mahathir dan keluarganya,” katanya.

8 comments:

  1. Hadi dh jadi kuda tunggangan Amno omakkau xnk komen ke.kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku xnmpk pun tghh jdi tungangang umno. yg aku nmpk kau yg jadi tunggangan dap

      Delete
    2. Dah kau bodoh mmg la depan mata pun xnampak.kahkahkah

      Delete
  2. Siapa chegubard ni? Adakah ia saekor cipan? Yg dia sibuk hal TUN M tu kenapa?

    ReplyDelete
  3. Pakatan rakyat Jadi kuda tunggangan nepotism ala touch d hanijing matang-kajang-pantai mareiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni dimanakan bangang xblh di ajar mabok pil kuda hadi.kahkahah

      Delete
  4. Monkey Shooter13 June 2015 at 18:48

    Cikgu Badrul (Cikgu tak ada telor berhenti separuh jalan) ini apa mahunya? Dok dalam PR atau PKR kerjanya kondem rakan sendiri. Sepatutnya beliau menyokong kepimpinan PKR kerana mempertahankan beliau di Sungai Acheh yang dijadikan medan pertindihan calon PAS melawan PKR, tetapi sebaliknya "anak haram jadah" ini menjadi-jadi pula perangainya menghentam rakan PKR dan menyokong Hadi Awang (ayah mertua Din Ayam Wal Laknat). Sekarang ini pula Najib yang terlalu laju berlari untuk membankrapkan negara disokong pula oleh Badrul Anak Haram Jadah ni .......... Patutlah pengecut bila nak bertempur dan bertembung dengan samseng UMNO tapi pandai tunjuk hero atas lori bila diberi loud haller, sudahlah Badrul.....engkau ambil sahaja Omakkau sebagai Gundik kerana dia pun anti Azmin Ali juga sama seperti kamu.

    ReplyDelete
  5. Anwar hasil didikan mahathir jadi sebab itu perangai dia sama je. Suka jatuhkan orang, anwar telah jatuhkan tski dan chegubard dan lain2, isu llp itu adalah perbuatan tun m dan anwar itu sendiri, chegubard harus baca sejarah anwar dan mahathir itu ia

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...