Friday 5 June 2015

RAFIZI CAKAP HARGA BAHAN API DINAIKKAN UNTUK ROSMAH BELI LEBIH BANYAK CINCIN BERLIAN ADALAH SUATU GURAUAN SAHAJA BUKANNYA SERIUS ... PULAK DAH!!!!!!!!




Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang sedang berdepan saman fitnah Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor kerana ulasan berkaitan harga bahan api yang bakal berlaku pada sebuah forum, mempertahankan kenyataannya, mengatakan ia dibuat secara berseloroh.

Dalam pembelaannya terhadap saman itu, Rafizi berkata perdana menteri dan Rosmah tidak boleh menganggap kenyataannya sebagai fitnah tetapi berseloroh.

"Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah," kata setiausaha agung PKR itu dalam satu dokumen yang dilihat The Malaysian Insider, sambil menambah ia dibuat ‘secara berseloroh’.

Dalam kenyataan itu, Rafizi berkata harga bahan api yang semakin meningkat akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.

Rafizi, yang juga naib presiden PKR, juga bergantung kepada pembelaan ulasan wajar dan perlindungan bersyarat untuk saman itu ditolak.

Perkara ini ditetapkan bagi pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Noraini Abdul Rahman pada 26 Jun.

Sementara itu, peguam yang sudah biasa mengendalikan saman fitnah, tidak menolak kemungkinan peguam mewakili Najib dan Rosmah bagi membatalkan pembelaan Rafizi, apa yang diperkatakannya tidak lebih daripada kata-kata lucu.

Saman terhadap Rafizi difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 16 Mac oleh Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, peguam mewakili Najib dan Rosmah.

Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah Chan Chee Kong, pemilik portal Mediarakyat.

Dalam pernyataan tuntutan, pasangan itu berkata Rafizi mengucapkan kata-kata fitnah berkaitan kenaikan harga bahan api pada forum di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi dalam video bertajuk "Kenapa kita pertahan subsidi minyak" yang dirakam Mediarakyat, dan Chan atau pembantunya memuat naik di YouTube bagi akses seluruh dunia.

Video ini juga terdapat di laman Facebook Rafizi.

Najib dan Rosmah berkata ucapan Rafizi, yang diterbitkan semula dalam video, jelas bertujuan memfitnah mereka.

Mereka berkata, Chan juga gagal berpegang kepada prinsip kewartawanan yang bertanggungjawab kerana gagal mengesahkan dakwaan sebelum video dibenarkan untuk kegunaan awam.

"Semua defendan tahu sebarang penerbitan akan membawa kerosakan tidak boleh diperbaiki kepada kami dan menjatuhkan reputasi kami dalam pemikiran orang ramai," kenyataan dalam tuntutan itu.

Najib dan Rosmah menuntut ganti rugi yang difikirkan wajar oleh mahkamah dan permohonan maaf secara terbuka disiarkan dalam akhbar dan majalah.

Mereka juga menuntut Chan mengeluarkan video daripada YouTube, Mediarakyat dan Facebook.

Najib juga memfailkan saman yang sama terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua terhadap komen itu yang didakwa dibuat kepada dana pelaburan strategik 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Tony memfailkan pembelaannya, memetik antara lain, sebagai ahli Parlimen beliau mempunyai tanggungjawab sebagai wakil rakyat untuk membangkitkan isu kepentingan awam.

Ketua publisiti kebangsaan DAP itu berkata, orang ramai mempunyai hak menerima maklumat mengenai isu yang memberi kesan kepada mereka dan semua fakta sudah disahkan sebelum ia didedahkan kepada domain awam.

Pua juga mempersoalkan kedudukan Najib memfailkan saman itu kerana beliau juga adalah ahli Parlimen Pekan, perdana menteri dan menteri kewangan.

"Kelakuan beliau harus tertakluk kepada kritikan apabila memegang jawatan awam," kata Pua.

Najib juga memfailkan saman terhadap Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakob dan Ketua Pengarang Portal Harakahdaily Taufek Yahya yang berkaitan dengan artikel ditulis Rosli pada 19 Februari bertajuk “Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz? (Bhg 2)”.

Dalam pernyataan tuntutannya, Najib mendakwa penerbitan artikel itu mencemarkan maruahnya dan menyebabkan beliau dikutuk media sosial dan media massa.

Najib juga mendakwa Taufek gagal mengamalkan kewartawanan dengan bertanggungjawab apabila tidak mengesahkan kesahihan artikel sebelum menerbitkannya.

Kritikan memuncak terhadap Najib berhubung 1MDB, yang ditubuhkan pada 2009 dan mencatatkan hutang sehingga RM42 bilion.

Najib berada di bawah tekanan ahli politik pembangkang dan bekas pemimpin Umno, termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan badan anti rasuah yang menuntut siasatan menyeluruh terhadap dana itu. Dr Mahathir juga menuntut Najib berundur terhadap skandal 1MDB itu.

Najib bagaimanapun menegaskan beliau tidak akan berundur dan akan sebenarnya berjuang lebih kuat, memberitahu orang ramai di Sarawak semalam agar tidak memandang rendah kepadanya.

Berucap pada perhimpunan yang diadakan di Stadium Perpaduan, Kuching semalam, perdana menteri berkata beliau mempunyai "semangat pahlawan" dan akan bekerja lebih keras, berjanji menyelesaikan semua masalah dihadapi negara ini, termasuk hutang 1MDB.

14 comments:

  1. Yg penting rafizi menang kes 2 ekor makhluk perosak@umngok tumbang pru14 nanti...jahanam kamu berdua!

    ReplyDelete
  2. RAFIZI KAKI FITNAH

    RAFIZI KAKI U-TURN

    KAH KAH KAH

    RAFIZI DAH JADI PENIPU

    DIA BELAJAR KELENTONG DARI BAPAK PENIPU TU KE??

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....
      Rafizi tak kelentong tetapi kamu dan omak kau yg tak faham, pandai ceramah tak pandai drg setiap ceramah pasti ada campur sedikit gimik lawak dan sebagainya kalau tak mengantuklah pendgr hadirin.
      Sebab tu dlm pr ada musuh selimut cuba pecahbelahkan pr dan umno cuba ambil peluang sekaki tapi tak kira apa musuh selimut lakukan tidak akan kemana malah pr akan semakin kuat dlm pru 14 nanti.

      Delete
  3. Yg penting langkah kajang mybbkan tski terkedu

    ReplyDelete
  4. maka..berkatalah..si pengembala itu "saya hanya bergurau".... dan disambut dengan tepukan bergemuruh tanda bersetuju...oleh sekalian binatang ternakannya...

    ReplyDelete
  5. Kalau nak buat lawak masuk dlm acara lawak mega. Kalau buat lawak dlm rancangan otai masih berbisa tak kena tempat yeop.
    Kalau nk telanjang dlm bilik tidur boleh. Kalau telanjang dlm pasar malam alamat tidur dlm lokap.
    Peguam masyukkk duit kamu masyukkk sg buloh.

    ReplyDelete
  6. Inilah Rafizi sebenar. Nampaknya, PKR hanya menghasilkan beberapa tokoh kaki fitnah yang TERULUNG. Dulu, kini dan selamanya, PKR kaki fitnah.

    ReplyDelete
  7. Adakah kita memerlukan seorang pemimpin yang suka BERLAWAK dan merupakan KAKI FITNAH? Fikir-fikirkanlah, tetapi ramai yang termakan dengan drama2 yang diadakan oleh Rafizi and the gang.

    ReplyDelete
  8. Biodata rafizi

    Rafizi Ramli dilahirkan pada 14 September 1977 diBesut, Terengganu tetapi membesar di Kemamandan Kuala Kangsar. Beliau bersekolah di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman (1984 – 1989) ;Kolej Melayu Kuala Kangsar (1990 – 1994) . Semasa di MCKK beliau menerima Anugerah Carey/Bolkiah sebagai Pelajar Terbaik Keseluruhan , Pingat Emas Presiden Kesatuan Pelajar Anugerah Pelajar Terbaik SPM 1994 (Fizik, Bahasa Melayu), Anugerah Pelajar Terbaik SRP 1992 Johan Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh,Pembahas terbaik Pertandingan Bahas Piala Perdana Menteri 1992 dan 1993 antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Beliau juga Johan Pertandingan Bahas Piala Sri Paduka Sultan Perak 1993.

    Rafizi Ramli sambung belajar di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996). Di sana beliau menerima Anugerah AD Kippen, Pelajar Terbaik Fizik A-Levels 1996 ; Anugerah John Knox, Pelajar Terbaik Kimia A-Levels 1996 dan Pengawas Orkestra Morrison’s Academy.
    Kemudian Rafizi Ramli melanjutkan pelajaran di Leeds University , London (1996 – 1999). Ketika ini beliau menerima Anugerah Arthur Crabtree 1997, Pelajar Terbaik Tahun Pertama Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik ;Ijazah Kelas Pertama (Tahun Pertama dan Kedua) dan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik.

    Ko ado . heee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya, biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepandaian apa rafizi menipu, hanya lulus 2nd low class di unversiti, cukup2 makan je, lepas ajar budak merusuh supaya jangan bayar ptptm, tandah rafizi seorang tak nak banyar ptptm

      Delete
  9. rafizi ni tang fakta bagus...aku cukup syukur die kuarkan byk fakta utk info ramai org...tp belbih2 ni yg xske...mmg salah rafizi la kalo camni

    ReplyDelete
  10. sepatutnya dia kena cakap bukan setakat untuk beli cincin untuk rosmah tapi untuk beli lebih banyak jet, rumah mewah kat luar negara untuk anak-anak dan keluarga najib dan rosmah, untuk tambahkan lagi koleksi beg tanagan rosmah, untuk disimpan kat negara keluarga besan diorang kat kazakhstan un tuk buat bekalan bila diorang lari nanti, untuk beli ubat untuk kuruskan badan rosmah hwah hwah hwah... bottom line is... memang kerajaan yang di pimpin oleh najib hanyalah untuk menghabiskan wang negara dan sekarang seluruh rakyat samada pro pembangkang atau tidak hendak sangat tengok najib, rosmah, zahid hamidi, noh omar, ahmad maslan (?) ada kah orang yang marahkan kat ahmad maslan ni ?, hassan malek (pun kena) dan sekutu diorang hancur dan rakyat berhajat sangat nak pijak-pijak kepala diorang bila kerajaan BN tumbang nanti..

    ReplyDelete
  11. Apa nak hairan kerana kajang move dialah pr berpecah belah . . Babi ko rafizi

    ReplyDelete
  12. Yang babi sebenar adalah seperti Greenboc yang hanya menerbitkan komen yang memburukkan gerakan islam cam celaka

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...