Monday, 8 June 2015

RUSUHAN DALAM MASJID KETIKA KUTBAH SOLAT JUMAAT


Satu sedutan video yang memaparkan kekecohan besar di dalam masjid tersebar meluas di media sosial.

Rakaman sepanjang dua minit 47 saat itu dimuat naik di laman YouTube pada Jumaat, 5 Jun lalu. Insiden itu dipercayai berlaku di sebuah masjid yang terletak di wilayah Angushetia di Rusia.

Permulaan video bermula dengan para pengunjung masjid mendengar ucapan yang dipercayai khutbah solat Jumaat. Pada minit kedua, kelihatan seorang lelaki bertindak menerpa lalu menyerang individu yang memberi khutbah di hadapan.

Jika diterjemahkan tajuk video, ia membawa maksud ‘Mufti Ingushetia yang bernama Isa Khamkhoev menyerang Khamzat Chumakov’.

Khamzat Chumakov merupakan seorang ulama dan baru-baru ini mendapat perhatian di kalangan penceramah Islam di Rusia.

Chumakov mengutuk aktiviti keganasan dan menyarankan golongan muda supaya tidak membuang masa dengan menyertai militan Negara Islam (ISIS) serta perjuangan mereka.

Namun Chumakov juga menyangkal ahli-ahli politik yang korup, lantas menjadikan beliau tidak disukai oleh ahli-ahli politik dan pegawai-pegawai lain di Ingushetia.

Sehingga kini, tiada intipati sebenar mengenai isi kandungan khutbah yang dibuat Chumakov.

Laman berita Caucasian Knot menyifatkan ulama itu bertanggungjawab kerana menyelitkan provokasi terhadap ucapannya di masjid Nasyr-Kort pada Jumaat lalu.




2 comments:

  1. Yg merusuh orang PASMA. Terlebih laloq lepas kena bihon sop

    ReplyDelete
  2. Bukanlah.....saya faham bahasa Chechen-Inggush...bila tok Imam kata

    ...BERSAMA-SAMA KITA SEKARANG IALAH SAUDARA KITA NAJIB, DIA BAWA LARI KE SINI BANYAK DUIT 1MDB, SAPA-SAPA KEBULOQ NAK DUIT NI SILA KE DEPAN BUAT SATU BARISAN........tapi belum habih Tok Imam cakap depa dah serbu macam Keling kat Dengkil hari tu dapat beras percuma menjelang PRU 13, sampaikan kepala Ahmad Maslan dan Hassan Malik pun depa pijak-pijak. Ahmad Shaberi Chik yang cuba menyelamatkan dua rakannya pun turut kena pijak...tu yang menteri-menteri chicken brand kita tu sampai sekarang masih pening-pening lalat......BODO kata ustaz Azhar Idrus.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...