Tuesday 9 June 2015

SELAIN PAKAR ILMU PERSEPSI MAHATHIR JUGA PENYEBAB NEGARA MENJADI SERABUT KETIKA INI KATA NAJIB.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan seorang yang mahir dalam mengawal persepsi awam.

Mahathir, katanya, adalah seorang ahli politik veteran dan mahir dalam persepsi awam.

Katanya, Mahathir memahami bahawa kenyataan politik tidak sepenuhnya mengenai kebenaran tetapi mengenai apa yang orang akan percaya.

Sebab itulah, dakwanya, Mahathir terus membuat sindiran, bercakap separuh benar, membuat jenaka yang mengelirukan dan memutarbelit kenyataan untuk membuat pandangannya menarik dan sedap.

Menulis dalam blog beliau malam tadi, perdana menteri berkata Mahathir akan terus mencampuri urusan pentadbiran negara walaupun sekiranya beliau berundur.

"Walaupun saya letak jawatan, Tun akan terus campur tangan dalam pentadbiran negara. Dia boleh kata yang dia hanya menjalankan hak demokrasi sebagai warganegara, tetapi itulah Tun Mahathir.

"Rakyat akan percaya apa yang dikatakan olehnya walaupun tidak tepat. Ia mempunyai kesan yang besar ke atas persepsi orang ramai kerana beliau bukan merupakan warganegara yang biasa.

"Banyak jasa-jasa Tun dan perkara yang hebat beliau lakukan sebagai perdana menteri tetapi dia tidak lagi menguruskan pentadbiran ini," katanya Najib lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, keadaan "berserabut" yang dikatakan wujud di bawah pentadbirannya ialah tindak-tanduk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri.

Najib berkata, keadaan "berserabut" yang dirujuk Tun, sebahagian besarnya adalah akibat serangannya sendiri dan mengulangi dakwaan fitnah dan pembohongan pembangkang.

"Tuduhan-tuduhan ini telah diperbesarkan lagi melalui internet," kata Najib dalam satu set soalan lazim yang dipaparkan diblognya malam tadi.

Malah Najib berkata, bekas pemimpin negara selama 22 tahun itu juga telah mempercayai pembohongan di talian.

"Hanya kerana satu pembohongan disebarkan  seribu kali, itu tidak bermakna ianya benar," katanya Najib

Menurut Najib lagi, dengan adanya serangan yang dilakukan di talian, tidak hairan jika Mahathir merasakan wujud keadaan berserabut yang lebih besar hari ini.

Najib berkata demkian sebagai menjawab dakwaan Mahathir yang mendesak ahli parlimen Pekan itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri berikutan dakwaan keadaan negara yang begitu 'berserabut" berbanding sewaktu perdana menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagaimanapun, Najib tidak menyentuh dakwaan Mahathir mengenai gaya hidup mewahnya.

Najib berkata serangan yang dihadapinya sekarang tidak seperti apa yang Mahathir terpaksa hadapi semasa menjadi perdana menteri selama 22 tahun.

"Ini adalah sesuatu yang Tun tidak perlu berdepan semasa beliau menjadi perdana menteri," katanya sambil menambah, pada waktu itu, Mahathir tidak perlu menghadapi tuduhan yang tiada akhirnya yang dikitar semula berulang-ulang dan dikongsi selaju kilat.

"Perkataan 'viral' hampir tidak wujud semasa pentadbiran beliau," kata Najib.

Najib  menyalahkan media dalam talian yang menurutnya 'mempunyai agenda tersembunyi yang memutarbelit tajuk utama dan memuat naik pembohongan yang begitu cepat dikongsi'.

16 comments:

  1. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangang punya manusia.Anwar dh kedalam pun sibuk dok2 facto2 lg.mak kau kene jubo dgn anwar ke?kahkahkah

      Delete
  2. pahlawan celup lawan pahlawan serabut...dua2 k.o.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

      Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

      Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

      Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

      Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

      Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

      Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

      Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

      Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

      Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

      Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

      De Facto PKR harus memilih samada:

      1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
      2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

      Jangan jadi kuih talam

      Jangan mungkir janji.

      Jangan malukan parti

      TULANG BADAK
      Murtabak Waves

      Delete
  3. Dlm isu 1mdb ni tak payah salah mahathir lah... pr dah lma tnjk mmg ada penyelewengan.

    ReplyDelete
  4. "Bayi dipotong 15 tanpa kepala dijumpai dalam perangkap sampah di pusat kumbahan sebuah flat Projek Perumahan Rakyat di Kempas Permai di sini pagi semalam Mayat bayi itu ditemui oleh kontraktor kumbahan kira kira 10 30 pagi."

    Sampai bila kerajaan mahu berdiam diri isu pelakon zina dan bunuh bayi di negara ini?

    Di UK. Mak bapa berebut untuk dapatkan hak penjagaan anak walaupun anak itu luar nikah.

    Jangan salahkan perempuan. Semua kes buang bayi adalah salah lelaki. Mereka lepas tangan tidak mahu bertanggungjawab. Tabur janji manis. Habis madu sepah dibuang. Ingatlah bayi terjadi melalui gabungan sperma dan ovum. Bukan ovum sahaja.

    Apa yang kita kesalkan sampai bila kerajaan hendak ambil serius jenayah bunuh bayi ini. Jika nak bayar hutang 1MDB boleh laksana GST kenapa kes zina hingga ada rakaman menampakkan identiti dan bunuh bayi yang semakin ngeri dan berleluasa tiada jawatankuasa untuk menangani?

    KEDEPAN ( KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian , SPM 5A degree dan guru , 3A -4A diploma , 1A -2A sijil , 0A buruh amah dan kuli am ) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya . Biar bodo buat kerja bodo , pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spm swk dpt bpe? Keja ap da?

      Delete
    2. Ko ingat ko dpt masuk syurga dgn pikiran 24j macam ni?

      Delete
  5. Mahzthir seumpama Beruk Tua yg dah tak boleh panjat pokok kelapa, tapi berangan nak jugak petik buah kelapa.

    Beruk Tua madey dok meroyan, merapu, merintih, mengeloh kat bawah pokok kelapa... Kesian beruk Tua Madey....

    Jangan peleoah tua, kelapa tua hempap kepala Si Beruk Tua madey...nanti Kelapa jugak yg salah!!!

    ReplyDelete
  6. TIDAK KISAH SIAPA YG MEMBAWA ISU. UMNO..DAP..PKR..PAS.. APA YG PENTING RAKYAT HARUS TAHU DI MANA WANG 4O BILION. MASIH KAH KITA NAK PERTAHAN NAJIB?

    ReplyDelete
  7. Sepatutnya anwar yg bongkar 1mdb. Bukan Mahathir. Anwar lebih layak jd pm. Liwat blkg Kira. Yg penting anwar. Dia bagus. Sbg ahli pkr semua jgn henti berusha angkat anwar jd pm!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanya org2 bodo mcm ko je pcaya Anwar liwat

      Delete
  8. Anon 18.14 memang bodo. Percaya cakap sepol. Sepol buat fitnah kerana wang. Ada faham.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawyer nuwar kata penetrasi berlaku suka sama suka.Ada fhm

      Delete
  9. Negara berserabut rakyat jelata tak tahu mana nak percaya.polis sudah jd b.....unit tindakan khas jd pembunuh upahan.mahkamah jd opera cina.menteri jd badut.pm jd penyamun tarbus.seme krn kita rakyat jelata yg byk hati hitam tak nampak kebenaran.seme utk kita muhasabah seme ujian Tuhan untuk melihat.siapa kita dimana kita apa yg kita buat.apakah selari dgn arahanNya.pemimpin yg zalim ini adalah sepatutnya dhapuskan.adake patut cekek rakyat dgn gst.negara kaya raya.tergadai harta benda krn tamak haloba.

    ReplyDelete
  10. disebalik kata-kata PM Najib, boleh dirumuskan Tun memilikki keupayaan minda lebih tinggi darinya...ini bukan andaian. Benar Tun seorang pemimpin yg milikki high order thinking. PM bolehlah dikategorikan sbg moderately low order thinker ...justru banyak bergantung kpd konsultan & penasihat utk berfikir untuknya...hingga maklumat pegawai Kem Kewangan yg tidak tepat pun ditelan bulat-bulat ..kemudian dimuntahkan semula di Parlimen..rupa-rupanya "eh..eh..YAB tersilap lagilah" kata org Kewangan. Insiden mcm inilah yg mencemar kredibiliti beliau.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...