Monday 8 June 2015

SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA (SAMM) MAU MENGANJURKAN DIALOG BERSAMA MAHATHIR BERDEPAN PERSOALAN 22 TAHUN MALAYSIA DIBAWAH PEMERINTAHANNYA.



SAMM hari ini menyatakan kesediaan untuk menganjurkan dialog ‪#‎Nothing2Hide‬ bersama Mahathir untuk dia berdepan dengan semua persoalan selama 20 tahun lebih Malaysia dibawah pentadbiranya. 

Ini satu cabaran dan pelawaan rasmi akan diajukan kpd Mahathir dalam masa terdekat dan mohon kesediaannya.

Tentu ramai rakyat menanti untuk bertanya banyak persoalan dari profesional yg dizalimi, rakyat yg dirompak wang mereka, pimpinan serta aktivis Sabah yg digadai kedaulatannya hingga ke mangsa keluarga pembunuhan Memali.


Selain itu, SAMM juga melahirkan rasa sangat terkejut melihat ada pihak (tanpa menyebut nama) yang satu ketika dahulu galak menggelar Mahathir sebagai MahaFiraun kini menatang Mahathir seolah-olah Maha-Suci.


SAMM menegaskan usaha untuk mengherokan Mahathir ini ialah usaha mengulangi kerja bodoh yang lepas.

SAMM tidak menafikan Najib banyak kelemahan dan Najib perlu berdepan dengan kuasa rakyat. Tetapi Mahathir bercakap hanya kerana nafsu politiknya dan kerana takut sebuah Kerajaan yang pro-rakyat akan lahir di bumi Malaysia.


Mahathir sedang mengulangi skrip yang sama, Seharusnya takkan mungkin ada lagi yang bergelar pemimpin tertipu.

Sampai bilakah rakyat akan terus dimangsakan umpama keluar dari mulut harimau tapi termasuk pula ke dalam mulut buaya.

Sampai bilakah rakyat diherat hanya mengikut telunjuk Mahathir?


Kesimpulanya, Rakyat harus menghentikan politik Malaysia hanya berkisar memenuhi nafsu politik Mahathir semata-sama.

5 comments:

  1. Omakkau suka merapu. Yang ko nak persoalkan cerita lama tu pasal apa?

    Lebih pelik lagi, ko sengaja tutup mata tutup telinga dari yang situasi semasa.

    ReplyDelete
  2. SAMM = SAMMPAHH

    ReplyDelete
  3. Wahai pncacai .Jawap yg skrg pnya dulu.setakat dpt rm50 sorg x pyah bising2 la.depa dpt berbillion billion.

    ReplyDelete
  4. Bangsa lain langsung tak pandang ke belakang... tu sebab mereka terus maju..

    Kamu pulak asyik pandang ke belakang... masuk gear reverse, tak pon u-turn.. itu pasal yang makin tertinggal ke belakang.

    ReplyDelete
  5. Air turn-back pun ada!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...