Sunday 2 August 2015

CAWANGAN KHAS (SB) SERBU PEJABAT TIMBALAN PENDAKWARAYA SPRM



Pegawai Cawangan Khas menghabiskan masa selama 2 jam melakukan serbuan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ahmad Sazilee Abdul Khairy malam tadi, mengambil dokumen berkaitan siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB), menurut sumber daripada agensi anti-rasuah itu.

Sazilee, yang dipinjamkan kepada SPRM daripada Jabatan Peguam Negara, ditahan semalam berhubung dakwaan wang daripada syarikat berkaitan kerajaan disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Difahamkan yang Cawangan Khas, unit perisikan polis, pergi ke pejabat Sazilee di Bahagian Operasi Khas SPRM di Presint 3, Putrajaya, di mana mereka merampas dokumen dan sebuah komputer riba.

Antara dokumen yang disita adalah yang memperincikan skop operasi siasatan.

Terdahulu, pegawai polis juga pergi ke rumah Sazilee di Presint 11, Putrajaya.

Bahagian Operasi Khas bertanggungjawab dalam siasatan SPRM ke dalam 1MDB dan SRC International, kata sumber.

SPRM adalah sebahagian daripada pasukan petugas khas kerajaan yang menyiasat 1MDB serta dakwaan yang dilaporkan The Wall Street Journal (WSJ) yang AS$700 juta (RM2.67 bilion) mengalir melalui syarikat berkaitan 1MDB dan akhirnya masuk ke akaun bank peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur.

Najib sebelum ini menafikan mengambil dana 1MDB untuk kegunaan peribadi, tetapi tidak secara langsung menyebut mengenai pemindahan dana itu. Akaun di AmBank di bawah namanya itu kini ditutup.

Berikutan laporan WSJ itu, pasukan petugas kerajaan mengumumkan ia menyerbu SRC International, Gandingan Mentari dan Ihsan Perdana. SRC International juga mempunyai akaun banknya yang dibekukan.

Lima orang turut ditangkap 2 minggu lalu bagi membantu siasatan terhadap SRC International dan kemudiannya dibebaskan daripada tahanan reman.

Tangkapan polis atas Sazilee semalam adalah yang ketiga terhadap individu daripada agensi yang terlibat dalam pasukan petugas itu.

Dua lagi yang turut ditahan ialah Tan Sri Rashpal Singh, bekas penasihat SPRM, dan Jessica Gurmit Kaur, seorang pegawai Jabatan Peguam Negara.

Sazilee, Rashpal dan Jessica dibebaskan pada tengah malam tadi selepas disoal siasat.

Selain SPRM dan Jabatan Peguam Negara, 2 agensi lain terlibat dalam pasukan petugas menyiasat 1MDB itu ialah polis dan Bank Negara Malaysia.

Polis berkata, mereka sedang menyiasat dakwaan wujudnya kebocoran maklumat rasmi mengenai siasatan itu kepada warga asing.

SPRM pula menafikan kebocoran yang dikatakan dibuat oleh orang dalam agensinya selepas laman web Malaysia Today menamakan Rashpal dalam satu artikel, menuduh beliau berjumpa dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown di United Kingdom berhubung maklumat mengenai 1MDB.

Sarawak Report, yang aksesnya kini disekat di Malaysia oleh pengawal selia Internet, sebelum ini membuat pendedahan mengenai 1MDB yang mengaitkan Najib.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam berkata, penangkapan Sazilee, Rashpal dan Jessica adalah berkaitan dengan laporan polis yang dibuat terhadap Rewcastle-Brown, yang dituduh terlibat dalam konspirasi asing untuk menjatuhkan Najib.

17 comments:

  1. Bergaduh sesama mereka

    Sejak Najib bikin gila dan amokkan gila kuasa

    Bank negara di siasat polis sprm dan AG di rembat polis...

    Skrg bukan lagi 4 tan Sri lagi tapi IGP is calling the shots

    Pdrm lah nampak berkuasa skrg... Seolah task Force di halang utk menyiasat

    Kalau siasat task Force di kata nak guling Najib

    iGp kamu di kenang penjahanam maklumat sebenar 1mdb ! Menutup penyiasatan telus dan benar... Tahniah jadi anjing serigala untuk penyamun !

    ReplyDelete
  2. Eloknya di c fo kan je...baghal kepala putih dan makbadak celaka minang kangkang tu...kalau tak ambik duit tu kenapa takut sangat...menyondol babi gila...tapi seronok juga tengok hari hari terakhir kumpulan perompak gila ni...hidup dlm stress darah tinggi naik kena strok lepas tu mampoos....seronok jd macam saya, hdp tenang sederhana tk ambik hak org tak kena maki orang.

    ReplyDelete
  3. Agak2 kalu ada org buat laporan polis pada Najib berani ka polis buat serbuan & soal siasat mcm in?

    ReplyDelete
  4. Kesimpulan tangkapan ini, tertumpu barisan penyiasatan kes pangkat tinggi, bukan menekan najib, tp peranan tun mahater dan polis itu sendiri dlm cawangan khas? Bolih percaya ke? Macammana KPN TSKhalid? Apa tindakan tuan?

    ReplyDelete
  5. PDRM dah jadi Kampeitai Najib & Rosmah.
    Tak ada Jabatan, Pegawai Kerajaan & rakyat yang selamat dari mereka.
    Lupakan Wawasan 2020 nak jadi negara maju.
    Malaysia miskin pemimpin yg berakhlak & bermaruah.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu je aku tanya dalam gambar itu kotak Sprm itu ada tanda tanya ini Omak kau
      sprm cawangan khas sebu ?
      Sprm serbuan? pada cawangan khas sb itu?

      kalau sb serbu dia orang pakai pakaian polis dan berpakaian biasa, ini nampak ada pelik ini? kalau dia orang lakukan sebuan polis tak sempat ambil gambar.
      Kalau polis ada serbuan mestilah guna kotak polis gunakan kumpulkan Fail bukti di masuk pada kotak forensik

      Ini persoalan aku pertikaikan Mungkin omak kau tak boleh jawab nya

      Delete
    2. segala bukti akan di masuk Ke kotak sprm
      Bukan masuk ke kotak forensit polis
      Polis ke serbu atau sprm yg serbu


      Mungkin omak kau boleh menjawab nya

      Delete
  6. Kita mencadangkan supaya 1MDB disenaraikan dalam Bursa Saham Kuala Lumpur.

    ReplyDelete
  7. najib babi bila nak ditangkap dan hadapkan di mahkamah? Bila?

    ReplyDelete
  8. Org lain salah,org lain kena tangkap.itulah negaraku Malaysia yg tercinta

    ReplyDelete
  9. Knpa pula kutuk najb,dulu kita nak dia jadi PM kan,haa.. skarang dah jadi ..terserah dia lah nak buat macam mana malaysia tercinta nih,kalau aku oke shaja,najib rasuah ke? tak keh? aku tetap akan hidup macam biasa.

    ReplyDelete
  10. Najib jadi om ker, muhiden jadi pm ker, harun din jadi pm ker....sama aje. Aku jadi opis boi jugak. Aku gi kerja naik kapcai jugak

    ReplyDelete
  11. Agama untuk mengawal orang bukan untuk mengawal nafsu diri sendiri.Adakah manusia masih percaya bahawa mereka akan diadili dialam kubur?

    ReplyDelete
  12. Dulu selangor khir toyo jadi mb. Lepas tu khalid. Leoas tu azmin. Lepas ni klu noh omar pulak jadi mb atau hadi jadi mb, aku tetap mcm ni jugak. Tak lebih tak kurang. Sebab tu pru aku malas nak keluar undi. Aku tak dpt apa2 pun

    ReplyDelete
  13. Zaman khalifah umar alkhattab, sebelum jadi pemimpin kena isytihar harta. Lepas berhenti jadi pemimpin pun kena isytihar harta.

    Tapi itu dulu la. Sekarang kat sini tak tau la ada ke tidak.

    ReplyDelete
  14. hahaha.......belang dah keluar skrg baru kamu tahu langit tu rendah ke tinggi....jgn berfikir secara kasar je.....ini dunia bukan akhirat! manusia mengejar kekayaan dan kuasa utk pertahankan kuasa demi harta . kalau manusia itu benar2 beriman pasti agihkan kekayaan pada yg miskin dan yg memerlukan bukan sebaliknya.
    tuhan tidak perlukan bukti hanya manusia mahukan bukti demi utk menutup kesalahan yg mrk lakukan, maka sebab itu kuasa boleh membuang bukti dgn apa cara sekalipun kalau tidak masakan manusia itu kaya sgt kaya kalau tiada kuasa masakan boleh kaya sebab harta dtgnya tidak semudah yg kamu sangka .

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...