Monday 15 December 2014

PIL KUDA ... MAHKAMAH TINGGI KUALA TERENGGANU TOLAK SAMAN RM2 JUTA TERHADAP PRESIDEN PAS DENGAN KOS.




Akhirnya kebenaran dan keadilan terserlah dan terungkai .... sudah pasti berita dan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu ini membuat para pembenci TGHA meroyan sakan mengutuk keji sistem kehakiman negara kita tidak adil.

Dahlah saman kalah kena bayar pula kos RM10,000 kepada TGHA selain kena bayar upah untuk gajikan peguamnya.

Mahkamah Tinggi di sini menolak saman yang difailkan oleh bekas calon PKR Dun Bukit Besi pada PRU13 lalu, Mohd Shamsul Mat Amin terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan kos.

Mohd Shamsul Mat Amin memfailkan saman terhadap Tuan Guru Abdul Hadi susulan ceramah Presiden PAS di Kampung Tebakang, Alor Limbat, Marang semasa kempen PRU itu.

Shamsul mendakwa ceramah itu mengaitkan beliau sebagai calon PKR dengan pil kuda.

Presiden PAS diwakili Tetuan Awi & Co manakala Shamsul diuruskan Tetuan Vasudevan & Co.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa dalam penghakimannya berkata, walaupun mahkamah bersetuju penyataan defendan berundur fitnah tetapi plaintif gagal membuktikan ia ditujukan kepadanya kerana nama dan identiti calon tidak disebut.

Di seluruh Malaysia, katanya, ada 6 DUN yang terlibat dengan isu ini bukannya satu, dan tidak semestinya ia ditujukan kepada plaintif.

Hakim berkata, defendan iaitu Hadi juga dilindungi qualified privilege (perlindungan bersyarat) kerana berucap selaku presiden parti kepada ahli dan penyokong semasa kempen pilihan raya.

Dalam penghakimannya, hakim berkata, Hadi memenuhi semua syarat ketika menyampaikan ucapan itu.

Beliau memutuskan Hadi tidak bersalah dan mengenakan kos RM10,000 kepada Shamsul.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi kerana beliau tidak memfailkan pembelaan diri dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul.

Bagaimanapun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.

11 comments:

  1. Hai, hanisya...dah lunch?
    Abang dol makan lauk ikan lampam pekasam....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hoi dol...hanisya x minat ikan pekasam la...dia baru jer lepas mkn tenggiri masak lomak joring ngan aku...kah kah kah

      abang sam

      Delete
  2. PKR = PIL KUDA RAKYAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. pkr = penjubo kebencian rakyat

      Delete
  3. Huhuhu...baru berangan nak dpt 2 juta...
    melepas nak tukar keta baru..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Tentu PasMa dan puak erdogan dalam PAS akan kata.' Ini mesti arahan najib kerana UG"
    Sebab TGHH dapat liputan TV dan akhbar perdana pun,dikatakan kerana UG.
    Untong juga isu ug ni. Tghh dapat save 2 juta.

    ReplyDelete
  5. Yang paling kecewa dengan keputusan ini ialah:
    PaaMa. Husam. Mat sabu. Khalid. Hanipa dan jebon jwbon lain.

    ReplyDelete
  6. PAS sedang meniti kearah kehinaan angkara presideng yg membaruakan orangnya sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang barua pun...
      cer tengok kamus maksud barua.

      Delete
    2. 18:25 dn 18:30 hampanye ko org...x dpt bahagian ke, ialh bukan sikit 2 juta tu...kahkahkah

      Delete
  7. Biarlah hina dimata DAP dan PKR.
    Ramai lagi yang masih beediri dibelakang presiden PAS.
    Jangan jadi mulia macam anwar ibrahim.
    Sanggop jual bangsa dan kesucian agama demi kuasa dan jawatan.
    Kadang kadang terfikir. Apa kah dosa anwar semasa dalam UMNO sehinggakan ALLAh masih menyeksanya? Apa kah besar sangat dosanya?
    Banyak taik yang ditinggal dalam umno
    Tapi hari ini dia kata taik itu busok. Dia lupa ,dia yang berak sama.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...