Wednesday 11 February 2015

JAWATAN KETUA PEMBANGKANG BUKAN HAK MUTLAK PARTI KEADILAN RAKYAT ... LIM KIT SIANG LEBIH LAYAK DI ANGKAT MENJADI KETUA PEMBANGKANG MENGGANTIKAN ANWAR IBRAHIM?????


Belum pun sampai 24 jam Dato' Seri Anwar berehat di Penjara Sungai Buloh, sudah kecuh ribu taufan kalangan pemimpin dan penyokong akar umbi sibuk membicarakan siapa yang patut menggantikan DSAI sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Ramai sangat para penganalisa kompas pemikirannya asyik menuding kearah Timbalan Presiden KeADILan yang juga Dato' Menteri Besar Selangor dan Ahli Parlimen Gombak.

Dari pelbagai alasan yang dihujahkan kebanyakkannya, sepakat mengatakan, kelayakkan Azmin lebih kepada sifat diri dan kedudukkannya sebagai Menteri Besar Selangor semasa.

Kena terima hakikat walaupun kelat ditelan ... jawatan Ketua Pembangkang bukan kepunyaan hak mutlak abadi Parti KeADILan Rakyat.

Sekiranya berlaku kekosongan ianya bukan secara automatik diserahkan kepada salah seorang Ahli Parlimen dari PKR .. Ini kenyataan yang tidak boleh disanggah dan dinafikan oleh sesiapa pun.

Jawatan Ketua Pembangkang selepas PRU 13, diserahkan kepada DSAI bukan kerana dirinya adalah Ketua Umum KeADILan, tetapi dipilih setelah mendapat persetujuan bulat dari ketiga-tiga komponen parti dalam gagasan Pakatan Rakyat yang terdiri dari DAP yang mempunyai 38 ahli parlimen, PKR 30 dan PAS 21.

Secara amalan dan mengikut akal logik parti yang mempunyai kerusi parlimen yang paling banyak maka parti itulah yang sewajarnya dipilih dan dinobatkan sebagai Ketua Pembangkang.  Disini sepatutnya DAP kerana memiliki 38 kerusi parlimen berbanding dengan PKR hanya 30 kerusi.

Tetapi ketiga-tiga PAS/PKR/DAP bersetuju secara sebulat suara memilih DSAI sebagai ketua mereka dalam parlimen bukan atas sifat dia Ketua Umum PKR tetapi atas alasan bahawa antara kesemua ahli parlimen PR ketika itu hanya DSAI dilihat memiliki kelebihan dari segi kemampuan, pengalaman dan kepimpinan serta ketokohan selain menjadi pengikat kepada kesepakatan PR.

Pada PRU yang ke-11 tahun 2008 PKR menang 31 kerusi, DAP 28 dan PAS 23 ... ketika itu pemilihan Ketua Pembangkang dipilih lebih kepada siapa diantara ketiga komponen Pakatan Rakyat memiliki kerusi terbanyak .. Dengan itu Datuk Seri Wan Azizah Ismail @ Kak Wan sebagai Presiden PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh dipilih secara sebulat suara sebagai Ketua Pembangkang.

Pada tanggal 31hb Julai 2008 Datuk Seri Wan Azizah Ismail (DSWA) @ Kak Wan telah meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh sehingga terpaksa di adakan suatu Pilihanraya Kecil pada 26hb Ogos 2008 dimana DSAI telah memenangi PRK tersebut dan pada 28hb Ogos 2008 mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan sekali gus Yang DiPetua Dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengistiharkan DSAI sebagai Ketua Pembangkang mengantikan isterinya DSWA.

Ketika itu pemilihan DSAI sebagai Ketua Pembangkang bukan sahaja mendapat restu dan sokongan padu keseluruhan Ahli Parlimen PR tetapi dinilai kerana ketokohan dirinya.

Jadi atas alasan apa apabila ada para penganalisa melihat Azmin Ali sebagai tokoh yang paling layak mengambil alih dari DSAI sebagai Ketua Pembangkang di parlimen????

Bandingkan dengan ketokohan, pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki Lim Kit Siang .. berlaku jujur dalam meberikan analisa .. siapa yang lebih layak dan sesuai????

Apakah tidak sampai beberapa bulan menjadi Menteri Besar Selangor sudah dilihat sebagai paling layak????

Kena terima realiti betapa Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang pun pernah sepenggal menjadi Menteri Besar Terengganu selain menjadi Presiden PAS sejak tahun 2003, selain baru-baru ini dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia.

Azmin Ali bukan nak memperkecil dan perlekehkan keupayaan dan kebolehan serta ketokohannya... Belum ada yang dilhat menyerlah semenjak memegang jawatan sebagai MB Selangor selain membuat terjahan tempat pelupusan sampah, cuci dan gali longkang tersumbat, sembur racun perosak serangga, cuci kain dan sembur ridsect dalam bas sekolah.

Ketokohan beliau memacu dan mengemudi Selangor masih belum lagi dilihat dan dirasai .. Oleh itu perlu berikan tumpuan sepenuhnya di negeri Selangor kerana jawatan yang disandang itu pun sudah cukup berat untuk dipikul dan digalas memandangkan UMNO/BN tidak berdiam diri masih menyimpan impian dan hasrat mau tawan kembali pada PRU 14 nanti.

Lim Kit Siang telah menjadi Ahli Parlimen semenjak 1969 dan pernah menjadi Ketua Pembangkang untuk beberapa kali ... kali terakhir menjadi Ketua Pembangkang ialah selepas PRU tahun 2004 setelah tahun 1999 beliau tewas di parlimen Bukit Bendera.

Menjadi Ahli Parlimen Bandar Melaka dari tahun 1069 - 1976 ... Kota Melaka 1974 - 1978 .... Petaling Jaya Selangor 1978 - 1982 ... Kota Melaka 1982 - 1986 ... Tanjung, Pulau Pinang 1986 - 1999 ... Ipoh Timur 2004 - 2013 dan Gelang Patah, Johor 2013 sehingga sekarang.

Jadi siapa yang lebih layak untuk menggantikan DSAI selaku Ketua Pembangkang di Parlimen????

Ingat!!!  Ketua Pembangkang Parlimen tidak beerti Ketua Pakatan Rakyat .. jangan keliru... Apakah Azmin Ali memiliki sama ketokohan, pengalaman, kepimpinan, kemampuan dan kebolehan seperti DSAI???

Jika jawapannya YA!!! .. maka patut sangatlah diserahkan kepada beliau untuk menjadi Ketua Pembangkang .. Jika jawapannya jauh api dari panggang, maka elok benar dan seharusnya diberikan kepada YB Lim Kit Siang, dengan syarat mendapat sokongan dan restu dari PAS sebagai salah satu parti pemegang konsensi dalam Pakatan Rakyat.

16 comments:

  1. Sekarang sudah sampainya masa Azmin ambil alih ketua pembangkang dari Anwar. Azmin boleh diterima oleh semua pemimpin PKR,PAS dan DAP. Juga oleh ramai rakyat jelata ....

    Cuma Azmin kena membereskan anasir2 jahat seperti keluarga clan segambut mansion dan gang ninja turtle pandan mareiii.

    Segala hubungan dgn PASMA mestilah diputuskan.

    Yang Benerrrrrrr
    Bob, Bagan Jermal
    Reformist Asli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betulllah PASMA hanya hero bihun sup

      Hero Tanjung, Penang

      Delete
    2. Oppps, Rafizi pun terliur jugak...

      Delete
  2. Ptuiii la. Budak Anuar kutip kat bus stand Klang. Cisss

    ReplyDelete
  3. Kat Pandan ada sorang Pakar berpangkat yang menjadi soldadu bodeking terlibat menjatuhkan TSKI dan menjadi barua maha nepotism dalam parti. Clan Segam-Boot AL Cherokee Tok Kunee memang terkenal sebagai juara nepotism. Buktinya memecat rakan baik untuk menaikkan bini sebagai ketua eksekutif Selangor

    Kajatuhan empayar moghul disebabkan perasaan cinta ketua moghul terhadap bini sampai mebina Taj Mahal untuk bini walaupun rakyat tak ada syoru

    Kejatuhan PKR disebabkan oleh Taj-Segambut yang pro nepotism

    Sudah masa Sdr Azmin menjadi Presiden PKR. Wan Jijah boleh blah

    Yang Benarrrrr

    Bon Jawa AL Bon Jobi

    ReplyDelete
  4. soalan aku mudah aje
    mampu Kah azmin menyatupadukan pas dan dap
    Mampukah azmin tutup aje pasma itu
    Mampukah azmin mendapat sokongan dari dap
    Perbalahan azmin dan dap
    Dinasti lim dari dulu lagi langsung tak mempercayai azmin
    Dinasti lim lebih sukaan anwar dari azmin
    azmin ada penganruh pada pas jadi tak masalah azmin pada pas

    Itu tunggu pelakon2 terbaik dalam pkr ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. PASMA senang saja. Bagi bihun sup, trus settle. Gang maruah kurang enteng nak pujuk

      Delete
    2. Anwar Dah Jadi paper lama. Tak laku la ni. Kesian kat anon 22:22

      Delete
  5. Yang pasti DAP akan menuntut jawatan Ketua Pembangkang. PAS dan PKR tak ada hak bersuara.

    Kebetulan plak peguam Anwar yg mula2 mengaku kpd mahkamah bahawa Anwar meliwat atas dasar suka sama suka adalah Pengerusi DAP.

    Peguam ini jugaklah yang membacakan akuan bersumpah Azizan di Parlimen ketika Anwar masih TPM.

    Nampak macam sabitan Kes Liwat 2 ni adalah konspirasi DAP untuk kuasai jawatan Ketua Pembangkang dan seterusnya Ketua Pakatan Rakyat. Nak jadi Abang Besar.

    ReplyDelete
  6. Apa salahnya kita lantik Khalid Ibarahim menjadi ketua Pakatan.Cuba omak kau cadangkan dan kita kempen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lh dulu sepatutnye cukup lh dgn minta tski lepaskn jwtn mb saje, ni sampai ditendang kuar dr pkr lak ...kate ketum mase tu zalim marah lh pulak ...kate x berhati perut rasenye marah lh jugak ...kate x mengenang jasa langsung ok kut ...demi terlaksananye projek kajang move x gitu ...hujung2 semuanye hancuss, yg baik terbuang, yg x sepatutnye jd mb jd mb, ketum masyuuk dlm, yg tinggal merane kak wan dgn anak2 ...ni lh dia politik...hee

      Delete
  7. siapapun jadi ketua perlu mendapat sokongan majoriti.. ketua mestilah seorang yang berkarisma dan mampu menarik sokongan orang muda dan semua kaum

    ReplyDelete
  8. lama aku duk pikir siapalah calon yang sesuai menggantikan almarhum dsai...akhirnya aku mendapat ilham pagi tadi siapakah calon paling sesuai...
    DATUK PADUKA IBRAHIM ALI!!dengan kelantangan beliau terhadap kerajaan bn mahupon pr,aku rasa beliau mampu membawa rahmat kepada Malaysia!!


    Yang Benerrrr

    Jeff, Ulu Yam.
    Reformist Originel

    ReplyDelete
    Replies
    1. sape ...? jaguh lompat...! biior betul jeff... ko mengigau ke jeff... ko dah semakin tenat la aku tengok... sampai dah tak boleh beza mana kawan mana musuh dan mana badut... dah lah jeff, buang masa aje.....

      Delete
  9. Semoga imamiyah mat sabu menjadi ketua pembangkang. Apatahlagi beliau seterusnya akan diangkat menjadi presiden pas. Hanya tinggal selangkah shj lagi. Maka akan besarlah lagi wilayah kami.Insyaallah..
    Segala pujian ke atas mu imam mat sabu. Kami jemaah tetap dibelakng mu penuh kesobaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kau dibelakang mat sabu harap2 kau tak sondol bontot dia dari belakang nanti tak pasal2 kau kepenjara sama ngan nuar.

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...