Wednesday, 11 February 2015
WAJAH ISTERI ANGGOTA POLIS MAUT DI KELAR PENYAMUN DIMANA EMPAT REMAJA DITAHAN.
IPOH: Pihak polis menahan empat remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Izaah Abdullah, 52, isteri seorang anggota polis di Taman Tanjung Emas, Tanjung Rambutan yang dipercayai mati dikelar pada awal pagi ini.
Ketua Polis Perak, Datuk Usman Salleh berkata kesemua remaja yang berusia 16 hingga 19 tahun itu telah ditahan di kawasan berhampiran dalam tempoh dua jam selepas laporan diterima.
Jelasnya, berdasarkan siasatan awal, suspek dipercayai telah memasuki rumah mangsa melalui pintu belakang setelah memecahkan kunci dengan menggunakan sebatang kayu.
Suspek kemudian disyaki menerkam mangsa lalu mengelar bahagian lehernya menggunakan sebilah pisau yang dipercayai diperolehi dari rumah mangsa sendiri.
Menurutnya, berdasarkan post mortem oleh pihak hospital, menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak.
Usman Salleh berkata, kesemua suspek akan direman bermula esok (Khamis) dan kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
“Kita percaya mereka mungkin terlibat secara terus dalam kejadian. Dari segi motif kita tidak dapat lagi tahu motif sebenar hanya beberapa barangan mangsa dijumpai pada seorang suspek. Kita percaya ia kepunyaan mangsa,” kata Usman.
Beliau berkata suami mangsa, Sarjan Salehuddin Hassan yang bertugas di Bukit Aman bergegas balik ke rumah sejurus mendapat panggilan.
Sementara itu, jenazah mangsa telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Rambutan , Ulu Kinta pada petang tadi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
"Semasa mendapat surat tawaran utk anak saya ke MRSM.. pihak MRSM suruh bayar dahulu yuran sebanyak RM333 sebelum Pendaftaran di MR...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...
Satu kemajuan yang ditunjukkan oleh pemuda-pemuda harapan bangsa. Mereka dan seangkatan akan menjadi suami bapa dan datuk pada masa hadapan. Sudah berani mereka mengelar leher seorang ibu. Inilah akibatnya kalau menjauhi Allah dan ajaran Rasullullah. Jangan tanya siapa yang silap. Tanyalah apa yang kita telah lakukan untuk kebaikan masyarakat. Namun begitu kita bukan senang untuk memperbaiki masyarakat. Umat Melayu sekarang tengah tenat. Tengah mabuk dan menuju kepada kehancuran mengejar kemewahan dan kekayaan. Tiada takut, tiada segan silu dan tiada belas ihsan. Apa yang nyata ialah seekor ikan mula busuk dari kepalanya.!! Masa Allah Subhanawataala memberi umat lain meneraju tanah ini kepada orang lain telah pun bermula. Cucu cicit kita akan merasa mendapat tuan tanah yang baru!!
ReplyDeleteKaum lelaki banyak buat kejahatan!.
ReplyDeleteOrang2 penyamun mama ada akal nak masok samun rumah polis....
ReplyDeleteMacam serah diri pada penjara saja.