Tuesday 9 June 2015

BETUL KE AZMIN ALI SUDAH MASUK DAP??????




Azmin Ali sudah masuk DAP ke atau sememangnya dulu beliau ini pemimpin DAP????

Kerajaan Selangor itu kerajaan DAP ke atau kerajaan Pakatan Rakyat????

DAP suara majoriti ke di Selangor????  Dengan 15 kerusi sama dengan PAS yang juga 15 kerusi maka majoriti berpihak kepada DAP????


Exco Selangor, Datuk Teng Chang Khim membayangkan hubungan politik DAP dengan Pas sudah berkubur ekoran usul yang diluluskan Dewan Ulama Pas pada muktamar parti itu minggu lalu.

“Sudah talak tiga, takkan boleh tidur sebantal lagi. Dulu rakan sama taraf, sekarang kedudukan seperti rakan kongsi majoriti dan minoriti,” kata beliau seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kenyataan Teng ini menunjukkan bahawa hubungan politik kedua-dua parti dalam pakatan pembangkang khususnya di Selangor berada pada tahap yang kritikal.

Menurut Teng, sekiranya Pas ingin mengekalkan jawatan dalam kerajaan negeri, maka minoriti wajar mematuhi majoriti dan jika tidak boleh terima ketetapan itu, berpisah adalah jalan terbaik.

“Mereka hendaklah mengakui dan menerima hakikat bahawa parti itu tidak boleh lagi menjadi penentu dasar, sebaliknya mematuhi semua dasar kerajaan negeri yang dianggotai DAP dan PKR.

“Jika Pas tidak boleh menerima hakikat ini, cara terhormat dan bermaruah ialah meletakkan jawatan dalam Kerajaan Selangor,” katanya.

Beliau yang juga Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) dan Perdagangan dan Pengangkutan menegaskan, memandangkan Pas telah membuat keputusan melalui usul Dewan Ulama untuk memutuskn hubungan politik dengan DAP, maka pilihannya terhad.

Ketika ditanya potensi Pas dan Umno bergabung bagi membentuk kerajaan perpaduan di Selangor, Adun Sungai Pinang itu menyifatkan tindakan berkenaan taktik paling keji kerana Umno ialah parti yang ditolak rakyat dalam pilihan raya.

“Usaha bergabung dengan Umno adalah mengkhianati rakyat. Bahkan terdapat Adun Pas yang bermaruah tidak akan bersetuju dengan penggabungan Pas dan Umno di Selangor. Gabungan Pas dan Umno tidak akan berjaya kerana tiada majoriti,” katanya.

Terdahulu, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Selangor tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan PR termasuk DAP.

5 comments:

  1. Adakah Nurul izzah hadir sesi touch d dog 2014 untuk membodek DAP. Mari kita Tanya ITU Anak mat matang.

    Omak kau tanyakan okey. Please

    ReplyDelete
  2. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  3. Ahli PASMA boleh pi haji naik rocket penang.

    Neil Armstrong tu

    ReplyDelete
  4. Cuba perhatikan berapa culas wan jijah dalam hal gempa disabah ini, betapa kejamnya Anwar memperlakukan CheGu Bard danTSKI dan paling akhir adalah menjadikan PKR sebagai hak mutlak dia. PKR hak ahli bukan hak keluarga dia. Siapa lagi tak nampak macam mana dia menjatuhkan TSKI untuk diberi jawatan kepada Bini dia. Hoiiiiiii Anwar, jangan sangka akar umbi buta hati.

    Jeff Ulu Bernam
    Keadilan Since Year 2000

    ReplyDelete
  5. nak je aku tetak smpai mpus mane yg dok bg generic comment yg lgsung xde kaitan ngn posting...ade care tak???

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...