Sunday 7 June 2015

BETUL KE FORUM NOTHING TO HIDE DIDALANGI KJ???? ..... BILA DAH TERKANTOI PIHAK PENGANJUR LEPASKAN KESALAHAN BULAT-BULAT KEPADA PEGAWAI-PEGAWAI JABATAN PERDANA MENTERI?????



Pengerusi Sukarelawan Guaman (SukaGuam), yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Johor dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang Datuk Khairul Anwar Rahmat meluahkan rasa kecewa apabila mereka dan beberapa pihak lain yang menjayakan program Dialog PM bersama NGO Nothing2Hide kononnya beliau telah dijadikan kambing hitam serta bahan tohmahan.

Beliau menyatakan , sebelum penganjuran program dialog tersebut, pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama tiga pegawai kanan Perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sangat positif dan mahukan program ini mencapai matlamatnya.

“Malah, idea awal program ini juga adalah hasil perbincangan dua hala antara penganjur dan beberapa pegawai kanan Najib termasuk seorang pegawai kanan yang dipertanggungjawabkan menyelaras program ini bersama-sama. Justeru, adalah kurang adil jika Sukaguam selaku penganjur serta beberapa pihak lain yang membantu kami dijadikan kambing hitam,” katanya dalam satu kenyataan, kelmarin.

Kini apabila program dialog yang dirancang itu tidak berjalan seperti kemahuannya maka tindakan yang bijak ialah dengan cuba mempalitkan kegagalan itu kepada beberapa pegawai dari Jabatan Perdana Menteri.

Dikatakan mendapat gangguan secara berlebihan sedangkan sebelum ini ketika mengumukan pembatalan forum adalah atas nasihat dan arahan pihak polis malahan dari Ketua Polis Negara sendiri yang melihat wajar dihentikan atas sebab-sebab ketenteraman awam dan keharmonian.

Hanpa apabila sudah ada suara-suara yang mempertikaikan niat sebenar forum tersebut dianjurkan dengan terlondehnya peranan beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Johor suatu jawatan lantikan atas ehsan dan budibicara Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dia terus melatah dan melenting tidak keruan.

Beliau pun akui betapa Tun Dr Mahathir, tidak diundang secara rasmi ke majlis dialog itu, namun, ada beberapa NGO yang dinaunginya bertungkus lumus bersungguh-sungguh memberikan kad undangan yang mereka terima bagi membolehkan Dr Mahathir hadir. Disitu sudah nampak nawaitunya dialog ini mau diadakan .. tidak lebih dari mau memberi malu kepada Dato' Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden UMNO yang kini sedang hebat, ligat dan kencang diserang oleh Tun Dr Mahathir.

Melihat pada suasana dalam dewan ketika itu serta beberapa maklumat risikian yang diperolehi barulah pihak polis bertindak menasihat agar dialog itu dibatalkan dengan mengambil kira keutamaan keselamatan dan kenteraman awam . Oleh kerana kerana Tun Mahathir berdegil terus berucap sudah pasti pihak polis kena bertindak tetapi tindakan mereka tidaklah kasar malahan cukup beradab.

Gelagat para penyokong Tun Mahathir ketika itu yang menjerit dan mengejek para pegawai dan anggota polis telah menunjukkan jika dibiarkan berterusan akan memudaratkan lagi keadaan.

Yang peliknya sebagai seorang Ketua Pemuda UMNO Bahagian dan Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri mengapa beriya-iya sangat nak teruskan juga dialog itu .. apa motif .. mana mungkin berani bertegas jika tidak mendapat dokongan dan sokongan dari tangan ghaib yang ada pengaruh dan kuasa???  ..

Persoalannya siapakah individu tangan ghaib yang berpengaruh dan mempunyai kuasa itu???

Tidak perlu bersikap lontar batu sorok tangan .. tidak perlu bising kononnya diri itu dijadikan kambing hitam sebab rakyat sudah boleh membaca dan mentelaah setiap gerak geri .. berkocak ikan diair sudah rakyat tahu jantan betinanya.

Ada benarnya seperti yang diperkatakan sesetengah pemimpin-pemimpin UMNO sendiri, aktivis NGO dan rakyat,  bahawa yang merosakkan imej Najib bukan hanya dari pihak luar luar, tetapi dari kalangan orang dalam sendiri.

Hentikanlah menyalak dengan menyatakan maunya pihak tertentu menjadikan SukaGuam dan sekutunya sebagai kambing hitam (scapegoat). Jangan mengeruhkan lagi keadaan melainkan ada agenda tertentu atas arahan dan sokongan tertentu.

Persoalan lagi sekali dilontar .. siapakah indvidu dang memberi arahan dan dokongan serta sokongan itu???  Ini yang rakyat maukan penjelasan demi pencerahan dan kebenaran.

Apakah Tun Mahathir telah masuk perangkap yang dipasang pihak tertentu yang berkepentingan mau melihat Najib jatuh dengan memperdaya dan mempergunakan dirinya?????

7 comments:

  1. Sia2 Berjuang Bila Ketua Umum Sendiri Pertahan Nepotisme dan Kezaliman Dari Mati

    Tulang Badak (TB) rasa sia2 perjuangan Tulang Badak dalam PKR sejak umur 18 tahun apabila Ketua Umum sendiri berjuang untuk daulah keluarga Rasa mcm segala pengorbanan Tulang Badak selama ni mcm tiada makna dan tiada nilai.

    Rasa sia2 segala pengorbanan yang telah dilakukan oleh arwah bapa Tulang Badak yang bertungkus lumus membantu membina Keadilan Negeri Sembilan setelah Anwar ditendang dari UMNO dulu.. Kami berhimpun dan berkempen sampai2 kadang2 kami terlanjur sampai ke Padang Besar, Perlis. Sekali tu punya semangat kami berkonvoi dari Sermban ke Rembau, terbabas sampai ke Pasir Mas Kelantan. Punya Komited tak tau dah nak sampai sempadan Siam.

    Penat jerih nak bunuh Kronsima, Nepotisme dan Korupsi tiba2 Ketua Umum sendiri pegi buat kerja tolong benda keji. Ketua Umum PKR sendiri bertungkus lumus memastikan kelangsungan dan jangkahayat Nepotism lebih panjang.

    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  2. Anuar memang suka jika orang Malaysia penyokong nepotism ala keluarga segam-boot. Sapa kayak Jadi mp, Adun,.mb, president parti, posmen, tukang kipas satay, ketua RnD remote control. Semua Bini Dan Anak Sulong yg layak. Orang lain ada PhD, ada experience semua take kayak.

    Aku rasa Abang non ni gila oangkat extreme. Patut hangar tg rambutan sajaaaaaaaaa



    TULANG BADAK (TB)
    MURTABAK WAVES
    SEKRETARIAT PASNE (PENYOKONG PKR ANTI SEMANGAT NEPOTISM)

    ReplyDelete
  3. Sudah Tiba Masa De Facto PKR Berundur. Tiada Alasan Lagi

    Keadaan De Facto yang terbaru seperti yang dilaporkan dalam media alternative sungguh menyedihkan

    Masaalahnya, sekiranya De Facto PKR menolak nasihat yang nepotism kejam maka beliau redha dgn nepotism dalam kerajaan BN yang dilawannya.

    Adakah itu sebenarnya maksud De Facto PKR?

    Tidak tahukan beliau sekiranya ada pertandingan, jawatan2 penting PKR akan diisi oleh mereka yang dipilih rakyat sekaligus menutup pintu nepotism dalam untuk campur tangan dalam parti?

    Adakah De Facto redha bila PKR menguasai semua DUN dan Parlimen namun tiada satu kerusi kerajaan pun dipenuhi bukan ahli dan rakan2 beliau?

    Adakah De Facto mahu terus menjadi corong pembesar suara Nepotism kerana yang takutkan nepotism hanyalah orang2 cerdik?

    Fakta sejarah jelas menunjukkan Nepotism kalah teruk dalam pemilihan parti.

    Sebagai contoh, di Malagasy, Parti Sosialis Malagasy mendapat kerusi yang jauh lebih banyak dari pemerintah bagi Majlis Perbandaran Malagasy City.

    Rata-rata National Malagasy Party kalah mencium bumi.

    Kenyataan2 De Facto yang mahu bini beliau jadi Embee Selangor pada tahun 2014 ini jelas melanggar keputusan rakyat marhaen Kebebasan yang mahukan Pakatan Rakyat diperkukuhkan.

    De Facto PKR harus memilih samada:

    1) Berhenti sabotaj Parti sendiri dan mula hadir setiap kali ada malapetaka seperti banjir besar, kemarau panjang dan wabak penyakit
    2) Lepaskan jawatan De Facto supaya keputusan ahli bawahan tidak lagi diremehkan seperti sekarang

    Jangan jadi kuih talam

    Jangan mungkir janji.

    Jangan malukan parti

    TULANG BADAK
    Murtabak Waves

    ReplyDelete
  4. Guling TSKI Halal. Guling De Facto Haram

    Kurang setahun lebih selepas keputusan PRU13, Anuar Beraheem dan Gang lilin telah berjaya mengerah kesemua orang2 PKR untuk memilih jijah kipas sebagai MB.

    TSKI yang ketika itu berada di Shah Alam tidak tahu menahu lantas kerusi MB mahu dicabut dari beliau

    Alasan yg diberika TSKI membelakangi parti.

    Dulu pun lepas 2008, TSKI dijualang. Tapi Anuar Berahim tetap mau TSKI sebagai calon MB dlm sekelip mata.

    Dia tunggu sat dekat seminggu sampailah TSKI dilantik.

    Lepas tu PRU 13 cukup haul baru Anuar bagi surat sokongan kepada Bini dia dapat jadi MB.

    Ni semua bukti Anuar dan bini bersubahat menggulingkan TSKI.

    Atas sebab itu Tuhan nak tunjuk bini Anuar tak jadi MB.

    Padan muka. Sorang kena baling selipar. Sorang kena sepak.

    Inilah wajah "kepimpinan liberal-nepotism, pluralism dan despotism". Kepimpinan hasad dengki tamak haloba tikam belakang.

    Ada hati nak cerita pasal keadilan den reformasi konon.


    SELANGOR HAMPIR PASTI TUMBANG KEPADA bn

    Rahsia kekuatan PKR di Kelantan adalah perpaduan di kalangan ahli2 dan penggerak walaupun terdapat banyak perbezaan pendapat.

    Perpaduan ini hancur luluh apabila TSKI digulingkan oleh geng2 Kajang Move, Gang lilin serta keluarga Segam-Boot.

    Sedangkan TSKI berpengaruh besar di kalangan PKR Selangor serta pengundi2 Selangor.

    Bukan stkt dgulingkan, mereka yang amanah menyokong TSKI juga dibuang, digantung da nada dan dipecat dgn tiada belas kasihan i.e Che Gu Bard

    Sedangkan orang2 yang dikatakan rapat dgn TSKI ini banyak berjasa kepada PKR Selangor.

    Makanya, kalau Selangor jatuh adalah kerana hasil kerja tangan gang2 lilin pimpinan clan segam-boot dan Gang Kajang Move yang berjasa memecah belahkan PKR Selangor.

    Syabas kerana Gang Lilin dah buat kerja untuk musuh.

    Sikap hasad, dengki, tamak, haloba puak2 nepotism pkSahakal menumbanngkan kerajaan Selangor dan menyerahkannya kepada musuh
    Gang2 yang sama ini jugalah yang ke hulu ke hilir bercerita pasal Justice.

    Cakap tak serupa bikin

    TULANG BADAK @ MURATABAKWAVES

    ReplyDelete
  5. Xpyh nk dolak dalih..jujur je bgtau yg tokjib takut nk hdir...hnya yg bodoh je msih kekal d dlm UMNO, masih xsdar yg korg tu semo nya kmbing hitam..hahaha

    ReplyDelete
  6. NERANI KAH MAHATHIR DATANG ? ? ?
    KIH KIH KIH. . . .! ! !
    TAK BERANI OMAK OII !
    LU PEGI SEKOLAH LAGI BARU JADI BLOGER AR OMAK KAU !

    ReplyDelete
  7. Saya akui yg Tun M ada kelemahan, tapi dlm kes 1MDB, saya sokong Tun.
    Saya juga sbg rakyat Malaysia dan bangsa Melayu, amat Mali berPM kan Najib who has no balls.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...