Tuesday, 9 June 2015

ISU PERGESERAN PAS DENGAN DAP .... ANGGOTA PAKATAN RAKYAT JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI TEMPELAK AZMIN ALI.



Mohamed Azmin Ali hari ini mengingatkan anggota Pakatan Rakyat (PR) agar tidak mementingkan diri sendiri hingga menjurus kepada merosakkan gabungan parti pembangkang itu.

Mengulas kemelut terbaru melanda PAS dan DAP, timbalan presiden PKR itu berkata, tindakan mereka itu boleh dianggap satu pengkhianatan kepada rakyat.

"Jangan kerana kepentingan peribadi kita, kita merosakkan PR, dan ini akan menghancurkan aspirasi rakyat.

"Ia satu pengkhianatan sekiranya amanah rakyat ini dikhianati," katanya kepada pemberita di Shah Alam hari ini.

"Sekali lagi saya mengatakan, kita ahli parti, juga wakil rakyat yang dipilih rakyat, kena ingat itu. Tanggungjawab setiap wakil rakyat memastikan aspirasi rakyat dipenuhi.

"Kita harus ketepikan masalah ego peribadi dan meletakkan gagasan besar bagi kepentingan negara dan rakyat," kata menteri besar Selangor itu.

Beliau turut menegaskan, pentadbiran Selangor masih kuat dan kukuh serta tidak terjejas ekoran usul PAS pada muktamar tahunannya minggu lepas untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

"Usul itu akan dibawa di peringkat perbincangan. Jangan kita buat sebarang spekulasi. Sebelum ini kita melalui banyak masalah, tetapi mampu menyelesaikannya.

"Krisis ini jangan dilihat sebagai satu kelemahan. Jangan melihatnya sebagai satu masalah. Tetapi ia peluang untuk kepimpinan mengetepikan ego masing-masing dan melihat masalah itu harus dijadikan keutamaan," katanya.

Azmin berkata PR berjaya memimpin Selangor dengan adanya sokongan rakyat, bukan hanya disebabkan sokongan daripada ahli parti.

"Kalau sokongan parti sahaja, tidak mungkin kita dapat membentuk kerajaan. Bila rakyat sokong, rakyat letak harapan.

"Maka kita wakil rakyat patut mengambil tanggungjawab ini untuk penuhkan aspirasi rakyat yang diberikan pada pilihan raya yang lalu. Mandat ini besar," katanya.

Pada masa sama, beliau juga memilih untuk bersikap “playsafe” ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng semalam berhubung DAP menolak campur tangan daripada pihak ketiga dalam isu tersebut.

"Itu pandangan peribadi beliau, tetapi saya kira PKR mempunyai tanggungjawab yang besar untuk memastikan PR terus kuat dan kukuh.

"Ini memang peranan yang dimainkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini demi kepentingan negara dan rakyat. Dan saya sendiri di peringkat negeri ingin melihat PR terus kuat dan kukuh," katanya.

Pada Ahad, PKR menyatakan hasrat menjadi orang tengah sebagai pendamai antara PAS dan DAP.

Namun semalam, DAP berkata ia tidak perlukan campur tangan pihak ketiga dalam isu pergeserannya dengan PAS, mengatakan sebagai parti politik yang wujud sejak 1966 dan mempunyai majoriti ahli Parlimen dalam PR, mereka berupaya menangani isu itu.

"Kita tidak perlu orang tengah berhubung isu kita dengan PAS. Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," kata Lim.

26 comments:

  1. Parti Islam itu untuk memutuskan hubungan dengan DAP kerana bimbang kerana keputusan tersebut akan menjejaskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat.

    “Saya kesal dengan usul untuk memutus hubungan dengan DAP yang telah diterima di Muktamar PAS. Saya gesa rakan politik kami PAS untuk mengkaji semula usul tersebut yang telah dilulus tanpa dibahas, dan agar ia tidak dilaksana pada ketika ini."


    “DAP yang telah lama menjadi teman dan rakan seperjuangan, terus komited dengan perjuangan untuk membawa perubahan,” katanya.

    “Saya juga tahu yang DAP bersama kami dalam usaha memastikan Pakatan Rakyat terus utuh dan menjadi pilihan alternatif rakyat,” katanya dalam satu kenyataan yang dikirim melalui anggota biro politik PKR, N Surendran yang juga MP Padang Serai.

    Pesanan sama turut dikirim kepada pemimpin utama PAS dan DAP, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.

    Apa boleh saya katakan Anwar sudah terlewat.

    Kenapa tak ada pesanan sebegini semasa DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang? Kenapa Anwar tak bersuara semasa serangan demi serangan dibuat kepada PAS walaupun PAS diam tidak menjawab?

    Kalau diibaratkan pengandil, semasa DAP memukul PAS pengadil membiarkannya tapi bila PAS cuba membalas terus ditiup wisel. Nampak macam tak adil pengadil itu.

    Apakah Pakatan Rakyat penting jika kebajikan PKR dan DAP terjaga dan PR itu tidak penting jika PAS diketepikan?

    Biarlah perkara ini menjadi suatu 'pengajaran' buat mereka yang nak berpakat. Kalau kita nak berpakat keputusan kita biarlah adil untuk semua pihak yang berpakat.



    Nordin Bin Ali
    [email protected] /* */
    http://nordinali.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. DAPigs LUDAH BANTUAN PKR!!!

    POSTED BY SEMUT HITAM

    Heh! PKR ingat diorang besar sangat ke sampai tahap nak jadi 'Orang Tengah' untuk meleraikan krisis yang sedang dihadapi oleh puak - puak PAS dan DAPigs tu pada ketika ini?

    PKR sedar atau pun tidak bahawa bantuan yang nak dihulurkan tu tidak dialu - alukan sama ada oleh PAS mahu pun DAPigs. PKR tak perlu nak anggap diri mereka sebagai 'Abang Besar' dalam Pakatan.

    Hakikatnya, PKR sendiri perlu sedar yang mereka sendiri pun tak mampu nak selesaikan konflik yang melanda parti mereka sendiri secara tertutup. Jadi, tak payah la diorang nak berangan.

    Jika tadi kita dah bentangkan beberapa persoalan dan pertikaian yang telah dibangkitkan sebelum ini berhubung isu kemelut kepimpinan PKR tu sendiri yang masih belum dapat diselesaikan.

    (Artikel Berkaitan: Juru Runding Sendiri Pun Kucar Kacir!!!)

    Terbukti dari apa yang kita lihat, puak - puak PKR tu sendiri masih lagi dibelenggu dengan pelbagai masalah dalaman yang cukup kronik ibarat 'Barah' yang sedang menyerang secara senyap.

    Menyedari hakikat itu yang membuatkan puak - puak DAPigs ni menolak sebarang campur tangan 'pihak ketiga' dalam soal nak menguruskan krisis yang sedang melanda mereka dengan PAS.

    Dengan nada angkuh, DAPigs menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan orang luar selaku Pendamai kepada kegeseran dengan PAS yang semakin meruncing selepas Usul Tergempar yang diterima PAS sebelum ini.

    Kata Si Guan Eng, selaku sebuah parti yang sudah lama wujud dan kini mempunyai Majoriti lebih besar dari orang lain dikalangan Pakatan, mereka berupaya untuk selesaikan sendiri masalah tersebut.
    "Kita tidak perlu orang tengah berhubung isu kita dengan PAS. Segala masalah boleh dibincangkan secara terus tanpa campur tangan orang lain," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
    Jelas, kenyataan Sombong dan Angkuh yang dikeluarkan oleh Si Tokong DAPigs tu membuktikan bahawa mereka memperlekehkan kemampuan PKR yang sebelum ini nak jadi Hero.

    Secara tak lansung, sindiran pedas itu perlu difahami dan disedari oleh PKR bahawa kedudukan mereka JAUH ketinggalan jika nak dibandingkan dengan DAPigs yang menguasai Parlimen ketika ini. Jadi, tak payah la PKR nak tunjuk yang diorang tu Hero sangat!!!

    ReplyDelete
  3. TUN MAHATHIR JADI MANGSA KEMUNAFIKAN PKR!!!
    POSTED BY SEMUT HITAM

    Terbaiklah!!! Inilah yang baru orang kata MUNAFIK sejati ni. Takde nak berselindung dah nampak gayanya puak - puak PKR ni dari memperlihatkan ke-MUNAFIK-an diri mereka sendiri.

    Kalau sebelum ini, puak - puak PKR tu bukan main lagi memberikan puji-pujian kepada Tun Mahathir kerana tindakan Negarawan Ulung tu menyerang pentadbiran YAB Perdana Menteri.

    Tapi sekarang, diorang pulak yang galak melemparkan Penghinaan terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia yang ke empat tu secara terbuka ekoran insiden yang berlaku di PWTC baru - baru ini.

    Kata puak - puak PKR tu, apa yang menimpa Tun Mahathir tu di Dewan Tun Hussien Onn pada Jumaat lepas merupakan satu pembalasan terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum ini.

    Mereka mendakwa KONONnya Tun Mahathir menerima balasan terhadap pentadbiran 'Drakonian' yang telah diamalkan bagi menghalang Kebebasan Bersuara dikalangan rakyat Negara ini.
    “Tun Mahathir jadi mangsa kepada budaya dan perangai yang dia sudah bentuk ketika dia berkuasa dahulu. Sekarang dia sudah dapat balasan dari peninggalannya."
    Demikian yang dinyatakan oleh Si Rafizi terhadap insiden yang menimpa Tun Mahathir dalam forum dialog terbuka 'Nothing To Hide' diantara NGO bersama YAB Perdana Menteri sebelum ini.

    Bagi ADUN PKR Batu Cave, Si Amiruddin Shaari mendakwa insiden tersebut boleh jugak dianggap sebagai satu Karma buat Tun Mahathir diatas perbuatannya sendiri selama hari ini.

    Manakala Si Surendran tu pulak menganggap Tun Mahathir telah di-'Senyap'-kan oleh amalan dasar 'Kuku Besi' hasil ciptaannya sendiri yang telah diguna-pakai sewaktu menjadi Perdana Menteri.

    Selain itu, seorang lagi Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula mendakwa, Tun Mahathir tidak boleh menyalahkan orang lain, termasuk YAB Perdana Menteri diatas insiden yang berlaku.
    “Dulu Dato’ Seri @anwaribrahim kena macam ni semasa zaman Tun Mahathir berkuasa sebagai PM… Sekarang Dato’ Seri Najib yang berkuasa… So Tun Mahathir jangan salahkan Dato’ Seri Najib pula sebab ini semua ajaran Tun Mahathir jugak hahaha…,” sindirnya.
    Nah!!! Sekarang sudah semakin terserlah sifat kemunafikan puak - puak PKR ni secara terbuka. Sifat mereka yang suka berubah - ubah tu memang satu sifat yang lansung kita tak boleh nak percaya.

    Bila isu kritikan Tun Mahathir tu menyebelahi mereka, bukan main lagi diorang memuji - muji tindakan yang dilakukannya. Tapi bila perkara tu tidak menyebelahi mereka, berbakul - bakul sumpah seranah diorang lemparkan!!! Memang Haramjadah sungguh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Madet bukan ahli PKR. PKR kutuk Madet biasalah. Apa hal bila ahli UMNO yg kutuk Madet? Terutama yg nak jilat telur Najib....

      Delete
  4. Azmin Ali lahir di Singapura pada 25 Ogos 1964 dan merupakan abang kepada pengacara televisyen yang penuh kontroversi iaitu Azwan Ali.Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Gurney Road (2), Kuala Lumpur dari 1971 hingga 1976. Kemudian beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Setapak, Kuala Lumpur (1977 - 1979) dan Institut Teknikal, Jalan Cheras, Kuala Lumpur (1980 - 1981). Beliau menyambung pelajaran beliau di University of Minnesota, Amerika Syarikat. Beliau berjaya mendapat master pada usia 24 tahun beliau juga adalah anak angkat Tun Dr Mahathir namun terus setia dengan DSAI sejak awal reformasi pada tahun 1998 hingga sekarang.

    Macai ado?ngee

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Biar bodo buat kerja bodo, pandai buat kerja pandai.heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bair aku sambung tulis kau. balik jadi azmin jadi penjubur malah bini pun sangup dia bagi pada anwar itu , ini semua sebab terlalu pandai.

      Delete
    2. Anon 14.36...
      Kau tengok ke Nuar jubor isteri Azmin? Aku pun boleh cakap ...emak kau dah puas aku jubor. Siang dan malam aku berjubor dgn emak kau. Kau pun lahir dr benih aku...

      Delete
  5. Ini masa Pas kena maki. Nanti (sedikit masa lagi) gerenti Pkr kena kencing dengan Dap ! Mereka suka lagak kiasu, mana boleh di arah dan dengar cakap Pkr.

    Tidak percaya, tunggu Pas buat pusingan 360 nanti !!!

    Omakkau ready gegaran Kinabalu. Jangan buat lagak selfie bogel ok ?

    ReplyDelete
  6. Ingat tu macai PKR.Adun Adun PAS tu Dilantik oleh rakyat.Sedap2 je mulut korang suruh depa letak jawatan...bengong betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woi bangang...dilantik jd adun je.xsuruh letak jawatan sbg adun pun...yg suruh letak jawatan tu drpd jwtn glc.bangang ke hapa ko ni.kalo bangang sila diam,jgn tunjuk sgt bangang tu.kagkahkah

      Delete
    2. Bodo ke...pi masuk U kalu belum ada degree mcm MB. Adun tak perlu letak yg perlu jawatan lantikan kerajaan PKR_DAP_PAS. Kalu ulama dan muktamar kata putus dengar dan ikut sahaja lah, bodo piang ko ni

      Kita tunggu & Lihat mereka PIlih Ringgit ke Ulama...kikii ki kikrik krik

      Delete
    3. Anon 13.53 memang betul2 bodoh. Masuk tadika dan belajar semula. Lain kali baca dulu baru komen. Nampak sangat bodoh macam DAMACAI PAS.

      Delete
  7. Omakkau selaku Blogger pas UG xnk post ke awat datuk saleh man xnk letak jwtn lg dlm glc pp.kata ulamak suci sangat knape masih nk mkn mknn haram dr kerajaan DAP.kahkahkah

    ReplyDelete
  8. Tanya omak bapak kau ni suruh Iskandar samad cepat letak jawatan kalau; ada maruah diri.muka tak malu.Senya je bila dap suruh.padan muka.Ptuyiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wan Azizah, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana untuk pemandu pelancong gunung itu dilaksanakan selepas gempa bumi M6 melanda Jumaat lepas di Ranau, Negeri Sabah. Beliau menimbulkan kebimbangan beliau gunung pelancongan pendapatan panduan yang akan menderita selepas bencana yang menyebabkan taman ditutup selama tiga minggu dan pengumpulan dana yang akan membantu mereka terutama mereka yang telah memberi hidup mereka ketika cuba untuk menyelamatkan orang lain. Azizah merasakan bahawa rakyat perlu membantu walaupun dengan harga yang sedikit dan melakukan apa sahaja yang mereka boleh untuk membantu panduan gunung. "Saya gembira, begitu gembira dan bangga untuk bertemu orang-orang yang telah dikorbankan kerana Anwar telah dikorbankan untuk apa yang dia berfikir yang tepat kerana ini adalah nilai dan 'Penilaian' wang yang tidak boleh membeli." Azizah berkata, kerana dia dialamatkan kepada Christopher Peter Ebi yang merupakan wakil dari Mount Kinabalu Panduan Persatuan. Wan Azizah adalah di Kg Bundu Tuhan, Ranau Sabah pada lawatan setengah hari keluarga bersedih panduan gunung tempatan Valerian Joannes dan Yusuf Solungin yang telah dibunuh oleh gempa bumi M6 yang melanda berhampiran tempat pelancongan puncak gunung pada Jun 6 pagi Jumaat, pada 07:15. Lawatan beliau diiringi oleh Wakil PKR Negeri, Lajim Ukin, Christina Liew dan Terrence Siambun dan pemimpin parti PKR Sabah beberapa negeri. 8 Jun 2015 Kota Kinabalu rakyat bukan minta simpati taik berdarah anwar itu, sepatut pemimpim simpati pada rakyat bukan pemimpin minta simpati pada rakyat . fikirkan lah ini cara istana segambut itu minta simpati pada rakyat, ketika banjir dulu ada tak jijik sebuk nak tengok rakyat kelantan itu, tak ada pun keluarga istana segambut itu dan dia sebuk dengan basikal di new zealand

      Delete
    2. Azizah bukan PM. PM Msia masa tu Najib. Najib gi main golf kau tak tahu ke?
      Kalau nak mengampu biarlah bertempat...bodoohh..

      Delete
  9. Salam. Ingat!, rasa2nyer PAS dengan DAP totally putus doh. Itu keputusan Muktamar. Ingat muktamar adalah kekuasaan tertinggi dalam pelembagaan PAS. Jika PAS tak ikut perlembagaan, parti itu boleh di BATALkan sebagaimana UMNO dulu........guano gamok peguam2 PAS seme. Jika ada yang tak puas hati, mereka akan buat laporan....nanti panjang cerita...Sebab itu berfikir beribu kali sebelum bertindak. Orang yang matang akan berfikir beribu kali. Orang pandai tak semestinyer matang

    ReplyDelete
  10. Najib dah kata dh blogger umno bangang.termasuk blogger UG omakkau ni.hahaha

    ReplyDelete
  11. Ini semua salah Nuar Braham krn menjuburi saifol, suruh bela diri x mau. Jijah yg bertahun dijuburi, semakin panaaasss....makin laju kipas Jijah...dah kena aids ke belom?

    Dap, LGE begitu rindu pd kote bengkok, mat sabu hanya ada kote ketot...x dpt nak puaskan nafsu serakah Dap...

    Azmin ada apa? MB dah x leh tidoor malam....

    Kholid jugak yg sedang kertawa, menghitung hari...

    Omak....senyum riang....

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ni punya komen pun boleh lulus.....adussss......senak.....senak....

      Delete
    2. jubo punya jubo terjubo bontot saifol akhirnya masok penjara..kalau dia menjubo jubo ayam serama pasti dia tak masok penjara..bodoh betul nuar aljuburi tu..dah la bodoh bebal lak tu..ngeh3

      Delete
    3. Lahanat ni asyik komen pasal jubo je, kau hasil dr mak bapak kau main tak baca doa junub ni ler hasilnya pas tu dah besar intai mak bapak kau berjubo vavi punya org, kenapa la allah tak jadikan kau haiwan..

      Delete
  12. Apa punya statement lah...
    Perjuangan PAS ==> Hukum Hudud + Negara Islam
    Sekiranya PAS mengubah perjuangan asal PAS... maka PAS telah mengkhianati SELURUH RAKYAT yang memilih PAS baik yang hidup atau yang sudah tiada...

    Macam mana nak perjuangkan matlamat PAS bila PKR/DAP masuk campur dan cuba mengubah perjuangan PAS secara halus??

    ReplyDelete
  13. DAMACAI PAS macam ni ke yang kita nak hormat. Harap serban saja besar.

    ReplyDelete
  14. ingat pangkat dan kedudokan ada pinjaman dari Allah SWT. Mengapa asik burukkan DSAI lagi. Dosa subahat dan fitnah berat..Kebodohan orang Melayu yang terpengarup oleh media talbarut BN memang terselah.Tak pakai otak kah bagaimana boleh berlaku kejam lawan hanya untuk menutup rasuah resaksa mereka. Hai ulama Pas jangan angkuh sebelum ini Pas tanpa kerjasama gulongan profesional tidak bisa gah saperti sekarang.Saya sedih ini berlaku kerna taksub Mengapa kau buang Abg Mat Sabu dan lain lain , cuma nak menang.Kami di luar tengok siapa yang betul betul kerja bukan kaki ampu.Allah SWT maha berkuasa pinjaman kuasa hak mutlak Nya.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...