Tuesday 9 December 2014

MB NEGERI SEMBILAN ANUGERAHKAN KAWASAN BALAK SELUAS LEBIH 800 HEKTAR KEPADA SYARIKAT KRONI?????



Ketua Pembangkang DUN Negeri Sembilan YB Anthony Loke Siew Fook hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan negeri menganugerahkan kawasan balak seluas 809 hektar kepada Langkah Hormat Sdn Bhd, syarikat yang langsung tidak mempunyai pengalaman.

“Daripada sepuluh syarikat diberikan lesen balak pada 2013, apakah keistimewaan Langkah Hormat Sdn Bhd diberikan dua lesen?


“Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Haji Hasan harus memberi penjelasan mengenai penganugerahan misteri ini,” kata Loke dalam ucapan Perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Undangan Negeri.


Menurut Anthony, satu daripada dua lesen itu untuk sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok A) Hutan Simpang Triang, Jelebu seluas 404.69 hektar.


Manakala, satu lagi lesen adalah sebahagian kawasan 15,16,17,81 dan 80 (Blok B) di tempat dengan keluasan sama.


“Ini bermaksud Langkah Hormat Sdn Bhd mendapat lebih 800 hektar tanah pembalakan merangkumi 50 peratus jumlah kawasan yang dibenarkan di seluruh Negeri Sembilan.


Loke yang juga ADUN Chennah menyatakan, jawapan bertulis diterimanya April lalu memberitahu, bagi tahun 2013 kerajaan negeri mengeluarkan lesen pembalakan kepada sepuluh syarikat dengan keluasan 1,661.79 hektar.


Kerajaan negeri menyatakan hasil dikutip pada 2013 dari aktiviti pembalakan sebanyak RM11,0032,659.49

Dalam pada itu semakannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati Langkah Hormat Sdn Bhd dengan nombor syarikat 983808-A hanya ditubuhkan pada 23 Mac 2012 dan beralamat di Melaka.

“Lebih mengejutkan, dilaporkan dalam maklumat syarikat ialah ‘dormant’ (tidak aktif) dengan ‘paid-up capital’ hanya RM10 ribu dan tiada langsung penyata kewangan dilaporkan,” ujar Anthony.

10 comments:

  1. Yang ni Mat Matang Pauh tak boleh komen. Faekah Husin cakap ada pemimpin tertinggi dapat claim allowance RM 15 juta sebagai penasihat.

    Wuiiiiiiiiiiiiiiiii Cakap lu, TSKI pulak amanah mana bolei layan orang yang buat lain cakap lain. Kutuk boros, sendiri claim guni2

    Ahli2 PKR bawahan dah sedar. Yang tak sedar adalah gang2 PASMA (Persatuan Suka Maki Anda). Orang yang singkat akal dan born loser macam Malaysiawaves suka la PASMA ni,

    Pembodek2 Gang Kajang Move. Deme ni cerodik. Kipas Boss dan Bodek Boss untuk sejemput cita2

    Pesanan Tulus Ikhlas Dari Hati

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Sejati 1998
    (Kami lawan kerana kebenaran bukan untuk bodek boss atau fanatil/ fanataik dekat boss)

    ReplyDelete
  2. Yang dapat balak tu syarikat melayu ke cina? Kalau melayu biag pi la. Yang akan kaya pun melayu.
    Lagi pun cina banyak lagi lubang dia orang nak kaya. Tauke Judi rumah urut ,taukei lombong dan macam macam.

    ReplyDelete
  3. Mb n.sembilan taik hanjing

    ReplyDelete
  4. yg dpt tu mugkn mlyu tpi cina dh tungu dblkng jual jelh. klu benar brpksikn fkta kytaan yb ni. jgn tgu lma2 lapor trus kpd sprm. lgi pn skrg ni kempen bentrs rasuah dh kena pd msanya. rkyt jga nk tgok sprm brtindk pnts bagaikn kilat mnyambr.

    ReplyDelete
  5. RM11,0032,659.49

    macama nak sebut angka ni?

    ReplyDelete
  6. Umno kene bg projek kt org umno lh walaupun x berkebolehan, punah hutan ke rosak alam sekitar ke tu belakang kira janji masyuuuuk ...hihihi

    ReplyDelete
  7. Tak kira ANUTAN PARTI .. KALAU BAB DUIT .. SEMUA BOLIH JADI ..

    ReplyDelete
  8. Klw bagi pada anthony loke...baru tak kroni kpl bapak ko...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju 101% ...kpl bapak ko jugak...

      Delete
  9. Kroni kroni mat asan kaya raya....kul ada yg kroni boleh tido baring dalam umah mat asan sampai ke ceruk dapur lagi kayo tuhh....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...