Friday, 31 July 2015
BERITA GEMBIRA UNTUK RAKYAT JOHOR!!! ... MULAI ESOK KADAR TARIF AIR DI JOHOR DI NAIKKAN.
CYBERJAYA - Mulai esok, kadar tarif air di Johor akan dinaikkan antara RM2 dan RM3 setiap meter padu bagi kegunaan domestik yang melebihi 20 meter padu dan 35 meter padu sebulan, demikian diumumkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span) hari ini.
Dalam satu kenyataan di sini, Span berkata pelarasan tarif air di negeri berkenaan adalah berikutan cadangan daripada Syarikat Air Johor (SAJ) Holdings Sdn Bhd untuk menaikkan kadar itu tahun lepas.
"Bagi pengguna domestik, kadar tarif air yang baharu bagi penggunaan 0 hingga 20 meter sepadu (m3) adalah 80 sen, dan penggunaan 20 hingga 35 meter padu adalah RM2.
"Penggunaan air melebihi 35 meter padu, pengguna perlu membayar RM3 bagi satu meter padu masing-masing," menurut kenyataan itu.
SPAN berkata sebanyak 79.20 peratus pengguna (722,797 akaun) yang menggunakan air tidak melebihi 35 meter padu akan mengalami kenaikan bil air antara RM2 hingga RM9.25 sebulan.
Bagi pengguna bukan domestik pula, kadar tarif air yang baharu bagi penggunaan 0 hingga 35 meter padu adalah RM2.80 dan melebihi 35 meter padu pula adalah RM3.30 bagi satu meter padu masing-masing, menurut Span.
"Sebanyak 78.3 peratus pengguna (108,920 akaun) yang menggunakan air tidak melebihi 35 meter padu akan mengalami kenaikan bil air antara RM4 hingga RM7 sebulan," katanya.
Kali terakhir tarif air di Johor disemak dan diselaraskan adalah pada 1 November 2010. - Bernama
HARGA RON97,RON95 DAN DIESEL TURUN 10 SEN SELITER
Harga runcit petrol RON9t, RON95 dan diesel turun 10 sen seliter bagi Ogos 2015 berkuat kuasa tengah malam ini (1 Ogos).
Harga baru RON95 ialah RM2.05 seliter, RON97 pula RM2.45 seliter selepas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dan diesel RM1.95 seliter.
"Harga tersebut berkuat kuasa mulai 12.01 pagi, 1 Ogos ini," kata Timbalan Presiden Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia Datuk Zulkifli Mokti ketika dihubungi Bernama.
Makluman ini sekali gus menafikan penyebaran tidak bertanggungjawap di media sosial oleh pihak tertentu yang mendakwa kerajaan telah menaikkan harga ketiga-tiga bahan api setinggi 35 sen seliter.
Dakwaan itu menggunakan "Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan" sebagai sumber maklumat tersebut.
MOHAMAD HASAN BERSYUKUR SEANDAINYA DIRINYA DI GUGURKAN SEBAGAI MB NEGERI SEMBILAN
“Saya digugurkan? Alhamdulillah..,” ia ringkas Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai khabar angin di media sosial bahawa beliau akan digugurkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Badan Kemajuan Anak-Anak Negeri Sembilan pada Jumaat.
Desas-desus mengenai penggugurannya timbul selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin digugurkan sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.
Terdahulu dalam ucapannya Mohamad yang juga merupakan Pengerusi UMNO Negeri Sembilan memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengacau pentadbiran yang diketuainya.
Jelasnya, pihak luar seharusnya menjaga kawasan masing-masing dan tidak menganggu kawasan orang lain.
“Kito duduk diam-diam. Duduk di pengkalan kito. Sey duduk sey jago pengkalan Negeri Sembilan. Tapi jangan kacau-kacau Negeri Sembilan. Keno pangkah nanti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau turut diminta mengulas mengenai tindakan beberapa UMNO bahagian yang membatalkan jemputan untuk menjemput Muhyiddin bagi merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian seperti Rabu, Batu Gajah dan Ipoh Barat.
“Saya tidak tahu pada itu. Kita ini orang Melayu, UMNO ini parti Melayu. Untuk membatalkan jemputan itu. Orang Melayu ini susah untuk membatalkan..tapi terpulang pada masing-masing. Kita jangan hilang budi bahasa,” ujarnya.
HEBAHAN MEDIA OLEH PEGUAM ROSMAH MANSOR MENGENAI ARTIKEL DI ASIA SENTINEL MENGENAI RANCANGAN MAU MENYINGKIRKAN ZETI AKHTAR AZIZ SEBAGAI GABENOR BANK NEGARA
Asia Sentinel pada semalam telah melaporkan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansur sedang merangka perancangan untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari posisi gabenor bank negara. Maklumat katanya didapati dari sumber berpengaruh yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Laporan tersebut menyebut ;
1. Rosmah marah dengan kebocoran maklumat berkenaan account banknya dan mengenai kemasukkan wang ke dalam account peribadinya.
2. Sekaligus cakap2 mengenai gaya hidup dan perbelanjaan mewahnya menjadi sasaran rakyat dan menjejaskan persepsi terhadap pentadbiran Najib.
3. Susulan dari penyebaran tersebut, Rosmah telah mengarahkan Zeti untuk menyiasat dan memaklumkan padanya pihak yang mendedahkan maklumat peribadi account banknya atau meletak jawatan dalam masa 72 jam.
4. Zeti enggan melayan permintaan Rosmah dan sejak itu Zeti dijadikan target untuk dijatuhkan.
5. Selain itu, isu mengenai siasatan 1MDB juga menjadi antara punca kenapa Zeti perlu disingkirkan menurut sumber.
6. Ini kerana Zeti akan menyerahkan semua bukti berkaitan perbankan dan transaksi2 yang melibatkan syarikat2 yang berkaitan dengan pelaburan 1MDB kepada pasukan khas. Zeti dikatakan akan memberikan kerjasama penuh kepada pasukan khas. Walaupun Zeti tidak mendedahkan sebarang maklumat kepada media.
7. Perkara inila yang merisaukan pentadbiran Najib memandangkan Zeti tidak boleh dipecat sewenang2nya apatah lagi tidak pula Zeti mahu berkompromi dengan sesiapa demi pertahankan kedudukannya.
8. Pada tahun 2009, Najib meluluskan satu usul yang mana bank negara dikecualikan dari terlibat dengan sebarang tekanan/pengaruh politik ini termasuklan soal perlantikan ke atas jawatan tertinggi.
9. Cadangan ini dikemukakan oleh Zeti atas alasan bagi memastikan bank negara bersikap telus dan bebas dari sebarang unsur2 politism dalam mengambil atau membuat sebarang keputusan.
10. Jawatan gabenor bank negara hanya boleh dipecat, ditukar atau dilantik oleh agung semata2nya.
11. Agong (dari Kedah) dilaporkan berkata kepada Mahathir bahawa dia bersikap berkecuali dan tidak mahu melibatkan diri dan biarkan undang2 menjalankan prosesnya.
12. Selepas seketika muncul satu blog yang memaparkan artikel kononnya Zeti terlibat dalam skandal. Dipercayai berkaitan Rosmah Mansur.
13. Blog tersebut menamakan Zeti telah menggunakan kedudukannya untuk memperolehi tender berkaitan kementerian pendidikan mengenai pembekalan air. Tender tersebut diserahkan kepada syarikat yang berkaitan suami dan anak2 Zeti.
14. Selain itu, dilaporkan suami Zeti telah memperolehi komisen yang sangat tinggi dalam 'bank deal' sebagai third party antara pihak bank dengan pelabur. Suami Zeti, Tawfiq Ayman mengambil manfaat kedudukan Zeti untuk memperolehi maklumat dalaman yang kemudiannya digunakan untuk menjayakan perjanjian perniagaan tersebut.
15. Suami Zeti agak goyang dengan perkembangan terbaru ini.
16. Sumber Asia Sentinel juga berkata agak sukar untuk menjatuhkan Zeti dari kedudukannya memandangkan Zeti bukan sahaja diakui berkredibliti dan berkeupayaan mentadbir kewangan dalam negara bahkan turut diiktirafkan di pentas antarabangsa.
17. Zeti telah berkhidmat dalam dunia perbankan selama 36 tahun dan mula diangkat sebagai gabenor pada tahun 2000.
18. Pada tahun 2009, bakat dan keupayaan Zeti diiktirafkan menerusi pentas antarabangsa menerusi award antara ketua (gabenor) bank negara terbaik dunia dan terus menerima pengiktirafan yang lebih kurang pada tahun2 selepasnya.
19. Melihat kepada ketokohan yang dimiliki Zeti, sumber memaklumkan kepada Asia Sentinel, rakyat mungkin tidak akan mempercayai dakwaan terhadap keluarga Zeti yang tersebar menerusi blog.
Hari ini melalui Messrs Noorhajran Mohd Noor telah mengeluarkan kenyataan akhbar tuntut The Asia Sentinel membuat penjelasan mengenai artikel berkenaan dan bakal berdepan dengan tindakan undang-undang.
Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor menafikan dakwaan dalam portal The Asia Sentinel bahawa beliau berusaha untuk menyingkirkan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz dari jawatan gabenor Bank Negara.
“Sindiran dan tuduhan itu dibuat dengan niat untuk menjejaskan reputasi Datin Seri Rosmah Mansor dalam kapasiti beliau sebagai isteri perdana menteri.
“Kata-kata yang digunakan oleh En (John) Bethelesen (penulis artikel tersebut) bersifat berseteru dan 'fakta' yang tidak bermaklumat itu diolah untuk menggambarkan dan mencipta persepsi negatif ke atas Datin Seri Rosmah Mansor memandangkan tulisan itu berada di ruang awam,” kenyataan Rosmah dipetik.
Kenyataan itu dihantar melalui firma guamannya, Tetuan Noorhajran Mohd Noor.
Tulisan di portal The Asia Sentiel itu diterbitkan hari ini dengan tajuk 'Malaysian PM's wife seeks Central Bank governor's ouster'.
JOHOR BAHRU DILANDA BANJIR KILAT HANYA DISEBABKAN HUJAN TURUN DENGAN LEBAT SELAMA 2 JAM SAHAJA.
Hujan lebat berterusan kira-kira jam 2 petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan sekitar bandaraya ini mengalami banjir kilat sehingga melumpuhkan pergerakan trafik.
Jurucakap bomba dan penyelamat Johor, berkata Jalan Wong Ah Fook berhadapan pusat beli belah Komtar JBCC antara kawasan yang dinaiki air sehingga menyebabkan dua lorong jalan berkenaan tidak dapat dilalui kenderaan.
Katanya, bagaimanapun keadaan kembali pulih kira-kira jam 3.30 petang selepas hujan lebat berterusan selama setengah jam.
VIDEO LELAKI BELASAH RAKAN SEBILIK DI SEBUAH KEM TENTERA KERANA DITUDUH CURI TELEFON
Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki yang dipercayai dari sebuah kem tentera menerajang rakannya tanpa belas kesihan atas dakwaan mencuri telefon kini viral di media sosial.
Mangsa yang duduk di atas katil ditendang dan disepak pada bahagian muka berkali-kali walaupun merayu tidak dilakukan sedemikian.
MENJAWAB TOMAHAN KONONNYA PAS HALANG AHLI-AHLI PARLIMENNYA MENGUNDI TIDAK PERCAYA KEPADA NAJIB.
Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan tajuk berita dalam akhbar Berita Harian: ‘Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya’ bertarikh hari ini adalah salah dan mengelirukan.
Menurutnya, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
“PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah dispin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.
“Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam.
“Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Ahmad Samsuri turut memuat naik sebuah pautan temuramah Abdul Hadi yang menyebut bahawa, undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
Penafian Berita Disiarkan Oleh akhbar Berita Harian
Tajuk berita dalam akhbar cetak Berita Harian "Hadi beri amaran jangan sokong undi tidak percaya" bertarikh 31 Julai 2015 itu adalah salah dan mengelirukan. Presiden Pas menyebut bahawa undi tidak percaya di parlimen adalah salah satu proses demokrasi.
PAS akan menelitinya. Bagaimana pula ia telah di spin sedemikian rupa oleh Berita Harian dengan tajuk dan isi yang bercanggahan dengan apa yang disebut oleh Presiden PAS.
Melainkan Berita Harian berniat jahat dan mempunyai agenda pecah perintah. Kami mendesak pihak Berita Harian meminta maaf dan membuat pembetulan dalam masa 24 jam. Sekiranya pihak Berita Harian enggan berbuat demikian, pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya.
Disertakan pautan temuramah tersebut :
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS
31 Julai 2015
11.00 am
TIGA BAHAGIAN UMNO TETAP BERDEGIL MAU MENERUSKAN MENJEMPUT MUHYIDDIN YASSIN DAN SHAFIE AFDAL MESYUARAT MEREKA.
Tiga Umno bahagian akan meneruskan rancangan untuk menjemput menteri Kabinet dipecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Shafie Apdal untuk merasmikan mesyuarat mereka.
Umno Bahagian Kluang, Hulu Selangor dan Kemaman kekal dengan keputusan mereka Muhyiddin dan Shafie akan menghadiri mesyuarat mereka dan bersedia berdepan sebarang risiko.
"Ya, kami akan meneruskan program Ahad ini bersama dengan Tan Sri," kata Ketua Umno Bahagian Kluang Md Jais Sarday.
Jais, yang juga exco kerajaan negeri Johor berkata, beliau bersedia berdepan dengan sebarang tindakan.
"Tak mengapa, tunggu sehingga Ahad ini apabila Muhyiddin datang. Saya juga akan berucap dalam majlis itu," katanya.
Bekas timbalan perdana menteri dan menteri pelajaran itu dijadualkan akan merasmikan mesyuarat Umno Bahagian Kluang pada Ahad ini di Dewan Jubli Intan.
Muhyiddin sepatutnya merasmikan mesyuarat Umno Raub pada 15 Ogos tetapi bahagian tersebut membatalkannya selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan rombakan Kabinet.
Umno Bahagian Batu Gajah dan Ipoh Barat juga membatalkan jemputan mereka terhadap Shafie yang dijadualkan merasmikan mesyuarat mereka minggu ini.
Sementara itu, seorang jurucakap Umno Johor berkata langkah meneruskan program bersama Muhyiddin tidak salah memandangkan masih memegang jawatan timbalan presiden.
"Tan Sri Muhyiddin masih pemimpin kami, beliau masih timbalan presiden. Lagipun kami sudah menjemputnya sebelum berlaku kemelut rombakan Kabinet baharu ini. Adakah salah kami menjemput pemimpin utama Umno?" katanya dengan syarat tidak dinamakan.
Selain Kluang, Muhyiddin juga bakal merasmikan Umno Bahagian Kemaman, tempat bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang pernah bersengketa dengan Najib semasa penggugurannya baru-baru ini.
Pegawai khas Muhyiddin juga sudah mengesahkan jemputan tersebut, bagaimanapun tarikh dan tempatnya masih belum diputuskan lagi.
Sementara itu, Shafie juga akan meneruskan programnya merasmikan Mesyuarat Sayap-Sayap Umno Bahagian Hulu Selangor yang akan diadakan di IKBN Pertak, Kuala Kubu Baru, Selangor.
Seorang jurucakap bahagian itu mengesahkan program bersama Shafie akan diteruskan.
"Program bersama Datuk Seri Shafie diteruskan, kami sudah buat persediaan sejak awal lagi dan tidak baik jika batalkan saat akhir," kata sumber tersebut.
Katanya, langkah meneruskan program tersebut tidak perlu dijadikan isu besar kerana keesokannya Najib juga akan hadir untuk merasmikan Mesyuarat Umno Bahagian Hulu Selangor.
" Tidak ada isu besar, bagi kami kedua-dua mereka masih pemimpin utama Umno," katanya.
INI BUKTI BAHAWA AZIZ BARI YANG MASUK DAP SEMALAM ADALAH SEORANG ANGGOTA PKR YANG PERNAH BERTANDING JAWATAN KETUA CABANG PKR BAHAGIAN SABAK BERNAM.
Kini sudah kantoi kepada mereka yang kuat dan beriya-iya mempertahankan kononnya Aziz Bari adalah sekadar calon PKR untuk kerusi parlimen Sabak Bernam pada PRU ke-13 lalu dan bukannya anggota PKR pun.
Nah!!!! ... yang ini apa????? ... Rupa-rupanya pernah bertanding untuk merebut jawatan sebagai Ketua Cabang PKR Sabak Bernam pada pemilihan PKR tahun lepas yang penuh dengan insiden tumbuk menumbuk dan maki hamun sehingga Jawatan Kuasa Pemilihan (JPP) memutuskan untuk membatalkan proses pemilihan kesuatu tarikh lain.
Omak Kau tidaklah tahu jika ada peraturan baru dalam perlembagaan parti yang mengizinkan bukan anggota PKR yang sah boleh bertanding jawatan Ketua Cabang PKR.
Jadi kira sah, tepat dan benar, tidak ada yang benar melainkan benar belaka bahawa kemasukkan Aziz Bari ke DAP merupakan suatu tamparan maut kepada PKR .. selain rapat dengan Ketua Umum PKR dan keluarganya beliau juga membina nama dalam politik apabila PKR memberi beliau peluang dan ruang menjadi calon PKR di parlimen Sabak Bernam pada PRU 13 lalu.
Rumusannya ialah Aziz Bari merupakan calon PKR Parlimen Sabak Bernam PRU ke-13 dan calon Ketua Cabang PKR Sabak Bernam pemilihan 2014.
Di Sabak Bernam, proses pemilihan PKR Cabang Sabak Bernam hari ini turut kecoh apabila penyokong calon-calon yang bertanding bertikam lidah dan memaki hamun antara satu sama lain sehingga hampir berlaku kejadian tumbuk-menumbuk.
Kekecohan berlaku di Pusat Mini Konvensyen Sabak Bernam di sini selepas Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) memutuskan untuk membatalkan proses pemilihan pada 1 tengah hari dan menangguhkannya ke tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Keputusan dibuat berikutan tiga daripada empat calon Ketua Cabang Sabak Bernam tidak berpuas hati kerana mendakwa terdapat unsur penipuan dalam pemilihan itu.
Dalam kekecohan itu, seorang lelaki dipercayai penyokong seorang daripada calon cuba memukul seorang penyokong lain menggunakan kayu tetapi dapat dileraikan oleh orang ramai dan kayu itu kemudian dirampas oleh anggota polis yang bertugas.
Kaum wanita tidak terkecuali apabila berlaku tarik menarik baju di antara seorang petugas pemilihan dengan seorang anggota parti.
Walaupun dapat dileraikan, kedua-dua wanita itu terus menunjukkan isyarat lucah antara satu sama lain dengan diselangi aksi meludah ke tanah.
Bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Dr Abdul Aziz Bari yang merupakan calon ketua cabang mendakwa ada calon turut berada dalam dewan mengundi dan dilihat cuba mempengaruhi pengundi.
"Calon itu cuba membantu anggota parti yang kurang upaya dan buta huruf untuk buang undi. Saya dan dua lagi calon berpendapat perkara seperti ini tidak wajar berlaku lalu kami membuat aduan kepada pegawai pemilihan," katanya kepada pemberita.
Aziz berkata beliau percaya kekecohan berlaku disebabkan kelemahan dalam sistem pemilihan baharu yang diperkenalkan oleh PKR iaitu pegawai pemilihan tidak mengenali calon yang bertanding.
Perkara itu menyebabkan calon berlegar-legar di dalam dewan sehingga boleh mendekati pengundi, katanya yang merupakan calon PKR Sabak Bernam pada Pilihan Raya Umum ke-13.
Pemilihan untuk jawatan ketua Cabang menyaksikan Aziz ditentang tiga calon lain iaitu Timbalan PKR Cabang Sabak Bernam Abdul Talib Bujang, bekas Setiausaha Cabang PKR Sabak Bernam Anuar Mujhir dan seorang pemandu kereta sewa Abdul Kadir Rashid. – BERNAMA 11 MEI 2014
RUMAH TERBUKA EIDUL FITRI PAS SELANGOR MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT.
Sudah pasti para pembeci ulama dan anti PAS akan berasa bengang bila mendapat tahu betapa jamuan Eidul Fitri PAS Selangor di Dewan Teratai MBSA, Seksyen 19 Shah Alam berhampiran Hotel De Palma malam tadi mendapat sambutan hangat dan meriah sekali dari rakyat.
Ingatkan apabila PAS diserang hebat setiap hari tanpa henti oleh GHB dan kuncu-kuncunya maka sudah pasti apa jua program anjuran PAS selepas itu akan hambar, dingin dan tidak mendapat sambutan .... rupa-rupanya lagi diserang lagi rakyat berduyun-duyun datang ... lagi diterjah lagi bertambah meriah ... lagi dicaci dan dimaki lagi rakyat mari.
PAS TETAP RELEVAN
TIMBALAN PEGUAM CARA NEGARA I MENGESAHKAN BAHAWA "DRAFT" PERTUDUHAN YANG DISEBARKAN OLEH SARAWAK REPORT BUKAN DIBUAT ATAU DIKELUARKAN OLEH JABATAN PEGUAM NEGARA.
Timbalan Peguam Cara Negara Datuk Tun Majid bin Tun Hamzah telah memberikan respon mengenai "draft" pertuduhan keatas Najib Razak yang diterbitkan oleh Sarawak Report sebagai alasan mengapa Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara bukannya dibuat atau dikeluarkan oleh Pejabat Jabatan Peguam Negara.
Dengan itu segala cerita mengenainya dengan sendiri terjawab.
Thursday, 30 July 2015
MUKHRIZ BERKATA TIDAK RASA TERANCAM KERANA KEDUDUKKAN BELIAU SEBAGAI MB KEDAH TERLETAK KEPADA KUASA TUHAN.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau tidak rasa terancam selepas video kontroversi dirinya bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tersebar.
Video berkenaan memaparkan Muhyiddin mengatakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengakui wang berjumlah US$700 juta (RM2.6 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi miliknya.
Dalam video itu, Muhyiddin kelihatan memaklumkan perkara itu kepada tetamu di kediamannya pada Selasa malam, yang beliau menemui Najib berhubung laporan akhbar The Wall Street Jounal yang mendakwa wang tersebut adalah daripada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mukhriz berkata beliau tidak boleh menghalang Muhyiddin daripada membincangkan perkara itu di dalam kediamannya sendiri, dan menambah, beliau tidak mencampuri perbualan Muhyiddin dengan tetamu yang lain.
Laporan Kwong Wah Yit Poh bagaimanapun menyebut Mukhriz mengetahui individu yang merakamkan video berkenaan.
Ketika ditanya sama ada kedudukannya sebagai menteri besar akan terancam, Mukhriz berkata, beliau tidak terancam kerana kedudukan itu adalah terletak pada kuasa tuhan.
Difahamkan 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kedah menemui Najib baru-baru ini untuk memaklumkan rungutan berhubung corak pentadbiran Mukhriz.
Sumber berkata, mereka ialah Adun Kuah Nor Saidi Nayan, Adun Jeneri Mahadzir Abdul Hamid, Adun Bukit Lada Datuk Ahmad Lebai Sudin, Adun Kupang Harun Abdul Aziz dan Adun Pantai Mereka Ali Yahya.
Beberapa keping gambar pertemuan Najib dengan dengan 5 Adun Kedah yang tidak sehaluan dengan Mukhriz sudah tersebar dalam kumpulan-kumpulan WhatsApp.
Sumber memberitahu, Najib mengadakan pertemuan dengan 5 Adun tersebut beberapa hari sebelum pengumuman rombakan Kabinet baharu ini.
"Biar gambar berbicara," kata seorang pemimpin akar umbi Umno Kedah.
Daripada 5 Adun tersebut, Ahmad sebelum ini antara yang lantang mengkritik Mukhriz dan menggesa supaya anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu menyatakan sokongan kepada Najib atau letak jawatan sebagai menteri besar Kedah.
Ahmad mengakui ada mengadakan pertemuan dengan Najib sebelum rombakan Kabinet baharu ini, bagaimanapun enggan mendedahkan sebarang maklumat mengenai pertemuan tersebut.
"Ya, kami ada jumpa Najib baru ini. Tapi saya tidak ingat bila," kata Ahmad Lebai yang enggan menerangkan lebih lanjut mengenai pertemuan tersebut.
Sumber memberitahu, Adun yang berjumpa dengan Najib membuat luahan hati mereka dan menyatakan ketakpuashatian mereka terhadap cara pentadbiran Mukhriz.
BETUL KE GANI PATAIL DIPECAT SEBAGAI PEGUAM NEGARA KERANA SUDAH RANGKA PERTUDUHAN RASUAH KEATAS NAJIB?????
Laporan terbaru dari Sarawak Report mendedahkan kononnya punca kenapa bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail ditendang keluar dari jawatannya secara mengejut pada 27hb Julai 2015 bersamaan hari Isnin lepas.
Sarawak Report menghebahkan di lamanya betapa telah menerima beberapa bukti salinan dokumentasi yang menunjukkan Gani Patail sedang merangka pendakwaan ke atas Najib Razak atas pertuduhan rasuah sebelum ditamatkan jawatannya.
Salinan tersebut menurut Sarawak Report telah disahkan kesahihannya sebelum dipaparkan kepada umum untuk tujuan penyebaran.
Salinan di atas masih berstatus 'draf' (rangka) kerana Gani Patail telah ditamatkan perkhidmatan sebelum berjaya menghabiskan kertas siasatan dalam persediaan ke arah proses pendakwaan.
Menurut Sarawak Report lagi, pada pagi Isnin ketika Gani Patail mahu memasuki pejabatnya, dia telah dihalang dan dimaklumkan telah ditamatkan perkhidmatannya. Bukan sahaja dia gagal memasuki pejabatnya pada pagi itu bahkan tidak berhasil mengambil apa-apa dokumen sekalipun.
Cuba kita fikir secara logik .... jangan bersikap mudah tertipu dan terpukau hanya disebabkan ianya datang dari Sarawak Report.
Pertama .... dimana cop rasmi ataupun paling tidak tanda tangan Gani Patail sebagai bukti bahawa ini adalah draf (rangka) pertuduhan yang mau dikemukakan keatas Najib Razak.
Kedua ... siasatan masih belum lengkap dan sedang berjalan ... belum lengkap Peguam Negara sudah boleh membuat draf pertuduhan????
Ketiga ... ini adalah kes kepentingan umum yang melibatkan VVVIP .... atau paling tepatnya Ketua Eksekutif Negara ... mudah sangat ke bocornya maklumat sepenting ini????
Keempat ... masih ingat akan kes bekas Ketua AMK Sdr Ezam Mat Noor yang diheret ke mahkamah atas membocorkan rahsia kerajaan dituduh dibawah Akta Rahsia Rasmi???? ... cuba imbau kembali bentuk kertas pertuduhan yang disyorkan oleh Peguam Negara dan Gani Patail ketika itu ... ianya dirangka dalam kertas pertuduhan yang sah bukannya menggunakan kertas A4 seperti diatas ... siap dengan tanda tangan lagi serta cop.
Sebab itu kita jangan mudah ghairah, melatah dan percaya dengan menerima bulat-bulat apa jua yang disiarkan dilaman maya tanpa kita mencuit minda ajak berfikir secara rasional dan logik.
Hairan sungguh apabila ada warga kita mudah amat percaya tanpa menjemput minda yang waras dan tenang berfikir kemudiannya menilai secara akal logik.
AUDIO TANGKAP NAJIB BUKAN SUARA SAYA KATA MB NEGERI SEMBILAN
Selepas kebocoran video kenyataan menggemparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, muncul pula rakaman suara yang kritis kepada perdana menteri yang didakwa dibuat oleh menteri besar Negeri Sembilan.
Rakaman hampir dua minit itu antaranya menyebut bahawa kritikan Muhyiddin terhadap 1MDB adalah betul dan perkembangan kes itu, termasuk pendakwaan beberapa pihak, tidak logik.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang menurutnya tidak berasas itu.
“Saya ingin menegaskan bahawa saya tidak ada kena mengena langsung dengan rakaman audio itu, apatah lagi dengan pengakuan individu itu,” katanya.
Dalam kenyataan hari ini, Mohamad berkata pihak di belakang dakwaan itu berniat jahat kepadanya, cuba mengelirukan rakyat dan mahu melaga-lagakannya dengan pemimpin lain Umno dan kerajaan.
“Saya menggesa semua pihak supaya tidak mudah percaya dengan pembohongan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap saya,” katanya.
Berikut antara transkrip rakaman itu:
Saya bukan nak menyebelah Muhyiddin, mana-mana pihak. Tapi dia cakap tu ada fakta. Betul. Apa dia kata, mistake has been done. It’s okay. You know, just apologise. Kita akan bersama dengan dia, bukan kita nak suruh dia berhenti ke letak jawatan.
Betulkan balik. Jom sama-sama repair. Macam Mahathir tanya tu simple. Dia tak tanya apa, dia tanya duit itu pergi mana, itu saja. Apa yang Najib susah sangat sebenarnya, duit ini aku dah terpakai. Aku dah silap salah manage. Dah tersilap, habis ceritalah.
Mahathir nak itu saja, Bukan nak tahu itu tidak. Yang ditangkapnya ofice boy, dispatch, 1MDB ditangkapnya, ya Allah hai.
Muhyiddin kata itu betul. Statement dia di Cheras, Muhyiddin kata kenapa tak tangkap orang yang bersalah dan disyaki?
Yang ditangkap adalah yang tidak bersalah. Benda ni kan, yang buat onar orang kata Najib, tangkaplah najib. Siasat Najib. Ini yang dituduh tak ditangkap, yang disyaki disiasat.
Macam mana tu office boy, standard office boy nak buat kerja RM42 bilion ini? Macam tak logiklah benda ini.
Ini yang datang kemarahan rakyat. Rakyat ni tak bodoh.
ULASAN OMAK KAU:-
Siapa yang biasa dengar Mat Hasan bercakap amat jelas rakaman suara ini bukan suara Mat Hasan ... itu Omak Kau boleh jamin melebehi 100% .. kalau nak memburuk dan memfitnah pun agak-agaklah ... rakyat celik IT bukan jenis mudah disuap dan hadam mentah-mentah tanpa tapis segala berita yang dihidangkan.
Omak Kau masih kuat berpegang kepada prinsip dan falsafah jika nak menyerang dan hentam musuh politik pastikan ianya fakta dan sahih bukannya auta dan rekaan secara berlebih-lebih.
TAMPARAN MAUT UNTUK PKR ..... CALON PKR PARLIMEN SABAK BERNAM PRU 13, AZIZ BARI MASUK DAP.
Bagi pandangan Omak Kau tindakan dan keputusan yang diambil Dr Aziz Bari adalah suatu tindakan dan keputusan yang memberi tamparan maut kepada PKR ... sebagai indvidu yang pernah diberi peluang bertanding pada PRU 13 lalu atas tiket PKR akhirnya masuk DAP sudah sebagai memberi mesej jelas betapa PKR pada pandangan sudut hati dan matanya tidak sehebat dan sebagus DAP .. tidak menganggap PKR sebagai peneraju dan ketua kepada gagasan Pakatan Pembangkang.
Mungkin akan ada yang berkata masuk DAP pun tidak mengapa asalkan bukan parti UMNO dan sekutunya .. tetapi perlu melihat secara mikro dan bukannya makro sahaja.
Yang menjulang nama beliau selama ini pun adalah PKR .. dilihat lebih intim dan mesra dengan barisan pemimpin PKR dari DAP terutamanya Ketua Umum PKR Dato' Seri Anwar Ibrahim.
Lebih menyedihkan beliau anggap pentadbiran Pulau Pinang dibawah Lim Guan Eng amat cekap dan baik .. membawa makna pentadbiran Selangor dibawah Azmin Ali tidak seberapa dan tidak sebaik Pulau Pinang walaupun beliau bertugas sebagai pensyarah universiti kerajaan Selangor UNISEL sebagai pensyarah kanan.
Pakar perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari hari ini diumum menyertai DAP hari ini.
Beliau yang sebelum ini pernah bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 di Sabak Bernam atas tiket PKR adalah tokoh Melayu terbaru menyertai parti berkenaan.
Abdul Aziz sebelum ini dilaporkan pernah membuat penafian akan menganggotai pertubuhan berkenaan yang selama ini dikaitkan sebagai parti cauvinis Cina.
Dalam sidang medianya hari ini, Abdul Aziz berkata, dia kagum dengan amalan sistem meritokrasi parti itu.
Pada Oktober 2014 bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa itu pernah disiasat di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan menyentuh institusi raja ketika Selangor menghadapi krisis menteri besar.
Beliau disiasat selepas hampir 100 laporan polis dibuat terhadap beliau.
Menurut Roketkini, Abdul Aziz berkata beliau memilih DAP sebagai wadah perjuangan politiknya untuk meneruskan khidmat serta menafaatkan kepakaran yang dimiliki.
Kini berkhidmat di Universiti Selangor, Abdul Aziz berkata minat beliau kepada DAP bukan sesuatu yang baru.
“Sejak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sudi melantik saya sebagai felo Penang Institute, saya melihat sendiri bagaimana pentadbiran negeri dilaksanakan dengan baik.
“Saya lihat DAP begitu cekap dan saya tertarik dengan prinsip dan amalan terbuka, telus dan meritokratik,” katanya.
AHMAD MASLAN SANGKAL TUDUHAN MUHYIDDIN RM2.6 BILLION DIMASUKKAN KEDALAM AKAUN PERIBADI NAJIB
Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengakui dana berjumlah RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaun bank peribadinya.
Beliau yang baru dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dakwaan bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak benar.
“Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu.
“Beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Makan Malam Perdana dan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pengilang dan Industri Perkhidmatan Bumiputera di Menara Matrade pada malam Rabu.
Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan Muhyiddin dalam sebuah video yang mendakwa Najib mengakui RM2.67 billion dimasukkan ke dalam akaunnya.
Dalam masa sama, Ahmad Maslan menyindir Muhyiddin kerana mengatakan Barisan Nasional (BN) akan kalah jika pilihan raya diadakan dalam waktu terdekat.
“Kalau orang tanya saya jika esok pilihan raya boleh atau tidak Barisan Nasional menang, saya menjawab esok tidak lagi pilihan raya..itu jawapan saya.
“Esok persiapan untuk pilihan raya. Kalau ada pimpinan mengatakan, jika esok pilihan raya Barisan Nasional akan kalah, saya berpandangan berbeza. Esok tidak ada pilihan raya. Pilihan Raya mungkin 2018.
“Oleh itu persiapan perlu dibuat dengan pemantapan parti dan jika kita bersatu pembangkang berpecah belah..yang bersatu akan menang, yang berpecah belah akan kalah. Oleh kerana itu jangan kita berpecah belah,” katanya.
Muhyiddin baru-baru ini ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Cheras berkata, BN akan tewas sekiranya Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) diadakan dalam masa terdekat ini.
“Saya nak bercakap benar, memang kalau ikut perkiraan saya, kalau esok pilihan raya, kita tidak mungkin boleh menang, kerana sudah ada kajian yang dibuat oleh banyak pihak,” kata Muhyiddin.
Wednesday, 29 July 2015
NGO BUAT LAPORAN POLIS KEATAS WANG ZAKAT SEBANYAK RM5JUTA DIAGIH-AGIHKAN KEPADA KETUA-KETUA CABANG PKR SELURUH NEGARA TANPA MELALUI LEMBAGA ZAKAT SELANGOR.
Angkatan Rakyat Sedar (ARAS) membuat laporan polis berhubung laporan media yang mendakwa Kerajaan Selangor mengagihkan dana zakat bernilai RM5 juta di seluruh negara melalui ketua-ketua cabang PKR tanpa melalui Lembaga Zakat Selangor (LZS)
Ahli Jawatankuasa ARAS, Nasiruddin Mohamed berkata, agihan zakat itu menimbulkan keraguan dan kegusaran dari segi keabsahan senarai penerima iaitu adakah mereka yang menerima zakat itu merupakan golongan asnaf yang benar-benar layak.
“Peranan dan fungsi lembaga zakat negeri dan institusi awam berkenaan diketepikan kerana Lembaga Zakat Selangor (LZS) sendiri dilaporkan tidak dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengagihan ini dibuat
“Kemungkinan, demi mencapai matlamat politik sesetengah individu dan kepentingan kepartian sempit, wujud elemen salah guna dan penyelewengan dana awam serta salah laku lain, bertentangan dengan prinsip-prinsip urus tadbir yang baik merangkumi ketelusan, kebertanggungjawaban dan integriti,” katanya ketika dihubungi FMT.
Laporan polis dibuat di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada Rabu.
Ahli PKR itu berkata, pihaknya khuatir pengagihan zakat tanpa melalui pihak berwajib melanggar prosedur dan tatacara pengagihan yang ditetapkan mengikut hukum syarak.
“Mewakili rakyat Selangor yang menolak kebobrokan dan kejelekan seumpama ini daripada terus meracuni pentadbiran negeri, saya mohon agar Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pihak berwajib yang lain segera menjalankan siasatan menyeluruh tanpa rasa takut atau pilih kasih,” ujarnya.
FMT pada 23 Julai lalu melaporkan Penyelaras BN Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata cara kerajaan Selangor agih zakat RM5 juta meragukan kerana tidak melalui LZS.
LZS juga mengesahkan pihaknya tidak dimaklumkan tetapi meminta kerajaan negeri atau anak syarikat yang terbabit supaya menghantar laporan penuh.
Agihan zakat sebanyak RM5 juta oleh kerajaan Selangor itu diketahui umum selepas majlis penyerahkan bantuan zakat itu diadakan Pahang.
UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR, SELANGOR MENGUTUS SURAT KEPADA MUHYIDDIN YASSIN MEMBATALKAN JEMPUTAN MERASMI MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN SUNGAI BESAR KALI KE-12/2015 PADA 30 OGOS 2015.
Bagi Omak Kau tindakan yang dilakukan oleh UMNO bahagian Sungai Besar ini adalah pra matang, gelojoh dan kurang bijak dan tepat.
Tidak sampai satu hari terus mengutus surat kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kapisitinya sebagai Timbalan Presiden UMNO untuk menyampaikan hasrat membatalkan jemputan merasmikan mesyuarat perwakilan bahagian kali ke-12/2015 yang bakal berlangsung pada 30hb Ogos 2015.
Pada Omak Kau tindakan ini lebih kepada tindakan kononnya mau membodek dan mengambil hati pemimpin atasan sedangkan tiada pun arahan khusus mengarah semua UMNO Bahagian seluruh negara membatalkan segala jemputan kepada Muhyiddin Yassin mau pun Shafie Afdal untuk merasmikan mesyuarat perwakilan UMNO yang kini sedang rancak berjalan.
Cara ini lebih kepada membina musuh dan menggalakkan Muhyiddin Yassin untuk mengumpul kekuatan sokongan dalam UMNO dengan bertindak balas.
Sewajarnya semua bahagian UMNO dalam negara kena bijak bertindak dan mengamalkan politik budiman untuk meredakan kemarahan dan rasa ketidak puas hati para penyokong Muhyiddin dan Shafie Afdal.
Kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar ... kalau nak membodek pun agak-agaklah .. nampak sangat berpolitik menyokong pemimpin yang memiliki kuasa dan jawatan.
Jenis kalau beliau sanggup dan tergamak melakukannya terhadap seorang bekas Timbalan Perdana Menteri yang masih Timbalan Presiden UMNO ... tidak ada sebab dia tidak sanggup dan bakal lakukan terhadap sesiapa sahaja sebaik sahaja tidak memegang jawatan yang datang dengan kuasa.
KOLEKSI GAMBAR MENARA 2, BUKIT AMAN TERBAKAR
Bangunan Menara Bukit Aman 2 di laporkan terbakar dalam satu kejadian petang tadi.
Menurut sumber, kebakaran di tingkat 9 dan 10 menara tersebut bermula dari ‘pantry’ sebelum merebak ke tempat lain.
Sepasukan anggota bomba dan penyelamat telah tiba di tempat kejadian bagi mengawal keadaan.
Kebakaran telah berjaya dipadamkan .... tiada kemalangan jiwa berlaku ... punca kebakaran dan nilai kerosakan masih dalam siasatan Bahagian Forensik Bomba.
MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI UMNO JUMAAT INI DIBATALKAN.
Susulan rombakan kabinet semalam, Setiausaha Agong UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memaklumkan mengenai pembatalan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan juga Sambutan Hari Raya UMNO yang dijadualkan berlangsung Jumaat ini.
Perkara itu dimaklumkan melalui satu pekeliling yang diedarkan kepada Ahli MT UMNO dan juga UMNO di peringkat bahagian yang mana program pada 31 Julai ini tidak akan berjalan seperti yang dirancangkan.
“Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Taklimat Tertutup isu-isu semasa oleh YAB Presiden dan Majlis Sambutan Hari Raya yang dijadual akan diadakan pada 31 Julai 2015 bertempat di Dewan Tun Dr Ismail Aras 2, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah dibatalkan,” katanya Tengku Adnan memetik pekeliling tersebut yang bertarikh hari ini.
Pekeliling yang diedarkan kepada Ahli MT UMNO bertarikh yang sama turut memaklumkan berkenaan pembatalan mesyuarat Majlis Tertinggi yang memang pada kebiasaannya diadakan setiap hari Jumaat setiap minggu.
Sebelum ini, acara Sambutan Hari Raya dijadualkan berlangsung disamping turut menjadi medan untuk Presiden UMNO uang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berkenaan isu-isu semasa kepada UMNO di peringkat bahagian.
Bagaimanapun, program berkenaan yang dipercayai akan menjadi tumpuan ahli-ahli UMNO dan juga pengamal media Jumaat ini, telah dibatalkan tanpa disertakan alasan kepada pembatalan tersebut.
Majlis pada Jumaat itu dijangkakan akan menjadi hangat setelah Najib melakukan rombakan kabinet pada Selasa dengan menggugurkan empat orang menteri di dalam senarai jemaah menteri kabinet sebelum ini.
Tan Sri Muhyiddin Yaasin adalah salah seorang daripada empat menteri yang digugurkan dari senarai menteri kabinet yang sebelum ini berfungsi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
MOHON JANGAN KETAWA KUAT SANGAT ... ADIK AZMIN ALI BAKAL MENGGANTIKAN AHMAD ZAHID HAMIDI SUATU HARI NANTI
"SLM . MUHYIDDIN YASSIN DIGANTIKAN DGN ZAHID HAMIDI , INI TIDAK MUSTAHIL KALAU ZAHID HAMIDI DIGANTIKAN DGN DIVA AA NANTI"
Nampaknya cita-cita adik kandung Azmin Ali ini yang mau menjadi Perdana Menteri bakal menjadi kenyataan kot.
Subscribe to:
Posts (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
17 APRIL: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan lima anggota dari Balai Polis Ayer Itam, Pulau Pinang, se...