Wednesday, 22 July 2015

DALANG PAPAGOMO ORIGINAL SUDAH KENA CEKUP DENGAN PIHAK POLIS HARI INI.




Pemilik laman Facebook 'Papagomo Original', yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana meminta rasuah berhubung rusuhan di Plaza Low Yat, telah ditangkap.

Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan berita itu melalui akaun Twitternya @KBAB51 petang ini, dan mengucapkan tahniah kepada pasukan polis yang berjaya mengesan dan menangkap suspek itu

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah D5 berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," tulis beliau dalam Twitternya.

Syabas JSJ D5 @PDRMsia berjaya tangkap Papagomo Original di Perak

— Khalid Abu Bakar (@KBAB51) July 22, 2015

Sebelum itu, beliau juga menafikan berkomunikasi dengan 'Papagomo Original'.

"Saya tak ada whatsapp dengan dia. Itu fitnahnya.

"Saya menafikan (bahawa) saya pernah berwhatsapp dengan orang ini ataupun beruk ini," katanya kepada wartawan di Shah Alam pagi ini.

Laman itu juga memuat naik gambar perbualan WhatsApp yang disebar melalui media sosial, menunjukkan Khalid yang didakwa meminta rasuah RM20,000 dari Papagomo, nama samaran blogger pro-Umno yang ditahan polis kerana terlibat dalam rusuhan di Low Yat itu.



Beliau turut menjelaskan bahawa peguam kepada penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang menguruskan blog asli Papagommo, telah membuat laporan polis menafikan anak guamnya mempunyai kaitan dengan laman 'Papagomo Original'.


"Peguamnya telah buat laporan. Kita sedang menyiasat tuan punya (Papagomo Original). Biarlah kami menyiasat," katanya.

Wan Muhammad antara tiga individu yang disiasat bawah Akta Hasutan berhubung rusuhan di luar Plaza Low Yat.

Laman Papagomo Original di Facebook itu menggambarkan dirinya sebagai "Penentang Cina cauvanis dan komunis secara online"

Ia mengandungi posting berunsur perkauman mengenai insiden kecurian telefon bimbit dan pergaduhan yang menyusul di Plaza Low Yat pada 11 dan 12 Julai, dan kelihatan kritikal terhadap Khalid, menuduhnya bersimpati dengan kaum Cina dalam pergaduhan itu.

10 comments:

  1. OK dah buang tabiat ke.

    Isu GHB tak da ke ???

    Tak syok la tak dapat nak kondem GHB hari ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kat green karaoke box tak boleh.. Comment kena tapis.
      Kat sini baru boleh jadi medan bersuara Pro & Kontra. Syabass OK

      Delete
    2. Hahaha.. Kat green karaoke box tak boleh.. Comment kena tapis.
      Kat sini baru boleh jadi medan bersuara Pro & Kontra. Syabass OK

      Delete
    3. Komen apa pun diterima di greenboc tapi komen jeff penternak babi x ada ruang untuk komen macam tuh.

      Delete
    4. Tak baik mengata orang "beruk".
      Gunalah bahasa yg elok sikit.
      Perangai tuang presdeng jgn diikut.....

      Delete
  2. Papagomo yang muflis x mampu bayo saman atau papagomo original 2x5 = sampah rasis @ lucah.tak membawa keuntungan kepada rakyat berbilang kaum dan agama negara malaysia

    ReplyDelete
  3. Firnah2 lama Jadi GHB. take caya Tanya Lim Sabu abang bro penang

    Jeff Ulu Bernam
    Reformist yg Originel

    ReplyDelete
  4. Papagomo umpama klax klux klan master idealogi rasis tapi seseorang kluk klek kluk ialah master ponteng mengambil jalan selamat (tau akan kena patok dilubang yang sama)sendiri berdegar-degar pasai hudud tapi ke jepung masa pembentangan hudud.

    ReplyDelete
  5. Tuang presideng aku, time nok bentang hudud dia hilang, time meeting majlis pimpinan pr xgi, time keluar statement barua, broker, pil kuda dia ade n sihat wallafiat....itulah tuang presideng aku.

    ReplyDelete
  6. Beruk?... hehehe... kata dulang paku serpih...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...