Monday 13 July 2015

EXCO SELANGOR NAFI TUIT RUSUHAN DI PLAZA LOW YAT DI LAKUKAN UPAHAN UMNO UNTUK TUTUP ISU 1MDB SEBAGAI TUIT PALSU.

Seperti diminta akhirnya Exco Selangor yang juga ADUN Bukit Lanjan merangkap Ahli Majlis Pimpinan Tinggi Parti KeADILan Rakyat memberikan respon mengenai isu tuitnya yang berlegar di alam maya yang mengaitkan perusuh di Plaza Low yat adalah upahan UMNO demi tutup isu 1MDB.

Penyebaran maklumat palsu berkaitan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur terus beredar, kali ini giliran exco kerajaan Selangor Elizabeth Wong pula menjadi mangsa.

Beliau mendakwa Twitter-nya yang sudah ditutup beberapa bulan lalu hari ini digunakan untuk menyebarkan maklumat menuduh Umno menjadi dalang kekacauan di pusat jualan barangan elektronik itu.

Tweet palsu itu atas namanya itu, katanya, berbunyi:

“Upahan Umno menyerang Low Yat untuk mencetuskan kekacauan bagi menutup isu 1MDB.

“Saya akan di Low Yat jam 12 tengah hari esok untuk menyokong peniaga yang jujur.”

Dalam kenyataannya hari ini, Wong  berkata akan memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Sesiapa yang ada maklumat tentang sumber penyebaran status palsu ini, sila beritahu saya supaya ianya boleh diberi kepada pihak berkuasa,” katanya.

Selain beliau, Facebook polis juga digodam hari ini yang membawa mesej kumpulan bersenjata Negara Islam yang berbunyi "khilafah has returned" (sistem khilafah sudah kembali).

2 comments:

  1. Tutup pulak dah...kencing kuat punya exco

    ReplyDelete
  2. KALAU KES CURI HANDPHONE, MCM MANA CINA TU BOLEH BAGI HADIAH? MESTI BUDAK MELAYU TU DAH BAYAR, BARU BOLEH DAPAT HADIAH. AUTA BETUL REPORT POLIS CINA NI ..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...