Tuesday 14 July 2015

INSIDEN PLAZA LOW YAT ... ALI TINJU DI TAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN 1948.



Polis menahan Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom di bawah Akta Hasutan 1948 berkaitan dengan insiden Plaza Low Yat.

Lebih dikenali sebagai 'Ali Tinju', dia ditahan kerana didakwa membuat ucapan bersentimen perkauman di luar plaza itu pada malam Ahad, demikian menurut China Press.

Mohd Ali menjadi terkenal pada tahun 2012 apabila beliau menganjurkan "senaman punggung" di luar rumah bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk S Ambiga.

Ia sebagai respons kepada peranan Ambiga dalam penganjuran perhimpunan BERSIH untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

Laporan terhadap Ali dibuat polis sendiri menerusi seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersil yang melihat rakaman video Youtube memperlihatkan seorang lelaki berpakaian kemeja putih memberi ucapan.

"Lelaki berkenaan berkata bahawa kita mahukan keadilan dan ini adalah maruah budak-budak Melayu. Ini adalah bumi Melayu," laporan itu dipetik.

Dalam laporan sama, pegawai berkenaan mendakwa ucapan tersebut "boleh menimbulkan isu perkauman dan ketenteraman awam berbilang kaum di Malaysia".

Terdahulu, Ali menolak reaksi sebahagian orang ramai di Internet yang mendakwa ucapannya itu bersifat perkauman.

"Saya rasa ucapan itu tidaklah perkauman saya dapat taklimat daripada pegawai polis di Low Yat itu, saya beritahu rakan-rakan saya di kawasan sekitar supaya mereka bersabar dan bersurai," katanya.

"Saya seperti orang politik yang lain juga, ada sebut Umno, Melayu, hina Umno, itu sudah kebiasaan dalam politik," katanya sewaktu ditanya tentang tindakannya menyebut istilah "Cina DAP" sewaktu menggambarkan penjual telefon di dalam Plaza Low Yat.

"Selepas itu saya balik, bini saya marah saya, dia kata pergi pasang langsir.

20 comments:

  1. Dakwa jangan x dakwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parti baru yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini nanti juga tidak memerlukan simpati daripada Pas. Minta supaya pemimpin Pas masa kini tidak menabur fitnah lagi pada kepimpinan parti baru ini nanti. Takut nanti jika Pas dianggap sebagai parti kaki fitnah pulak. Biarlah parti baru ini nanti bergerak sendiri tanpa ada gangguan daripada pemimpin Pas. Perlu diingatkan bahawa ahli parti baru ini nanti bukan lagi ahli Pas.

      Tak nak bekerjasama pun tak apa tetapi tolong jangan ganggu parti baru yang bakal ditubuhkan ini nanti. Tujuan parti baru ini bukan untuk menumbangkan Pas tetapi untuk menumbangkan umno. Harap pemimpin Pas masa kini di bawah kepimpinan Haji Hadi dapat memahami perkara ini.

      Tolong jangan buat fitnah atau memanjangkan lagi fitnah. Allah melarang perbuatan itu.

      Golongan ulamak wajib tahu hukum membuat, mempercayai dan memanjangkan fitnah kan? Kalau dah faham tolong jangan buat atau panjangkan fitnah. Takut pemimpin Pas nanti akan dibakar oleh api neraka

      Delete
  2. Hahaha.....melayu resis kena terima padah bukan kerana berat sebelah tetapi memusnahkan keamanan yg terjalin puluhan tahun. Malah ekonomi malaysia boleh kegawatan teruk! Apa melayu resis fikir cina rugi melayu tak teruk terkesankah??? Melayu resis berfikir mudah hanya pentingkan diri mrk tetapi melayu lain siapa peduli!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni apa cerita ni sepatah haram tak faham. Apa yang kau nak sampaikan sebenarnya ? Ayat penuh pujangga.

      Melayu boleh beli barang dekat Kedai Cina itu resis ka ?

      Ada Cina masuk Kedai Melayu ?
      Melainkan kedai makan tomyam.

      So siapa yang lebih rasis sebenarnya.

      Delete
    2. Aku ingat geng pkr....
      Rupa2nya geng ali tinju.

      Pukimak betol la geng tarian ponggong nih!

      Delete
    3. Dia ni Red Bean Army DAP.

      Delete
    4. Dia ni Red Bean Army DAP.

      Delete
  3. Masa pergi jadi hero.

    Masa balik bini suruh pasang langsir raya hahaha....

    Apa-apa hal kipidap sdra Ali Tinju.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye beliau hero di luar dan di rumah - persis Saidina Umar r.a yang membasuh kain ketika di rumah.

      Hanya pengecut sahaja tak berani pasang langsir di rumah kerana sememangnya memasang langsir itu tugas Suami untuk menyediakan rumah kediaman yang baik-baik kepada keluarga.

      Jangan lupa basuh kain anak-isteri Saudara. Kipidap

      Delete
  4. saya tetap menyokong penuh tentera tak kira sapa janji dia tentera

    ReplyDelete
  5. Aku rindu senaman pungkoq dia, prRooOOOOOOTtt! Arghh leganya

    ReplyDelete
  6. Nak raya ni oooo. Kalau kena reman 4 hari... lepas rayalah.... sebab apa sebab membela pencuri.

    ReplyDelete
  7. Cerita lain la.. Pada muka sapa suruh show off sgt..

    Peguam Azam #lowyat7 bantai kenyataan IGP. Ini baru steady ckp berdasarkan fakta

    ReplyDelete
  8. Parti baru yang bakal ditubuhkan selepas hari raya ini nanti juga tidak memerlukan simpati daripada Pas. Minta supaya pemimpin Pas masa kini tidak menabur fitnah lagi pada kepimpinan parti baru ini nanti. Takut nanti jika Pas dianggap sebagai parti kaki fitnah pulak. Biarlah parti baru ini nanti bergerak sendiri tanpa ada gangguan daripada pemimpin Pas. Perlu diingatkan bahawa ahli parti baru ini nanti bukan lagi ahli Pas.

    Tak nak bekerjasama pun tak apa tetapi tolong jangan ganggu parti baru yang bakal ditubuhkan ini nanti. Tujuan parti baru ini bukan untuk menumbangkan Pas tetapi untuk menumbangkan umno. Harap pemimpin Pas masa kini di bawah kepimpinan Haji Hadi dapat memahami perkara ini.

    Tolong jangan buat fitnah atau memanjangkan lagi fitnah. Allah melarang perbuatan itu. Golongan ulamak wajib tahu hukum membuat, mempercayai dan memanjangkan fitnah kan? Kalau dah faham tolong jangan buat atau panjangkan fitnah. Takut pemimpin Pas nanti akan dibakar oleh api neraka

    ReplyDelete
  9. Akai ada ka....kalau mrncuri tak kan datang balik kali ke 2 dan buat kacau balik.....otak letak mana. ...? Undur nsjib undur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin datang dan pergi.pencuri lagi hebat hari2 mengintai peluang.

      Delete
    2. Pencuri tak leh datang balik ye selepas mencuri......ada etika tertentu ke bang di kalangan pencuri. You group mana hah?

      Dah berpuluh kali saya saksikan pencuri yang sama datang balik berulang kali selepas melakukan curian.....siap bawa geng lagi bila tuan rumah melawan......

      Delete
    3. Itu kutip hutang bodo....bodo la dah dah dapat mencuri barang lepas tu datang srmula buat kacau bilang tak mencuri sambil pecahkan barang. ...anon14.58 jer yg bodoh bila dah berjaya mrncuri bawa geng buat kacau bilang tsk mencuri sambil pecahkan barang2...bodo...bodo....

      Delete
  10. Ya ALLAH ,tunjuklah jalan benar, masalah penjual dan pembeli di jadikan perkauman . Sayangkanlah negara, jangan terikut sangat ideologi umno, nak hukum tengok puak mana dulu. Islamkah kita, nak sokong pencuri dan cakap bahasa biadap dalam bulan ramadhan ini, sedih.

    ReplyDelete
  11. Ini bukan Ali Tinju.....ini Ali kepala Tarian Punggung depan rumah Ambiga kah kah kah......choreographer tarian punggung mana boleh jadi peninju, nanti kena taji punggung dengan benggali tak pun Mat Nigeria....kah kah kah....

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...