Monday, 27 July 2015
INI APA KES!!!! ... PKR SEDIA KERJASAMA DENGAN UMNO ... PKR NAK BUAT KERAJAAN PERPADUAN (UG) DENGAN UMNO KE?????
Biar betul ni ... salah baca ke atau salah lapor ni???? .... kalau Presiden PAS atau Mursyidul Am PAS yang berkata ayat bunyi serupa rasanya riuh rendah gegak gempita satu dunia dijaja sebagai bukti kukuh padu betapa PAS dan UMNO memang nak berUG.
Dilemparkan pelbagai kata-kata keras kononnya PAS sedang menghulurkan tongkat dan beri sauh kepada UMNO dalam keadaan UMNO lemah dan nak rebah.
Oleh kerana yang bercakap ini dari parti yang dianggap oleh segelintir pengikutnya sebagai parti keramat hidup yang tiada cacat celanya maka dianggap suatu tindakan yang bijak dan pintar mendahului masa dan zaman.
Susah kalau parti memiliki pengikut yang memiliki akal dan otak satu hala .. apa yang doilakukan oleh parti yang tidak sebulu semuanya salah dan tidak betul belaka .. kalau perkara yang sama di aplikasi dan diguna pakai oleh parti yang didakapnya semuanya adalah tepat, bijak dan berpandangan jauh.
Sebab itu setiap kenyataan dan ucapan para pemimpin parti kena dibaca dalam ruang lingkup yang luas dalam keadaan kepala dingin dan jiwa sejuk berlapang dada.
Omak Kau setuju betapa kita tidak boleh bersifat jumud dan keanak-anakan dalam berpolitik .. politik secara realiti bukan emosi dan sering berimaginasi .. kena terima hakikat sebagai kerajaan negeri perlu wujud suatu kerjasama baik jika tidak mampu erat dengan kerajaan persekutuan demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.
Harap politik budiman ini akan terus didakap dan diamalkan sentiasa bukannya berpilih-pilih ikut situasi dan masa.
PKR bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama, kata presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan Umno. Kita sama...kita mempunyai perjuangan.
"Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat Presiden di Butterworth hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri.
Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan PAS bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk membentuk satu pakatan pembangkang yang baru.
Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan PAS.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.
Ditanya mengenai pendirian yang diambil PKR terhadap GHB, anggota Parlimen Permatang Pauh itu memberi 'jawapan selamat' dengan berkata: "Kita semua kawan...kita ada keterbukaan, mereka kawan lama kita. Kita sebagai kawan, kawanlah...atas kerangka kerja dasar yang sama, kita bersama," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata keutamaan dan pendirian PKR ketika ini adalah bersikap lebih inklusif untuk menjaga keharmonian dan memakmurkan negara serta ekonomi.
"Kita harus bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan di sini Keadilan perlu memainkan peranan penting bagi memastikan semua parti dan rakyat akan bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap bagi menyelamatkan negara," katanya.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam muktamar parti bulan lepas.
GHB, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan PAS putus hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Aku dah Kama kata, Bila TSKI keba pecat, PKR Jadi haru biru. Anwar kan king of nepotism.
ReplyDeleteKing if nepotism tengah panic, Pas dah merajuk sebab Clan Kajang Move mensabotage PAS dari i dlm mrelalui Gang Hati Busuk (GHB). Take percaya? GHB dok angkut Saifuddin Nasution pi rata. Takkan Saifudfin orang.MIC.
Wei Anuar Lahabau, TSKI kamu pecat, PAS kamu sabotage. Inikan orang ug brrsama kamu DLM masa kamu susah??? Tapi kerana nepotism dia sanggup buat khianat
Jeff Ulu Bernam
Keadilan Forever
BODOH NYA OMK NI LEBIH BAIK JGN JADI BLOGGER.JADI ISTERI JEFF ULU BERNAM LAGI BAGUS.
DeleteAnon 9:09 haramjadah, anak luar nikah.Pencaci Jeff. jangan tiru saya.
DeleteJeff Ulu Bernam
Ahli PKR
Lim Mat Sabu, Lim Hanipa Dan Lim Kalid Samad amacam best friend hangpa nak UG.
ReplyDeleteGang2 GHB bersekongkol dgn Anuar n DAP menjatuhkan TSKI
kamu menjadikan ... UMNO sebagai seburuk2 pihak untuk dibawa sebagai rakan "tahaluf"...walaupun mereka adalah dari saudara sebangsa dan seagama...Maha Suci Allahswt..setelah kamu sendiri membuang kepada dua persamaan yg paling kukuh dan mulia ini...digantikan kepada kamu rakan " tahaluf"... yg berkhianat...menipu daya...lalu dipersenda dan diperolok pula bangsa dan iktiqad akidah kamu....sesungguhnya kamu merupakan golongan yg benar2 melampaui batas....lihatlah keliling kamu wahai puak yg tidak mahu bersyukur ...pada hebatnya tuntutan dan kehendak kaum kafir harbi itu ...demi mendapat "keredhaan" mereka dlm bentuk kata2 pujian...dan undi daripada mereka kelak...tetapi sedikitpun gerombolan ini tidak mengakui kamu yg berbangsa melayu dan bersyahadah sebagai kuasa penentu (ketua)...didlm "tahaluf" yg kamu berbohong mengenai sifat sahnya untuk difahamkan sebagai suatu "tahaluf siasyi".... kamu menyangka ...kamu sedang berdakwah kepada mereka..lalu kemudiannya pasti mereka akan membatalkan segala tuntutan dan kehendak mereka hasil dari dakwah kamu...sesungguhnya kamu hanya menjadikan mereka sebagai " ketua" kepada kamu....benarlah janji Allahswt...setelah datang suatu kebenaran...kemudian kamu berpaling untuk "redha" kaum kafir...sesungguhnya Allahswt tidak lagi menjadi penolong kepada kamu"... dimatikan hati kamu...lalu kamu melihat gerombolan kafir harbi itu sebagai sebaik2 ikutan...."mereka melakukan pelbagai kerosakkan dan kejahatan ...rasuah..menzalimi..dll...kerana mereka tidak kenal islam".…..dan "keadaan mereka yg sedemikian adalah jauh lebih baik dari UMNO yg melakukan pelbagai kerosakan dan kejahatan ...kerana UMNO itu akidahnya islam".... nauzubillah ...inilah fahaman baru yg ditaburkan kepada org awam..supaya umat islam tidak lagi mengetahui bagaimana mahu berdepan dengan gerombolan kaum kafir harbi...andai benar fahaman yg begitu ajaib ini...mulialah segala perbuatan sikafir harbi di selatan thai..russia..myanmar..syiria..dan diseluruh pelusuk muka bumi ini dengan bersandarkan " mereka tidak mengenali islam".... siapa yg hendak kamu menipu daya wahai sipenjual beli ilmu ?..... khabar mengenai islam datang bersama2 Baginda saw dan para sahabat r.a ...dan kamu mendakwa segala kejahatan dan perlakuan yg menuntut dan mempersenda pada hak dan iktiqad kamu hanya atas sebab "mereka tidak mengenali islam"..... maka mereka bukan bersifat kafir harbi...lalu beritakan kepadaku siapa itu kafir harbi ?
ReplyDeleteSetuju bro.Bila omak kau bertahaluf siasi dengan parti amanat sushi.Kerjasama yang dimaksudkan ialah untuk kebaikkan rakyat, bukannya sokongan kepada yang nak rebah dengan skandal 1mdb.
DeleteBila sebut nama hadi teringat perbuatan dan percakapan yang tidak baik.Jangan pula suatu hari nanti nama hadi ini macam nama hassan malek dan mat maslan yang sinonim dengan kebodohan.Suatu hari nanti akan ada orang berkata
ReplyDelete1. "janganlah awak hadikan orang" maksudnya seseorang kawan menegur kawannya supaya jangan mengumpat/fitnah/tipu/label orang lain.
2. Ponteng - Seorang guru bertanya kepada muridnya "kenapa awak hadi kelas kelmarin.
Kurang ajar betul blogger ni.
Deleteish...bodo la kak JAN ni..lain pengetian dia tu...kak jan..kak jan
ReplyDeleteBuruk no perangai janda ni,lain yg dicakap lain yg dia tulis.dah2 la taksud dgn UG tu..ngeh3
ReplyDeleteInilah kesan menyokong siku lutut yang suka menghadikan orang.
ReplyDeleteKah.. kah..nampaknya pkr pun dah berpuak2 ni puak gang yg mana satu.. yg nak gang dgn Umno.. yg pasti bkn vang nuar... klu gang nuar otak dia nak hancurkan Umno je.
ReplyDeleteBetul tu Gerakan Hancurkan Bn..ngeh3
ReplyDeletePukimak betullah org politik nih...semua cakap mcm pukimak je...
ReplyDeleteDah buat deal dgn pm baharu la tu. Sokong undi tak percaya. Lantik mahyudin Anwar bebas. Mahathir setuju ka
ReplyDelete