Monday, 13 July 2015
KPN ARAHKAN PIHAK POLIS TANGKAP PAPA GOMO KERANA SEBAR BERITA PALSU MENGENAI RUSUHAN DI PLAZA LOW YAT.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah mengeluarkan arahan agar blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri bin Wan Deris ditangkap kerana membuat cerita palsu mengenai rusuhan di Plaza Low Yat.
Sebab itu dari awal lagi Omak Kau telah menyeru agar kisah ini tidak disensasikan sehingga mereka cipta kisah sehingga boleh menimbulkan hura hara dan menganggu ketenteraman awam, keselamatan dan keharmonian negara.
Biarkan pihak berwajib dan berkuasa menjalankan tugas dan amanah mereka tanpa perlu di tokok tambah dengan provokasi melampau.
Polis kini sedang memburu penulis blog Papagomo yang didakwa menyebarkan berita palsu sehingga mencetuskan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur, semalam, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Turut akan disiasat ialah anggota polis yang melepaskan rakan yang mengiringi suspek yang dikatakan mencuri telefon itu, sehingga membolehkannya menyebarkan cerita bohong berkenaan insiden itu.
"Tindakan anggota polis ini (melepaskan rakan suspek) tanpa merujuk pegawai kanan dia. Itu kita akan uruskan dia secara berasingan.
"Yang dibebaskan ini, balik buat cerita kata dia ditipu, ini diada-adakan, dan sebagainya. Dan ia digembar-gemburkan dalam media sosial.
"Dan antara yang membuat cerita yang tidak betul ini ialah Papagomo, dan beberapa orang lagi. Dan saya arahkan mereka semua ini ditangkap," katanya pada sidang media di Plaza Low Yat sewaktu melawat bangunan itu petang ini.
Papagomo, atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, tahun lalu diperintahkan membayar saman sebanyak RM850,000 kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menyiarkan imej dan kenyataan yang mengaitkan Anwar mengadakan hubungan sejenis dengan lelaki.
Sementara itu, Khalid berkata, polis akan terus memantau penyebaran berita tidak benar berkenaan insiden di Plaza Low Yat semalam menerusi media sosial.
"Kita memantau semua laporan dalam media sosial dan kita akan menangkap mereka yang sengaja menyebarkan berita palsu, berita rusuhan dan sebagainya.
"Kita tidak akan biarkan perkara ini dan kita akan ambil tindakan segera," katanya.
Beliau juga mengumumkan 19 orang sudah ditahan reman selama 4 hari berhubung insiden semalam yang berusia di antara 19 dan 26 tahun.
"Kita sudah tahan semua 19 orang, termasuk yang mula-mula mencuri itu, dan kita sudah dapatkan reman 4 hari," katanya.
Beliau turut memberi amaran kepada mereka yang cuba berhimpun sekali lagi malam ini di Plaza Low Yat.
"Kita akan memantau perkara ini dan kita nasihat mereka yang cuba melakukan himpunan, kita akan ambil tindakan," katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Proo00tttTttTTT!!! ARGHH leganya
ReplyDeleteTau pun takut kau OMK...alahai pompuan
ReplyDeleteBetul ke omak kau cakap ni,cuba oamak kau semak betul apa yang kau tulis yang lepas .
ReplyDeletePapagomo.. Raja fitnah
ReplyDeleteMalaysiakini hari2 sebar fitnah
ReplyDeleteTak serik2 lagi. Saman yg lama dah jelas ke belum?
ReplyDeleteBlogger upahan unno yg ternama...ngeh3
18.33...ko bunyi ngeh3 tu mcm bunyi khinzir nk mengawan...
Deleteakhiran cerita - umno jugak yg salah ye?
Deletemuhasabah diri le bro ....