Wednesday, 22 July 2015

BAGAIMANA DAP MAU BUNUH KARIER POLITIK AZMIN .... RAJA PETRA KAMARUDDIN



Raja Petra Kamaruddin (RPK) menjelaskan bagaimana DAP cuba membunuh karier politik Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.


Menurut RPK, karier politik Azmin bergantung jawatannya iaitu Menteri Besar Selangor, maka bertitik tolak dari situ, DAP akan menggunakan pelbagai taktik termasuk memberi tekanan terhadap pentadbiran Azmin untuk melemahkannya.


Berikut merupakan terjemahan artikel RPK bertajuk “How DAP is going to kill Azmin” :


Setakat yang kita semua lihat kini, DAP memang jauh lebih bijak daripada apa yang disangka. Sebenarnya Azmin adalah target utama mereka, tapi DAP tidak boleh mengaku lagi. Jadi sebagai helah taktikal, mereka membangkitkan pula isu Hudud dan mula menyalahkan Hadi dengan mengatakan bahawa Presiden PAS itu sebagai punca perpecahan di dalam Pakatan Rakyat – Dan Azmin yang menerima padahnya apabila disingkirkan dan diganti dengan Wan Azizah.


DAP di dalam media sosial sejak beberapa minggu kebelakangan ini, berkali-kali mengatakan bahawa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang lah yang ‘membunuh’ Pakatan Rakyat. Tetapi yang peliknya di sini, DAP lah yang beriya-riya memutuskan ‘nyawa’ Pakatan Rakyat sementara PAS dan PKR masih lagi menafikan dan masih cuba menyambung ‘nyawa’ pakatan pembangkang itu yang sudah tinggal nyawa-nyawa ikan.


Nampak tak permainannya ?


DAP sakit hati dengan Hadi disebabkan Presiden PAS itu tidak menyokong ‘Kajang Move’ dan penyingkiran Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Hadi juga kemudiannya tidak menyokong perlantikan Dr Wan Azizah Wan Ismail.untuk menggantikan Khalid.


DAP dan PKR menginginkan Wan Azizah sebagai pengganti Khalid, namun Hadi memilih Azmin. Sementara DAP dan PKR menyerahkan hanya satu nama untuk pengganti Khalid sebagai Menteri Besar, Hadi pula mengusulkan dua nama, Azmin dan Wan Azizah.


Yang sebenarnya, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor ada calon ketiga, Iskandar Samad. Jika Hadi mengusulkan tiga nama seperti diingini Sultan Selangor, sudah pastilah Selangor kini mempunyai Menteri Besar daripada ‘orang’ PAS.


Tetapi, Hadi tidak melakukannya, beliau hanya mengusulkan dua nama, kedua-duanya dari PKR, tiada satu pun dari PAS, jadi keputusannya, Azmin lah yang dipilih menjadi Menteri Besar.


Pastilah, PAS, DAP dan PKR sudah mengetahui tentang perkara ini. Semua pihak tertanya-tanya mengapa Hadi tidak mencalonkan nama ketiga, Iskandar seperti yang Sultan Selangor mahukan. Kalau Hadi menurut titah Sultan masa itu, sudah tentulah Iskandar yang akan dipilih sebagai Menteri Besar, bukan Azmin.


Jawapannya mudah saja, Walaupun PAS boleh ‘merampas’ kerusi Menteri Besar Selangor dari PKR, tapi Hadi tak mahu melakukan perkara itu. Jika diimbas kembali, sekitar Hari Raya tahun lepas, Hadi dipanggil bersemuka secara peribadi dengan Sultan dan tindakan itu telah mencetuskan spekulasi pelbagai pihak.


Tambahan pula Wan Azizah juga telah menghantar surat kepada Sultan untuk memohon mengadap, namun permohonan Wan Azizah itu ditolak. Dalam masa yang sama, Sultan Selangor menitahkan Hadi ke istana untuk perjumpaan secara tertutup.


Pada asasnya, perjumpaan secara tertutup Hadi dengan Sultan Selangor itu diadakan untuk membincangkan soal PAS yang bakal mengambil alih kerusi Menteri Besar Selangor.


Posisi Menteri Besar itu sebenarnya sudah berada di tangan PAS, namun Hadi menolak dan memberikannya kepada Azmin. Isu ini adalah satu fakta yang tidak pernah dibincangkan. Sebaliknya, mereka membincangkan bagaimana Hadi mengkhianati Pakatan Rakyat.


Jikalau Hadi benar-benar ingin mengkhianati Pakatan Rakyat, sudah pastilah beliau akan mengusulkan nama ketiga, Iskandar Samad kepada Sultan. Tapi Hadi tidak melakukannya, malah beliau hanya menyerahkan dua nama, kedua-duanya daripada PKR.


Isu Hudud pula merupakan isu (lama) iaitu sejak dari tahun 1993. Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan (baru-baru ini) telah meluluskan pindaan undang-undang Syariah negeri itu yang telah diluluskan pada 1993 iaitu kira-kira 15 tahun sebelum Pakatan Rakyat ditubuhkan.


Apabila Pakatan Rakyat ditubuhkan pada tahun 2008, Kerajaan Negeri Kelantan tidak pernah menarik balik Rang Undang-Undang (hudud) itu. Ia masih kekal di dalam rekod.


Oleh itu, ketika DAP dan PKR telah menandatangani pakatan dengan PAS pada tahun 2008, mereka sudah mengetahui bahawa hudud masih dalam rekod di Kelantan dan Terengganu dan jika PAS menang Terengganu sama ada pada 2008 atau 2013, hudud akan masih kekal di dalam rekod tersebut.


PAS tidak pernah menarik balik pindaan Rang Undang-Undang Syariah Kelantan sejak Pakatan Rakyat ditubuhkan tujuh tahun yang lalu dan tidak akan berbuat demikian jika mereka memenangi semula Terengganu pada tahun 2008 atau 2013.


Perjanjian dalam pembentukan Pakatan Rakyat pada tahun 2008 tidak memasukkan syarat bahawa PAS mesti menarik balik Rang Undang-Undang Pindaan Syariah di Kelantan atau di Terengganu jika PAS berjaya memenangi semula negeri-negeri itu. Oleh itu, hudud akan tetap ada dalam rekod di Kelantan dan Terengganu.


Apa yang Kerajaan Negeri Kelantan (saya ulangi, Kerajaan Negeri Kelantan dan bukannya Presiden PAS Abdul Hadi Awang) kini lakukan adalah untuk mencadangkan pindaan terhadap hudud 1993. Ya, pindaan kepada Rang Undang-undang Syariah yang telah diluluskan pada tahun 1993 dan diluluskan kembali dengan pindaan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.


Hadi bukan berada dalam DUN Kelantan atau Menteri Besar Kelantan dan mereka yang tahu struktur PAS juga akan mengetahui bahawa PAS Kelantan mempunyai kuasa autonominya sendiri.


Malah, PAS di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Johor, Selangor, dan sebagainya, mempunyai lebih atau kurang autonominya.


Mereka akan memutuskan sesuatu pekara yang mereka sendiri mahu lakukan di negeri masing-masing.


Adakah anda masih ingat apa yang PAS Kedah telah lakukan, menentang kehendak PAS Pusat, di mana akhirnya kerajaan negeri kembali jatuh semula ke tangan Barisan Nasional ?


Bukankah DAP di Sabah dan Sarawak juga mempunyai kuasa autonomi ? Adakah anda akan mengkritik Lim Kit Siang berkaitan dengan keputusan DAP Sabah dan Sarawak lakukan walaupun apa yang mereka lakukan bertentangan dengan dasar atau keputusan DAP Pusat ?


Bagaimanapun, isu hudud hanya sekadar untuk mengalihkan perhatian. Isu sebenar adalah Azmin Ali. DAP mahu menggulingkan Azmin kerana dia enggan tunduk kepada DAP atau puak Wan Azizah dalam PKR.


Tetapi, mereka tidak boleh menyingkirkan Azmin sepertimana yang mereka telah lakukan terhadap Khalid Ibrahim. Mereka tidak boleh menuduh Azmin dengan pelbagai isu seperti mana yang mereka lakukan kepada Khalid kerana ia akan nampak terlalu ketara? Jadi mereka telah membunuh ‘Pakatan Rakyat’ dengan harapan bahawa ia akan mencetuskan krisis di Selangor.


Di Kelantan tidak akan ada perubahan sejak PAS menguasai negeri itu dengan majoriti yang jelas. Di Pulau Pinang, DAP dan PKR mengawal 29 daripada 40 kerusi negeri juga akan selamat.


Bagaimanapun, Di Selangor, PKR hanya mengawal 13 daripada 56 kerusi. Jadi ini meletakkan PKR dalam minoriti tidak seperti PAS di Kelantan atau DAP-PKR di Pulau Pinang. Oleh itu tanpa 15 kerusi DAP dan dua ADUN lompat parti dari PAS, Azmin perlu melepaskan jawatannya itu.


DAP ada 15 kerusi, dan 2 kerusi (lompat) daripada PAS, ditambah pula dengan 13 kerusi daripada PKR akan menjadikan kesemuanya berjumlah 30 kerusi. Azmin pula memerlukan 29 kerusi untuk menjadikannya majoriti satu kerusi. Tetapi untuk mendapatkan 15 kerusi dari DAP dan 2 kerusi (lompat) daripada PAS, Azmin terpaksa memilih untuk meletakkan jawatan dan menyerahkan kuasa kepada Wan Azizah.


Azmin akan bertemu DYMM Sultan untuk menerangkan isu ini. Jikalau DYMM tidak bersetuju dengan tindakan Azmin berundur untuk memeberi laluan kepada Wan Azizah, ianya pasti akan menimbulkan krisis Menteri Besar kedua di Selangor dalam masa singkat – hanya setahun dari krisis yang pertama.


Azmin tidak boleh memerintah Selangor sebagai Menteri Besar dengan hanya memiliki 13 kerusi. Azmin memerlukan sekurang-kurangnya 16 kerusi lagi. Sudah tentulah Azmin boleh sentiasa bercakap dengan PAS tetapi dia tidak akan mendapatkan 15 kerusi penuh. Mungkin yang terbaik dia mampu mendapatkan 12 atau 13 kerusi. Jadi dia masih kekurangan empat atau lima kerusi lagi.


Jika Khalid Ibrahim menarik sokongannya terhadap Azmin, ini akan membuatkan Azmin semakin kehilangan kerusi lagi. Dan ini bermakna dia perlu bercakap dengan Umno pula.


Masalahnya, jika dia bercakap dengan Umno maka dia tidak akan mendapat 13 kerusi penuh daripada PKR, mungkin dia hanya mendapat 6 atau 7 kerusi sahaja. Dan itu bermakna, walaupun dengan bantuan Umno pun Azmin masih kekurangan kerusi untuk memerintah Di Selangor.


Azmin kini semakin tersepit, bagai ditelan mati emak, diluah mati bapak. Parti mana yang akan beliau pilih? Jika Azmin mahu terus berhubungan baik dengan PKR dan DAP, dia perlu bersara. Namun, jika Azmin masih mahu kekal sebagai Menteri Besar lagi, dia mesti meminta bantuan dari PAS dan Umno untuk mendapatkan 29 kerusi itu.


Jadi, beginilah taktik DAP untuk membunuh Azmin hanya dalam masa setahun sahaja.

Baru-baru ini Perkasa Selangor telah memberi amaran kepada Pakatan Rakyat supaya tidak mengheret Sultan dalam krisis ini. Ini kerana Perkasa sudah dapat menduga akhirnya Azmin akan memerlukan bantuan Sultan Selangor untuk terus kekal dalam jawatannya itu.

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa DAP memang lebih bijak daripada apa yang kita sangkakan. Target utama mereka adalah untuk menyingkirkan Azmin. Tetapi mereka tidak menyatakan perkara ini secara terus terang.

Sebaliknya, mereka membangkitkan isu Hudud dan menyalahkan Hadi dengan perpecahan Pakatan Rakyat – dan apa yang sebaliknya berlaku ialah Azmin akan ditendang keluar dan diganti dengan Wan Azizah.


Lim Kit Siang hampir sama bijak seperti Tun Dr Mahathir Mohamad. Strateginya adalah menembak Hadi tetapi membunuh Azmin.

33 comments:

  1. Maaf lah OMK aku sikit pun x percaya pd RPK nih. Dia lebih kurang tuang presideng pil kuda je... Esok lusa dia akn buat u turn. Poorahhh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hati tu nampak dap lbh nak islam berbanding pas...maka poorahh la akibatnya

      Delete
    2. Heran sungguh pasiku ni...sibuk nak hudud tp mangsa banjir masih harap bantuan dap. Harap serban je besar tanggungjawab pd pengundi terabai...ini kah ajaran Islam yg pasiku amalkan?

      Delete
  2. Ejen umno akan cari helah utk lemahkan pkr dan dap pulak. Setelah usaha murni mereka hancurkan pas berjaya dgn cemerlang. Pas kini terumbang ambing dan tiada lg cerita2 manis orang pas terhadap unno. Dulu sewaktu heboh pasal hudud hari2 pas puju umno. Setelah basah kuyup kena kencing baru sedar niat jahat unno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dgn hudud org islam blh kenal jati diri pkr dan dap....sama spesis dgn umno...poorahh

      Delete
    2. Bila nak laksanakan hudud ala pas nih? Hari2 cerita hudud tp habuk pun tak ada. Cittt...
      Kokok mcm ayam jantan je...

      Delete
    3. Apa nak risau hudud dari jepung nu pon tuang presideng bole bentang

      Delete
    4. Sikit2 kaitkan umno..salahkan diri sendiri dan parti uh kamu anuti dulu..dasar makhluk bongok

      Delete
  3. PRESIDEN PAS JADI BEGITU BERKUASA SETELAH TGNA TIADA. SERINGKALI BILA PARLIMEN BERSIDANG DIA AKAN MELANCONG LUAR NEGARA ATAU PONTENG DEWAN. BERMACAM- MACAM ALASAN DIBERI UTK MENGHALALKAN TINDAKANNYA. ROSAK SUSU KERANA NILA SETITIK. ROSAK PAS KERANA ........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila hati tu hanya nampak dap lbh islamik...jadilah poorahh mcm kau

      Delete
    2. Bila ulamak pasiku nampak mereka lebih Islamik dan suci.. maka mereka akan tolol kan yg lain.

      Delete
    3. Rosak pas kerana tuang presideng kaki tuang parlimeng dan menantunya ostad zaharuddin ularrmak tersohor yang berkokok bertalu talu tapi ekor penuh taik sebab tu orang panggil din ayam.

      Delete
  4. Memang licik permainan umno ni. Selepas parti nya menang tipis pru 13 dulu ( walaupun disuntik dgn berbilion ringgit utk kempen bn ) Usaha utk terus berkuasa diteruskan. Langkah yg telah disusun ...

    1. Penjarakan Anuar Ibrahim. Lima tahun cukup utk
    pru 14 dan pru 15.
    2. Pecahkan ikatan pr .
    3. Huru harakan pas.
    4. Lemahkan pkr dgn memburukan Azmin
    5. Serang dap segenap penjuru
    6. Halang penubuhan GHB
    7. Heret ke mahkanah politikus yg lantang dedah
    skandal rasuah berbilion ringgit.
    8. Sekat penerbitan atau web site terpilih
    9. Guna pakar fikir Yahudi utk susun strategi baru.

    Semoga anak Malaysia yg sayangkan negara dapat cegah semua putar belit ini.

    sekian. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer tnya ros...nape smpi skrg masih pegang telur dap? Dan tanya apa dap kene buat supaya ros x cabut telur dap?

      Delete
    2. Jangan tanya ros tapi tanya lah menteri umno...
      Kuasa semua dlm tangan mereka...

      Delete
    3. Setuju 100%

      Delete
  5. ULASAN DI ATAS DIRUJUK DARI KALIT BRAHM.....

    ReplyDelete
  6. Semua perbincangan tidak pd tajuk tapi merupakn cakap2 yg beremosi. Inilah otak org Melayu. Lain yg dicakap lain pula yg dibincang - keluar topik. Sbb tu ramai budak melayu tak lulus kertas "kefahaman". Mereka tak faham soalan. Sampai bila lah melayu nak cerdik.

    ReplyDelete
  7. xyah amibik pot la apa sibarua RPK ni...kencing kuat...bacul nk mampus..lari dari m'sia dok bwh kangkang omputih ..nk cakap psal politik dimlaysia?...puiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat pendapat bro.Yang tuang presiden dok bawah kangkang jepong tu nak cakap pasai bentang hudud dimalaysia apa komen rpk? 2x5 la perangai derang.

      Delete
  8. Blog ni memang macam ni dari dulu lagi. Semua orang bebas nak komen apa-apa saja. Kalau Ada masa baca, Kalau tak sempat scroll je. Kadang2 lawak giler, boleh release tension

    ReplyDelete
  9. ULASAN DI ATAS DIRUJUK DARI KALIT BRAHM.....
    ULARMAK PUN IKUT SUKA HATI

    ReplyDelete
  10. HUDUD BILA AGAKNYA NAK BINCANG KAT PARLIMEN YER? MINTAK TUANG PRESDENG GUNA KUASA POWER RANJER DIA BOLEH TAK?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Power ranger x main la bro, tuang presideng pakai power veto siap datang ke jepung jemput ultraman.

      Delete
  11. OMAKKAU GILA MERABAN

    ReplyDelete
  12. Melayu Bila Berkiblatkn DAPigs
    GHB (Golongan Haru Biru)
    - Menghina Ulama
    - Pecah Belah Melayu
    - Rela Diperkudakan Oleh DAPigs
    - Semua jadi buah catur. ada yang perlu dikorbankan untuk King DAPigs menang.

    PR pakatan yang untungkan DAPigs.
    Masa PRU13.
    Calon DAPigs letakkan kawasan yang 90% boleh menang.
    PKR ? Kawasan 50% boleh menang.
    PAS hanya Kelantan & Selangor kawasan majoriti melayu 80% boleh menang.

    DAP akan pastikan mereka mempunyai Majoriti ahli parlimen.
    38 DAP
    30 PKR
    21 PAS

    Macam mana DAP boleh melonjak tapi PKR & PAS merosot ?.
    Ini manipulasi undi oleh kaum cina yang digunakan DAPigs untuk memastikan DAPigs majoriti kerusi Parliment dalam pakatan.
    PKR & PAS hanya catur permainan DAPigs untuk berkuasa.
    Tengok di P.P & Selangor apa DAPigs lakukan jika tidak tunduk dgn kehendak mereka ?
    GHB agenda DAPigs utk terus berkuasa.
    Tanpa PAS... Pakatan DAPigs+PKR tidak cukup taring. Ini terbukti pada PRK Teluk Intan. Harapkan Mat Sabu ja tak cukup.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur parti PAS yang telah bersih dan suci dari anasir

      1. PKR (pil kuda)

      2. DAP (kapiaq harbi)

      3. UMNO BN (kapiaq amanat)

      4. GHB (barua agen dll)

      Maju kehadapan untuk melaksanakan HUDUD tanpa impian

      1 Menang pilihanraya

      3 Menguasai Putrajaya

      Lojiknya HUDUD tidak dapat dibentang dari negara jepun.

      Delete
  13. Sejak bila OK prihatin dengan Azmin ni.

    ReplyDelete
  14. Omak Ko n azmin ibarat pungkok rindukan bulan.. kesian

    ReplyDelete
  15. In in case, congrats RPK for presenting an analysis that is, in my opinion, worth every one's attention. I am not backing up RPK's ideology and idealism that support liberalism whatsoever, but from certain angles, RPK is worth admired.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendapat Rpk umpama sampah, pandangan sesorang tidak berparti umpama seseorang tiada prinsip.siapa saja boleh bayar orang macam ini.Bagus lagi berparti dan berprinsip, bila parti asal menyimpang dari perjuangan asal buat lagi parti baru yang kekal dengan perjuangan asal.ini tindakkan sesuai mengikut zaman bukan pendapat rpk yang tangkap muat umpama bidan terjun.rpk ini umpama tiada untung kalau ada, untung lagi kalau tiada.

      Delete
  16. ha..ha..ha..
    Oo.. mere raaajaa..
    raajaa hindustaniiii...
    nahi raajaa putraa heeei...
    semua pendapat tu betul... DAP tu yg bermuka2 dari dulu lagi... kan tak tahu keturunan ko...is.
    melayu cepat lupa.. ambil babi jadi kawan...kalau tak makan pun kau akan terkena najisnya..
    ada melayu bengong puja puji cina2 ni... cina bagi rokok sebatang melayu dah lentok... bodok sembah ketua cina...

    ReplyDelete
  17. Ni kecoh2 psei konspirasi politik ni...dh pegi noreh ke blum arini....haammmmboiii...smbang kuat ni...deraih skit...

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...