Saturday 11 July 2015

KOLEKSI GAMBAR LETUPAN BOM DEPAN PUSAT KARAOKE DI PADANG BESAR THAILAND MALAM TADI.



Tidak ada laporan rakyat Malaysia mengalami kecederaan atau kehilangan nyawa dalam kejadian letupan bom yang berlaku di hadapan sebuah pusat karaoke di Padang Besar, Thailand pada 9.30 malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Kedah Mohamad Yusri Hashim berkata, kejadian yang berlaku di hadapan kedai Dragon Karaoke menyebabkan 4 pekerja warga negara jiran itu tercedera.

"Setakat ini dilaporkan 4 orang perempuan rakyat Thailand, seorang majikan dan 3 pekerja Dragon Karaoke cedera parah dan dihantar ke Hospital Sadao dan Hatyai," katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, letupan dipercayai berpunca daripada bom yang dipasang di sebuah motosikal di hadapan pusat karaoke terbabit.

No comments:

Post a Comment

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...