Monday, 27 July 2015
RAMALAN POLITIK OLEH PERAMAL POLITIK TANAH AIR
Pada 2008, ada sesiapa yang menjangka kerajaan Barisan Nasional (BN) di Selangor bersama 4 negeri lain akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat (PR)?
Pada 2013, persepsi dibina seolah-olah BN akan jatuh, berapa antara kita yang menjangka BN boleh menang dengan selesa?
Siapa pula yang dapat menjangka Tan Sri Khalid Ibrahim akan dibuang sebagai menteri besar Selangor setelah Selangor menyapu 44 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan? Siapa yang menjangka ‘musuh’ Khalid yang menjadi pengganti beliau pada akhirnya?
Namun, ramalan politik tetap dibuat dari semasa ke semasa sebelum sesuatu peristiwa berlaku. Selepas ia berlaku, maka para pembuat ramalan politik akan bertukar pula menjadi pengulas politik menjelaskan mengapa sesuatu isu itu berlaku. Sekiranya ramalan politik itu tepat, maka kredit diambil. Jika ia tidak tepat, maka akan dicarinya hujah untuk memperjelaskan apa yang berlaku.
Ramalan politik hari ini dibuat pelbagai watak termasuklah penganalisis politik profesional, cendekiawan, media dan juga ahli politik. Namun, tiada siapa yang pasti apakah ramalan politik itu akan benar-benar berlaku. Tapi, pastinya ramalan politik tidak dibuat begitu-begitu saja – semuanya mempunyai motifnya sendiri.
Ada ramalan politik yang dibuat untuk memberi nasihat dan diskusi akademik. Ada pula yang dibuat bertujuan untuk menakut-nakutkan pihak yang hendak ditumbangkannya. Ada pula yang dibuat kerana ego dan ada yang dibuat sekadar untuk melariskan jualan.
Perkara yang paling menarik ialah apabila ahli politik membuat ramalan politik. Tidak pernah lagi kedengaran ahli politik yang meramal kejatuhan diri sendiri tapi mereka hebat meramalkan kejatuhan orang lain.
Tidak pernah lagi kedengaran ahli politik yang meramal kejatuhan parti sendiri tapi mereka hebat meramalkan hari kiamat parti lain.
Apabila ahli politik membuat ramalan politik, percayalah majoritinya dibuat dengan tujuan politik bagi memukul pihak lawan atau menaikkan diri sendiri atau pihak yang ingin dibantunya.
Ramai yang menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan habis dalam waktu terdekat kerana isu 1MDB.
Apabila ditanya, apakah Najib akan jatuh di Pekan? Jawabnya tidak. Apakah Umno akan menjatuhkan Najib? Jawabnya pun tidak. Apakah BN akan mendesak Najib untuk digantikan? Jawabnya pun tidak. Apakah peguam negara akan mengambil tindakan mengheret Najib ke mahkamah atas penyelewengan 1MDB? Jawabnya ada di hati.
Ditanya lebih mendalam lagi, apakah ada pengganti yang sesuai untuk Najib? Jawabnya pun tidak. Meskipun begitu, ramai yang masih menjual ramalan tersebut. Namun, ingatlah jumlah pembeli sesuatu ramalan bukanlah penentu satu-satu ramalan akan menjadi benar atau tidak.
Kini, ada seorang pemimpin DAP dan bekas pimpinan PAS yang meramalkan PAS akan kalah teruk di PRU14. Jika begitu, siapa yang akan menang besar kalau PAS tewas? Siapa yang akan menang jika pertandingan tiga penjuru menjelma semula seperti zaman sebelum 1998? Apakah mereka kini mengambil sikap antara Umno dan PAS, mereka lebih rela membiarkan Umno menang berbanding PAS? Jika begitu, siapa yang mendokong Umno sebenarnya pada akhirnya sedangkan mulut mereka asyik menuduh PAS ingin bersama Umno?
Renungkan kembali ramalan politik berjudul 16 September, negara akan bankrap, Langkah Kajang, Selangor bakal mempunyai menteri besar wanita yang pertama, Najib bakal tumbang, PR terus kekal, seruan jangan menubuhkan parti Islam yang kedua dan sebagainya yang dicanangkan kepada rakyat sehingga kini – apakah yang diramal sudah menjadi kenyataan atau sebaliknya?
Semua orang berhak membuat ramalan politik. Hakikatnya, sepertimana tiada manusia yang boleh menjangkakan kematiannya, begitu jugalah nasib ramalan politik yang dibuat manusia, terutamanya daripada mereka bergelar ahli politik.
Jika ada yang sudi menjawab: “Semuanya dalam ilmu Allah” – itu sudah dikira sangat jujur berbanding orang lain kerana jawapan itu adalah paling tepat, tiada unsur menipu dan sesuai untuk mengekalkan minda dalam keadaan rasional.
Usah menjadi catur kepada orang politik. Rakyat kan bos? ... TIMMY SAY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
GHB Ulangi Sejarah Buruk Semangat 46
ReplyDeleteDulu Tengku Razaleigh buat.
Sekarang Lim Mat Sabu ikut
Tahun 1996 Tengku Razaleigh isytihar Semangat 46 putus hubungan dengan PAS. Namun, Tengku Razaleigh tidak izinkan Timbalan Menteri Besar II dan 3 exco Kelantan wakil S46 letak jawatan dari kerajaan Kelantan.
Hari ni Lim.Mat Sabu n friends nak buat party pecahan tapi tak mau blahh
Alasan yang Lim Mat Sabu guna sama dengan alasan yang Tengku Razaleigh guna:
Lim Mat Sabu ==> Mandat YB G18 dipilih atas mandat PR bukan mandat PAS
Patutlah Tengku Razaleigh jadi calon Perdana Menteri
Sama Lim.Mat Sabu fengan Tengku Razaleigh rupanya.
Tulang Badak@Murtabak Waves
Tepat, Jitu dan tidak Membodek
Tepat dan jitu kebodohan tulang babi
DeleteTulang babi kalau jual pasti x laku. Nanti tak cukup modal minta kat dap. Malu aku jd anak Kelantan mangsa banjir cina yg tolong. Bukan cina Kelantan tp cina dap. Hari2 sumpah dap tp tangan minta sedekah daripada dap. Ada pemimpin pasiku. Tapi harap telor je besar. Satu sen x guna. Hari2 cerita hudud tak sedar rakyat sendiri kebulur.
Deletekepalanya dah biul,macaman mak dia namakan dia ulang badak sepatutnya tulang babi bin murtabak toilet.
DeletePERCAYA PADA TUKANG RAMAL(TILIK) ITU SYIRIK.
DeleteAku rasa Lim Sabu, Lim Kalid, Lim Hanipa dan Lim Aliman masuk DAP sebab GSB tak laku.
ReplyDeleteBlogger2 macai GHB tak tunjuk politik tapi resepi memasak. Termasuklah MSO, Adding, Meloyawaves Dan Greenpork
Tulang Badak@Murtabak Waves
Tepat, Jitu dan tidak Membodek
Bodohnye komen tulang babi. Nampak sgt bodoh tu.simpan la sikit bodoh tu.kahkahkah
DeleteTulang Babi berdendam dgn Anuar. Bila GHB mendapat sambutan terus berubah angin. Kini G18 jd musuhnya. Gambar Hadi penuh dlm bilik dan kandang. Siku dan lututnya mmg kuat.
DeleteSesuai sgt berdamping dgn Nasarudin Tantoya.
Sekian terima kasih
Nurul Basar Kote Kecik
GHB dpt sambutan hangat? Geli telor aku.
DeleteAKU CABAR MAT SABU SBG BOSS GHB BERTANDING DI KERUSI PARLIMEN KUBANG KERIAN, KELANTAN, TEMPAT YG DIA PERNAH MENANG DULU. KITA LWN 3 PENJURU ANTARA PAS, UMNO & GHB. TAK MAHU DISITU KITA PI K KEDAH, ATAU MAT SABU BOLEH PILIH MANA TEMPAT YG DIA MAHU.
3 penjuru, Pas, Umno & GHB. Ingat ni.
Bicarakan najib & rosmah kalau terbukti duit 1mdb disalahguna. Konco2nya sekali..yg plg penting dapatkan duit tu balik. Kalau terpaksa lelong beg rosmah...lelong! Alasan menabung, keje 1984 dgn I & P tak masuk akal. Duit ratus ribu masuk akaun tiap2 bulan. Itu yg kantoi...yg x kantoi mungkin ada lg. Terbukti rosmah cari mkn & campurtangan hal kerajaan. Puaka minang...najib jgn bg alasan duit berbillion digunakan utk parti. Kau khianat kepercayaan rakyat. Sial!!
ReplyDeleteBangang yg tak berkesudahan
ReplyDeleteAku dah lama kata, Bila TSKI keba pecat, PKR Jadi haru biru. Anwar kan king of nepotism. Semua bolei mampos., jawatan sila beri kat Bini anuar.
ReplyDeleteKing of nepotism tengah panic, Pas dah merajuk sebab Clan Kajang Move mensabotage PAS dari i dlm mrelalui Gang Hati Busuk (GHB). Take percaya? GHB dok angkut Saifuddin Nasution pi rata. Takkan Saifudfin orang.MIC.
Wei Anuar Lahabau, TSKI kamu pecat, PAS kamu sabotage. Inikan orang ug brrsama kamu DLM masa kamu susah??? Tapi kerana nepotism dia sanggup buat khianat
Jeff Ulu Bernam
Keadilan Forever
Lagi sekor bangang nak mampos
DeleteKo br tau ke jeff tu bangang...bkn lg bangang, bebal,bongok semua ada.hahahahaha
DeleteJeff Ulu Babi berangan nak jd pemimpin tp modal tak cukup. Masuk bertanding hilang wang pertaruhan. Hidup tak serupa orang.
DeleteSekian terima kasih
Nurul Basar Kote Kecik
betullah ,sekarang 2 ekor kepalanya biol .orang memkirkan masalah rakyat dia lain takda .tapi kita tak bolih marah sebab yang sekor nama tulang binatang yang sekor lagi islam ke kafir ,sebab nama Jeff tapi duduk kt hulu bernam je ,bukan kat london.
DeleteFikir masalah rakyat ? Kapla bananana kau .......... yg aku nampak puak2 balaci Dap dok ratib hari2 babi3 ........ sampai komen pun mcm babi , perangai tok sah cakaplah sbb misi depa pun sama parti Dapigs iaitu memartabatkan babi .....
Delete..pendek kata puak2 ni forever babi lah misinya ! Pas tu kalaulah berhujjah kerja depa nak membabikan hujjah .........kahak ptui !
Kalau PAS bersabar sedikit dengan agenda Hududnya, sudah tentu PRU14 nanti Haji Hadi ada peluang jadi PM kerana calon PM PR DSAI ada di Penjara sekarang.
ReplyDeleteDengan scandal BN yang bermacam-macam, peluang PR untuk berkuasa amat cerah sekali.
Dengan adanya kuasa maka senanglah sedikit untuk melaksanakan apa sahaja tuntutan agama termasuk Hudud.
PR menguasai TV, ahkbar dan segala macam agensi kerajaan maka penerangan tentang Hudud lebih senang sampai kepada rakyat.
Ha ha SIAPA SANGKA, kerana dalam PAS ada sebilangan yang bertindak guna siku dan lutut tanpa menggunakan akal maka harapan ini menjadi semakin sukar.
Walaupun cuma setapak sahaja lagi Haji Hadi akan jadi PM, kini PAS terpaksa menunggu mungkin 100 tahun lagi peluang ini.
Sekarang apa dah jadi, Hudud entah kemana, PR berpecah, PAS jadi tunggang langgang.
Yang untungnya tetap UMNO BN.
Sedih kan..???????
Sekian, terima kasih.
GHB balaci DAP. Sham Tm plak balaci GHB. Kira macai Nepal mari
DeleteGeng Serban Besar klu menulis nampak sgt kebodohannya sama seperti GHB.
DeleteGeng Hadi Bah**
GHB - GASAK HADIMARU BER'UG.
DeleteTu pasai walaon kepanasan bila kena hadi.
PR hal dlm parti sendiri tak boleh selesaikan, asyik bergaduh dan kutuk mengutuk sesama sendiri, last last berpecah tubuh parti baru.
ReplyDeleteBelum ke Putrajaya dah bergaduh sakan, mcmana rakyat nak letak harapan menerajui negara. Walaupun UMNO teruk, tapi mereka tidak seteruk PR. PR memang teruk, tak cerdik langsung. Itu yg payah nak menang. Meluat kpd UMNO tidak dpt mengatasi kebencian kpd cara /kaedah yg PR lakukan.
Masalahnya selagi ramai bangsa Melayu tak cerdik dan boleh di tipu oleh balaci balaci dan kroni kroni Najis sampai bila UMNO akan perintah Malaysia. Itu jawapan mudah. Tak usah lah nak buat ramalan semakin tebal ramalan maka tebal lagi lah UMNO sbb Melayu boleh di tipu hidup hidup.
ReplyDeleteElok bagi pisang kat rosmah senang dia pekerjakan dlm lubang mana dia nak pakai daripada buang masa buat ramalan. UMNO kuat kuatnya macam pisang rosmah...
ReplyDelete