KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Wednesday, 8 July 2015

KES PEMBUNUHAN PENGASAS AMBANK TIADA KAITAN DENGAN 1MDB TEGAS KPN



Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menolak dakwaan berhubung laporan mengenai pengasas AmBank, Hussein Ahmad Najadi yang didakwa telah membuat laporan polis pada Mac 2013 sebelum meninggal dunia pada Julai tahun yang sama.

Beliau berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas dan polis akan menyiasat bagi mencari dalang yang menyebarkan dakwaan tersebut.

“Kematian pengasas AmBank tiada kaitan dengan isu kontroversi 1MDB dan ini adalah dakwaan yang tidak bertanggungjawab,” katanya.

Semalam, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar membuka semula kes pembunuhan Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Bukit Bintang pada Julai 2013.

“Pihak polis seharusnya menyiasat sama ada betul atau tidak bahawa pada Mac 2013, Hussein telah dilaporkan ke Bank Negara mengenai sejumlah besar wang yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dan kemudiannya mengenai sejumlah besar wang yang dikeluarkan dari bank-bank tersebut; dan Hussein telah membuat laporan polis tentang perkara itu pada 28 Julai 2013 apabila tiada sebarang tindakan daripada Bank Negara,” dakwa Ahli Parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pada 28 Julai 2013 itu, Hussein maut di tempat kejadian sementara isterinya Chong Mei Kuan, 46, cedera parah apabila mereka ditembak pada jarak dekat di tempat letak kereta kuil Cina di Lorong Ceylon dekat sini.

10 comments:

  1. Kenapa Kisah Najib Penuh Konspirasi..
    Tak terjangkau di akal fikiran & tak percaya begitu kejam mainan politik Malaysia Sekarang.
    Macam cerita God Father..
    Adakah Malaysia Menuju Pemerintahan Ala Diktator?
    Semuanya dapat dimanipulasi dgn kuasa Wang?..
    Wallahuallam..
    Oh Malaysia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pakai 3 hukum iaitu hukum lojik, hukum amanat ayoh ping dan hukum 4 saksi.

      Delete
    2. Making lama making terok.....
      Making lama making panas.....
      Nampak macam tak boleh diselamatkan.....
      Pergi buat umrah balik la.....
      Buat doa depan Kaabah mintak selamat.....

      Delete
  2. Hahaha.....mati kerana wang tidak sehaluan rahsia terkubur begitu shj. Kerana wang dan kuasa apa shj sanggup dilakukan selagi namanya manusia, apalagi manusia kebuluran makanan buangan mrk makan tiada maksud kotor hanya kelaparan memaksa. Manusia mana tak takut mati kalau neraka akan mrk pergi.

    ReplyDelete
  3. Xde bezanya khalifah maksum al jibby dgn lebai pil kuda dan bomoh haruan din,seko pakai duit seko pakai chai.seko janjikan duit seko lagi janjikan syurga..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu dalam kerjasama pr untuk tombangkan umngok terasa diperkodakan tapi sekarang amanat dah jadi koda tonggangan umgok untuk menepis label-label wsj & sr.Dah jadi tungkat dah yang nak rebah tu.kerajaan ug pasno dah semakin hampir.

      Delete
  4. Mula2 tak ada kaitan....lama2 nanti terbongkar rahsia....kalau betul siasat sajalah....kenapa awal2 kata tak ada kaitan.....macam isu wsj.....wah nak saman tapi ada pun....

    ReplyDelete
  5. Akaun pembunuh masih bebas.polis pun xnk tangkap takut rahsia bocor

    ReplyDelete
  6. Kalau bagi mat saleh buat filem cerita ni misti bole box office punya

    ReplyDelete
  7. KPN ce check balik fail siasatan.
    Ni belum apa2 dah ckp takde apa2 kaitan.
    Susah2 bagi SPRM check balik.
    Dakwaan ank simati takkan nk biarkn mcm tu sahaja.
    Everything is relative

    ReplyDelete