Monday 13 July 2015

EDISI DULU LAIN SEKARANG LAIN ... BILA PEGANG JAWATAN INGATKAN AHLI JANGAN TUBUH PARTI LAIN BILA JAWATAN SUDAH TIADA LAIN NADA TERUS TUBUH PARTI BARU PULA NAK LAWAN PARTI YANG DIANGGOTAI SEKIAN LAMA.



16 September 2014:-
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan anggota PAS khususnya perwakilan Pemuda PAS supaya tidak melabel antara satu sama lain ekoran perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti.

Malah, beliau turut menasihatkan anggota PAS supaya tidak menubuhkan parti politik atas nama Islam, akibat perbezaan pandangan sebaliknya digalakkan menubuhkan NGO yang bersama Pakatan.

"Macam mana sekalipun jangan tubuh parti politik lain atas nama Islam. (Tubuh) NGO tak apa, NGO tubuhlah banyak bersama Pakatan itu lebih baik.

"Sebab kalau ada parti Islam lain, kita dapat lihat seperti di Indonesia ada (banyak) parti Islam... Tapi hantar calon presiden pun tak upaya.

"Bukan kita tolak mereka, tidak. Semua yang ada jadi pengajaran kepada kita. Kita berhujah, beri pendapat dalam parti. Pimpinan boleh datang pergi.

"Abang Mat ada di sini, belum tentu tahun depan. Usiaku semakin lanjut. Tetapi parti Islam ini perlu dipelihara terus," katanya ketika menyampaikan ucapan perasmian Muktamar Pemuda PAS di Kota Tinggi Johor.

Ucapan beliau itu dinyatakan selepas ura-ura penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) oleh ahli PAS disebut-sebut bakal menjadi parti politik dan desas-desus itu telahpun dinafikan oleh kepimpinan NGO itu.

Menurutnya lagi, rakyat kini mula melihat prestasi sesebuah parti dan pemimpin yang menguruskannya seperti mana yang ditunjukkan oleh rakyat Indonesia pada pilihan raya presiden republik itu baru-baru ini.

"Sebab itu kita lihat walaupun Probowo yang hebat, harta yang kaya, bergabung tenaga dan di sokong parti Islam yang hebat, rakyat sukarela, bekerja kuat memenangkan jokowi.

"Apakah ini boleh berlaku kepada kita, supaya ia menjadi renungan kita bersama," katanya.

Mengulas perbezaan pandangan dalam parti, beliau menganggap ia sebagai "perbezaan dalam keluarga" dan memberi amaran tidak sesekali bertolak ansur untuk bekerjasama dengan Umno.


13 Julai 2015:-  Gerakan Harapan Baru (GHB) secara rasmi dilancarkan hari ini, dibarisi pemimpin progresif dari PAS yang sebelum ini tersingkir semasa pemilihan parti pada muktamar bulan lalu.

Pengerusinya Mohamad Sabu berkata, GHB dilihat sebagai wadah atau entiti menggerakkan semula kerjasama parti politik.

"Harapan Baru akan mengasaskan satu penubuhan parti politik baharu yang berteraskan Islam bagi mencapai matlamat tersebut.

"Harapan Baru akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan inklusif, progresif dan peduli rakyat," kata Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu, pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Antara pemimpin yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut ialah anak bekas presiden PAS, Muhammad Faiz Fadzil, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhd Taib, bekas calon presiden PAS Ahmad Awang, bekas ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad dan bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub.

Penubuhan GHB pertama kali diumumkan Mat Sabu dalam satu ceramah di Pulau Pinang.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden PAS itu berkata, GHB tidak menolak matlamat penubuhannya sebagai sebuah parti politik yang terbuka kepada semua kaum.

Katanya, pada masa kini, permohonan pendaftaran bagi GHB sudah diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan mereka masih menunggu ia diluluskan.

Lebih daripada itu, Mat Sabu berkata, penubuhan gerakan itu dilihat satu bentuk kerjasama politik parti pembangkang yang akan dikenali sebagai Pakatan Rakyat 2.0.

Bagaimanapun, Mat Sabu berkata masih belum ada keputusan muktamad mengenai nama parti baharu tersebut.

"Kita masih belum ada nama parti. Ia akan dibincangkan dan semua terbuka memberi cadangan kepada kita. Buat masa ini, kita menunggu RoS.

"Kalau ikut kita, kelmarin lagi mahu diluluskan. Kita mahu secepat mungkin, kerana sokongan akar umbi begitu kuat," katanya sambil menambah ahli jawatankuasa bagi GHB juga bersifat sementara ketika ini.

Ditanya pendirian parti baharu itu mengenai hudud, memandangkan ia menjadi faktor kepada perpecahan Pakatan Rakyat (PR), Mat Sabu berkata hudud tetap akan menjadi sebahagian daripada agenda parti tersebut.

Namun ia perlu melalui proses demokrasi berparlimen dan perundingan, katanya.

"Hudud sebahagian daripada syariat Islam... kami tidak boleh pisahkan semua itu kerana ia terkandung dalam ajaran Islam," katanya.

Beliau juga menolak penubuhan GHB akan menyaksikan ahli jawatankuasanya meletakkan jawatan di dalam PAS.

"Kita masih lagi ahli PAS. Kalau dah ada parti baharu, baru letak (jawatan). Ini parti belum ada lagi, rumah tak siap, kalau hujan nanti, bagaimana?" soalnya.

Beliau berkata penubuhan parti baharu tersebut bermaksud ia akan menjalin kerjasama dengan semua parti politik yang sealiran seperti DAP dan PKR.

Ditanya adakah ia bermakna GHB juga akan bekerjasama dengan PAS, beliau berkata ia terpulang kepada parti tersebut.

Mengulas mengenai kedudukan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Mat Sabu berkata ia akan kekal sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu, ahli jawatankuasa sementara GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata parti baharu itu terbuka kepada semua termasuk bukan Islam, dengan dua jenis keahlian - ahli penuh dan ahli bersekutu.

"Keahlian penuh terbuka kepada semua Islam dan bukan Islam yang selari dengan cita-cita dan matlamat gerakan.

"Manakala keahlian bersekutu pula ialah kategori yang juga terbuka kepada Islam dan bukan Islam, namun mereka tidak ambil keahlian secara penuh, kerana tidak mahu memberi komitmen penuh dalam parti baharu.

"Sebab itu kita bawa pendekatan berbeza. Sangat inklusif yang merentas perkauman, bangsa dan agama," katanya

21 comments:

  1. Sokongan kapla bana hang Mat Sabu....kalau dah kemaruk kuasa, pengaruh & jawatan tu terus terang je lahhh...ambo kenal benar Faiz anak allahyarham Ust Fadzil Noor, classmate aku masa buat law di UIA dulu...dia memang hebat, saling tak tumpah arwah bapanya...maka dengan kelayakan undang2 dia tu boleh la ko sembang kuat...konon nak cakap GHB penuh dengan professional la eh....ambe jugak kenal benar saudara Hisommuddin....juga kenalan lama.....pelapis muda pimpinan.....tapi kalau duduk bawah mat sabu ni tak tau lah jauh mana boleh pegi..kepada sahabat dan kenalan ambo nak ingatkan...kebanyakan pemimpin politik ni paku dulang paku serpih...mat sabu ni zaman mahathir lagi dia dah ada.....so spesis dinasour mcm ni nak buat pedoman jugak, tak tau la ambo.....alah...sama je 2x5 dgn UMNGOK dan DAPig...kuasa pangkat harta....bila dah dapat tak ingat dunia......perjuangan? Taik Kucing! Payah sangat ke nak mengaku gila pangkat???????? hah??? -cucu sedara pak jabit-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puak-puak kecewa ni ingat diorang je kot yang pro-pe-siol-nal, bajet progresif konon. Orang lain semua salah diorang aje yang betul. Konon.......

      Delete
    2. sayang,di akhir usia yg semakin penghujung,kita tinggal kan jemaah seperti mana pesan nabi muhammad saw ke atas umat nya..di mana istiqamah kalian bersama islam?..

      Delete
  2. Parti yg syumul....syiah ada....pluralisma ada....libral pun ada....semua ada...penyokong lgbt...pun ada....ahaks....apa yg syumul. ..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni kalau Palanivel berhasrat nak join jugak, aku rasa resah gelisah jugak Abang Mat kita mcm mana nak susun pimpinan atasan.....al-maklum, takkan nak bagi Palanivel pangkat ahli biasa je kan??? kurang-kurang nak jugak jadi Naib Presideng......kahkahkah...lawak,,,lawak...tapi siyes, aku sedih...sebab benda ni hanya akan akhirnya memecah belah masyarakat Malaysia yang tak berapa nak banyak ni....nak harap UMNO memang langsung tak boleh nak harap...nak harap Pakatan yang dulu pon dah bungkus ikat mati dah.....nak harap Gerakan Harapan Baru? alamat melingkup la.

      Delete
  3. Apa masalanya.

    Dulu lain, sekarang lain.

    Dulu OK suka kat Azmin.

    Sekarang dah tak suka.

    Jadi apa isunya.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon "Sham TM", is that you Palanivel?

      Delete
    2. Mat sabu dulu bknnya yg sekaramg
      Dulu2 islam skrg dh kene selam...

      Delete
  4. Takper biarkan tubuh parti baru nak gak tgk baper ramai penyokong belakang diaorg......pasal masing2 dah tunjuk color masing2 silakan tubuh......

    ReplyDelete
  5. Janda meroya

    ReplyDelete
  6. Yes,bagus Mat Sabu..teruskn usaha dan jgn pandang kebelakang lg..hapuskan golongan munafikun..golongan kafir ni kita tahu dan kenal..golongan munafik ni kita susah nak tahu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi mat sabu masih ahli pas yg munafikun sesat dan jumud???? Hahahahahahahaha

      Delete
  7. Mmg elok sgt puak2 ni dduk satu kndang dgn mat sabu yg boleh bersuara spt ungka/beruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduyai... kalauvtak maki hamun tak boleh ke... macam tghh, maki hamun dan tuduh orang macam2..anak buah siap pijak gambar dan boo lahi. mestilah org tua tua sedih hati..biarlah dorg tubuh parti baru. ada apahal kita nk sekat. PAS pun bukan suka dorg dah...lebih banyak parti lebih meriah

      Delete
    2. Komen kena ikut selera dan gaya basa tuang presideng..

      Delete
  8. Abang Mat cakap masa tu TGNA masih ada. .....tapi sekarang PAS diterajui olih kepimpinan yang dipilih melalui undi CAI....habis porakperanda....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abg mat tak pernah pakai cai tau..dulu2 pun...ishhhh...teruk uol

      Delete
    2. Tu yg abg mat rasa pelik tau...ikut pak husin steelbone dan blogger2 abg mat no 1 tp time pemilihan abg mat kalah teruja!!!!!

      Delete
  9. Dulu kutuk kumpulan PRo macam nak rak. Sekali bila orang nak keluar dan tubuh parti lain semua kelam kabut. Ini apahal? Itulah sebelum bercakap fikir dahulu. Jangan pakai kepala lutut. Kome tu kononmya orang ugama Islam tapi perangai nauzubillah. Sekarang PAS telah dikuasai sepenuhnya oleh geng ostad. Apa lagi nak risau. Buatla kerja masing-masing. Lagi pun bukannya ramai yang keluar. Baru 18 orang. Senang cerita orang ramai yang mengundi PAS banyak yang bukan ahli. Hanya penyokong. Begitu juga orang yang menyokong bukan kerana Aji Adi tetapi kerana Almarhum Tuan Guru Nik Aziz. Bila Almarhum tak ade maka bulu-bulu ayam yang dipakai musang pun berguguran. Satu cara saja untuk membunuh geng 18. Aji Adi, Moktar Snake, Din Hellfire, Harun Din dan beberapa orang lagi yang seserban dan sehubah berhenti dari politik duduk kat masjid bagi kuliah. Mana yang muda tu tambah bini dan layan bini muda!! Sudah pasti 18 orang tu tak jadi keluar parti.

    ReplyDelete
  10. PAS = Makkah di zaman jahiliah
    Harapan Baru = Madinah

    Jom Hijrah! Istiqamah dengan perjuangan ISLAM.

    ReplyDelete
  11. Tudia penangan demokrasi.... Dahsyat sungguh ummat akhiru zaman.... Ikut suka hampa la nk buat 20, 30 parti... Yg pasti makin bnyk makin kecil la ummat melayuu... Bersedia utk disembelih. Kesian kt anak cucu cicit... Wahan oh wahan.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...