Tuesday, 14 July 2015
TUJUAN PARTI BARU INI NAK GASAK PAS TETAPI AKHIRNYA PKR JUGA YANG TERSEPIT DAN PERIT ... FATHI ARIS OMAR.
Semalam, setelah sebulan tersingkir daripada kepemimpinan atasan PAS, kumpulan G18 mengumumkan parti baru.
Tidak lama selepas sambutan Aidilfitri, kumpulan ini akan melancarkan kempennya, selain Perlis, di Kota Bharu.
Selain barisan mereka yang tersingkir, menurut edaran poster di Internet dan laporan media, gerakan ini juga dijadual menampilkan tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin PKR Saifuddin Nasution Ismail.
Hubungan gerakan parti baru ini dengan DAP tidaklah menghairankan.
Kecaman dua pihak ini terhadap PAS dan presidennya Abdul Hadi Awang sudah lama senada seirama.
Malah, banyak program mereka beberapa minggu mutakhir diadakan bersama pemimpin DAP, termasuk di peringkat akar umbi.
Beberapa hari selepas sambutan ketewasan mereka di Johor, ketua G18 Mohamad Sabu bergambar dengan Lim selepas satu pertemuan tertutup.
Kemuncak krisis MB
Namun, gerakan ini bukanlah bermula selepas ketewasan G18 di muktamar Kuala Selangor awal Jun lalu.
Ia bermula sejak setahun lalu lagi, khususnya di kemuncak krisis menteri besar Selangor selepas Aidilfitri.
Dua wakil rakyat PAS menyokong calon awal PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail setelah mendapat restu kumpulan G18.
Tindakan itu dianggap "pembelotan" oleh Abdul Hadi, yang membantah pencalonan Dr Wan Azizah, sehingga tersembur kata "broker" dan "barua" yang masing-masing dipercayai ditujukan kepada timbalannya Mohamad Sabu dan dua dua wakil rakyat tersebut.
DAP pula menjulang dua wakil rakyat ini, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), sebagai hero.
Simboliknya, DAP mengambil kesempatan ini untuk mentertawakan kepemimpinan Abdul Hadi yang gagal mengawal wakil-wakil rakyatnya sendiri.
Begitu juga sikap beberapa tokoh PKR, seperti Saifuddin (waktu itu, setiausaha agung) dan Rafizi Ramli (waktu itu, pengarah strategi dan kini naib presiden), antara penggerak utama 'Kajang Move'.
'Tak mampu lagi berdamai'
Sel PKR ini agak lantang terhadap PAS, khususnya Abdul Hadi, maka mereka tidak mampu lagi berdamai dengan parti Islam itu.
Maka itu juga tidak hairanlah Saifuddin muncul di Kota Bharu atas pentas gerakan parti baru ini selepas Aidilfitri.
Untuk menjayakan projek 'Kajang Move' dulu, sel PKR ini berhubung dengan G18 dan DAP.
Maka gabungan pecahan-pecahan inilah yang tolong-menolong mendirikan parti baru.
Dalam masa yang sama tahun lalu, di belakang tabir politik yang tidak disedari ramai, beberapa elemen yang dikaitkan dengan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) ingin membentuk parti Islam baru.
Beberapa elemen yang dikaitkan dengan Ikram itu, atau selalunya disebut Islamic Representative Council (IRC), sering pula dituduh menyusup dalam PAS dan ingin mengambil alih parti itu dari dalam.
Akibatnya, sejak di muktamar 1986 di Rusila, PAS menyingkirkan mereka yang digelar "orang IRC".
Berbelah bahagi
Di muktamar yang menyingkirkan G18 baru-baru ini, sebuah buku yang mendedahkan permainan licik IRC dalam parti Islam itu dipromosikan dan mendapat sambutan hangat.
Tidak pasti Ikram sebagai sebuah pertubuhan Islam terlibat secara rasmi atau tidak.
Kemungkinan besar mereka berbelah bahagi sebab beberapa tokoh atasan Ikram menemui PAS tahun lepas memberi amaran tentang projek parti baru ini.
PAS kemudian meminta pemimpin atasan Ikram agar menenangkan elemen-elemen itu dan tidak cuba memecah-belahkan gerakan Islam dengan mendirikan sebuah lagi parti Islam.
Namun seorang pemimpin Ikram baru-baru ini menyatakan sokongan kepada "harapan baru" G18, yang kebetulan ada hubungan rapat selama beberapa dekad dengan NGO tersebut.
Seperti beberapa pemimpin PKR dan G18 yang mesra dengan DAP, beberapa elemen daripada NGO itu sudah mendekati atau menyertai sayap Melayu DAP.
'Berebut pengundi'
Pendek kata, semua anasir yang menolak kepemimpinan PAS sekarang bergabung atas nama parti baru untuk menentang parti Islam itu.
Tetapi mereka semua selama ini penyokong setia Pakatan Rakyat, malah sejak pilihan raya umum 1999 lagi.
Gabungan pecahan-pecahan PAS, PKR dan Ikram inilah yang dikatakan "harapan baru".
Sebab itu gerakan parti baru ini tidak memberikan nilai tambah, misalnya akibat perpecahan Umno pada 1987 (munculnya Parti Semangat 46) dan 1998 (lahirnya PKR), tetapi hanya berebut-rebut khalayak pengundi pembangkang sedia ada.
Yakni, pecahnya undi pembangkang tetapi tidak mengaut undi BN.
Oleh itu, kita boleh menjangkakan persaingan tiga penjuru yang sengit antara parti baru dengan PAS dan BN, khususnya di kawasan-kawasan luar dan pinggir bandar.
Jika PKR masuk dalam "gabungan baru", atau Pakatan Rakyat 2.0 tajaan bersama DAP dengan parti baru ini, bolehlah diduga pertembungan tiga penjuru juga tidak dapat dielakkan antara BN, PKR dan PAS.
Gabungan baru
Sebabnya, jika PKR bersama "gabungan baru" itu dan gabungan ini pula berpakat menentang PAS, parti Islam itu berasa ia dikhianati oleh PKR.
Jika dua senario ini berlaku, pertandingan tiga penjuru bukan hanya PAS dan parti baru tetapi juga PAS dan PKR.
BN dan Umno, yang tertekan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), bolehlah bernafas lega melihat perpecahan serius pembangkang.
Selain keuntungan bagi Umno, yang pernah dijadikan sasaran kempen pembangkang 'Asalkan Bukan Umno' (ABU) dalam pilihan raya umum 2013, DAP juga meraih manfaat besar atas krisis kelompok-kelompok pembangkang Melayu ini.
Sementara itu, akibat perpecahan pangkalan undi Melayu-Islam, ketiga-tiga parti pembangkang (PKR, parti baru dan PAS) yang paling rugi.
DAP, yang yakin dengan kesetiaan pengundi bandar, akan terus mengekalkan tapak pengaruhnya.
Kelihatan jelas, DAP tidak rugi apa-apa, malah menguntungkan untuk bekerjasama dengan parti baru yang, antara lain, tidak mahu meneruskan agenda hudud PAS.
Jika PKR mendatangkan masalah kepadanya, DAP boleh menggunakan parti baru untuk berdepan dengan parti Anwar Ibrahim.
Kita sedang melakar senario barisan pembangkang yang diketuai oleh DAP, sementara barisan parti kerajaan diketuai oleh Umno.
Apakah pengundi Melayu yang konservatif, termasuk kelas menengah mereka di pinggiran bandar, boleh menerima permainan "politik baru" pembangkang? ... FATHI ARIS OMAR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
LKS baru berdehem...berlumba2 mat sabu dan mujahid nk letak jawatan..letak ke tidak wallhu'alam...
ReplyDeleteOrg dalam PAS hampir semua dah biru muka selsema demam muntah2 loya...x jgk2 mat sabu dan mujahid letak jawatan...
Memang mat sabu dan mujahid jenis bermaruah...betul tak mahfoz?
Aku tengok muka masing2 tu semua muka REJECT dari parti depa. Mike Tyson ada, UlarMak ada, Sabu Jilat Puk% ada.....baik depa panggil parti depa Parti Reject......PR jugak singkatan dia...ok lah tuuuu...
DeletePAS dan bloger UG nya dah naik sawan bila orang dah tak nak kawan dengannya.
ReplyDeleteDah macam ayam mati anak.
Habis dikutuk dan diperlekehkan orang lain.
Ikut G18 la dia nak buat parti baru ke, dia nak kawan dengan sapa ke waima dia nak gantung diri ke dia punya pasal la.
Inikan negara demokrasi.
G tengok dan bantu mangsa banjir Kelantan sana banyak juga faedahnya.
Sekian, terima kasih.
Tanpa gangguan DAP, PAS akan laksanakan agenda Hudud macam kat Negeri Kedah, bersama sama dengan UMNO pimpinan Mukhriz. Masa ada kuasa dulu tak boleh buat sebab tak cukup 2/3. Sekarang boleh, kalau di Kelantan UMNO boleh sokong, mustahil di Kedah tak boleh.
DeleteDah 57 tahun umno perintah...tak ada hudud pun. Yg bodoh pas membiar diri dipermain olh umno. Ulamak suci pas hidup2 dibodohkan.
Deleteya...setuju dgn anon 14:31...hanya dap yg mempunyai nilai2 yg hampir dgn islam walaupun mereka tidak Islam...itu yg kita nak...yg ada ciri2 islam dan nak islam itu kita tak nak...hidup islam tanpa syariat!!!!!
DeleteAwal nya anjing2 RBA anon1431 dan 1448 keluaq menyalak,,,,,
DeleteAtas tiket Pas, Mat Sabu dilantik sbg pengerusi Lembaga Air P. Pinang...elaun ribu-ribu jugak leee...dia bukan MP sbb kalah memanjang.
ReplyDeleteBila Pas cerai Dap, mat sabu terpaksa buat pilihan antara letak jwatan atau cari alternatif lain..kalau letak jwtan....elaun ribu2 tak akan mengalir lagi. cara terbaik ialah tubuh parti baru yg mesra DAP supaya dia ada jwtan pnting dan elaun akan terus mengalir.
Bayangkan...baru sebulan hilang jawatan dlm parti, terus nak tubuh parti baru...kalau org pompuan kena cerai pun kena tunggu habis edah dulu baru kawin lain.....ini gelojoh punya nafsu...tak tunggu abis edah, terus kawin....hehehehe...taklah putus aliran wang elaun PAPP masuk.
Yg sorang lagi pun sama gak, cuma dia ni taklah kritikal sgt bab duit sbb dia still MP w/pun ada juga jwtan lantikan atas parti di PP dan dpt elaun.
Mahfuzz...istiharlah keluar dari Pas...itu pun kalau ada telurlah. Jgn bimbang...MP tetap sah w/pun dah keluar Pas dan elaun tetap ada.
Teringat aku mcamana hebatnya mat sabu dapat bersuaraa spt ungka/beruk spt yg aku tengok dlm youtube.
teringat aku mcmana warna muka mat sabu waktu dia nak menjawab apabila ditanya mcmana duit tabung memali boleh hilang...
teringat juga aku mcmana rupa mat sabu dlm majalah harakah bila dia ditangkap khalwat dgn bini kawannya sendiri dlm bilik 121 hotel perdana dinegeri serambi mekah, disaat nik aziz jd MB tika itu.
moga2 parti baru pimpinan mat sabu ni cepat2 diluluskan pendaaftarannya oleh ROS.
RAHMAT BUAT RAKYAT MALAYSIA.
Hebat kau,kau adalah salah seorang ulamak Pas,tak tahu dari pondok man kau belajar,kau fitanah dengan takda 4 orang saksi apa hukumnya bianatang sial <ualamk apa kau ni,tinggal kau dalam Pas ,kau berjuanglah ,jangan menuduh orang bermacam2 tuduhan akan datang masa kau akan ditimpa musibah,apa jenis manusia ni,islam ke atau kafir? bila otak dah dibasuh dengan jarang keras beginilah jadinya ,pakaian luar hebat seperti orang berilmu tetapi hatinya busuk bagai bangkai babi.
DeleteTolong jgn sebut/hina babi, sbb presiden parti baru (parti barua) dah isytihar dia lebih rela mkn babi dgn guan eng drp mkn ayam dgn najib. Nnti melepas jwtn kau dlm parti baru ni.
Deletepeluk lks mulia peluk tghh busuk??? wow....
DeletePeluk ahli neraka jahanam bagus bangga. Bila dia tuduh tak perlu saksi bila Kita kena saksi.
DeleteMakan babi sanggup demi ahli neraka jahanam. Itu bagus, nampak sangat bertuhankan LGE sebab Allah S.W.T tegaskan babi haram
Lepas nih PAS Selangor tinggal 11 kerusi lah... 4 org dah join GHB...
ReplyDeleteTak apa, Khalid Ibrahim kan ada...dia boleh join PAS. PAS boleh perkasakan barisan pembangkang bersama UMNO. PAS mesti jalankan agenda Hudud di Selangor dengan bantuan UMNO.
DeleteYa..ya..hudud di Selangor. OMK mesti gumbira. Khalid akn jd mb baru Selangor.
Deletemasuk pru14...jd geng haru biru...
DeleteTakpa lah sekarang mungkin Pas tinggal 11 kerusi,akan datang Pas akan menang banyak kerusi atas sokongan Umno,dan sokongan khalid ,PKR dan DAP serta G18 bolih jalan da.teruskan Pas berjuang untuk memrintah Selangor ,semoga harta Ghanimah bolih dibahagi smarata.
ReplyDeleteFathi Aris Omar punya tulisan pun nak dengar ka...lidah banyak cabang woiii
ReplyDeleteyang aku tengok, geng lutut makin sakit hati bila rakyat lebih menghormati dan menyokong kumpulan mat sabu.
DeleteMat Sabu calon pemimpin agung. Geng siku lutut nak mengadu kat mana? Bayangan hilang kerusi DUN makin cerah. Itulah lain kali guna otak bukan siku dan lutut.
DeletePas dalam keadaan yang sangat2 terdesak sekarang.
ReplyDeleteRamai juak-juaknya bila bercakap tunggang langgang.
Sokongan rakyat semakin merosot.
Masalah mangsa banjir.
Masalah kewangan negeri.
Masalah lebuh raya rakyat.
Hanya satu saja solusi aitu bergabung dengan Umno.
Sebab tu kita tengok pimpinan membela PM dan ahkbar arus perdana tidak lagi menyerang malah memberi tempat untuk mereka.
Malas nak kutuk-kutuk cuma doa yang terbaik saja lah untuk Pas.
Sekian, terima kasih.
anom 13:28 tak pernah turun ke akar umbi pas cuma tentukan sokongan dlm blog yg penuh kaki fitnah G18.
DeleteBila 700,000 ahli pas nak pindah parti baharu babi boleh makan Ayam haram makan nih. Parti tajaan ahli neraka jahanam LGE dan LKS.
DeleteAyat berdegar seantario dunia tapi tak nampak pun. Yg sembang nak buat parti babi halal pun duduk dlm pas lagi.
Sapa cuak pas ke parti baharu babi halal Ayam haram.
jelas sekali nampak yg fathi ni jiwa nya terganggu.
ReplyDeleteJiwa, mental, fizikal....semuanya
Deletesyabas abg mat. moga diberkati Allah. teruskan berusaha. insyaAllah rakyat bersama mu. mengenai pas? usah risau. pas tu dah lama rakyat jadikan sampah masyarakat. itu yang meroyan tu.
ReplyDeleteKalau nak komen hendaklah berprinsip mengikut amanat ayoh ping.jika nak melabel hendaklah kemukakan 4 saksi dengan memastikan lojik atau x lojik.sekiranya semua itu x juga menyelesaikan masaalah sila buat senarai panjang dan catat dalam kertas cai dan berharap semoga tuang dapat ilham di jepung.
ReplyDeletebetul tu. walaun kena wala dgn fakwa parti lutut dan sikut ni.
Deleteyer fatwa LGE jamin masuk syurga kahkahlah
DeletePas tak salah. Nama pas harum semasa TGNA masih hidup. Yg bunuh pas ialah hj hadi. Cara dia berpolitik langsung tak matang. Selagi pas dipimpin hj hadi...kekubur lah jawabnya.
ReplyDeleteDAP tidak marah PAS. DAP cuma x suka dgn hj hadi. Bila makan pil kuda...keputusanya sering u turn. Makan elaun MP tp kerap ponteng dewan. Dia menghampakan pengundi dan ahli PAS.
Siku dan lutut dah kena gout.macam mana nak cakar harimau.cuma ada mulut dan harap mulut pelabel orang sana sini.
DeleteLawak ahli neraka jahanam LGE LKS bila suka akan Islam. Bila masa TGNA pegang Pas. President pas TGHH Malah TGNA pun patuh arahan TGHH.
DeleteNak gembang tapi bodoh.
Allah S.W.T hanya terima orang Islam masuk syurga, baik mana LGE LKS duduk dalam neraka jahanam.
Maksudnya jahat lah LKS LGE maka Allah S.W.T tiada Ehsan kepada mereka. Bakal diazab tiada henti, yg tu mat sabu sanggup makan babi bersama.
Bila pemegang kunci pintu syurga neraka bersuara
DeleteTak der saper pegang kunci syurga walaupun LGE sendiri siapa ikut cakap Allah masuk lah syurga saper ikut cakap setan masuk neraka ....
DeleteCantek..... Ini lah masanya y di nantikan... Get ready kwn2, shbt2 masanya dh tiba, berpecah belahlah kamu sehingga tiada apa lgi yg nk dipecahkan dan waktu itu ank cucu kamu yg akn memaki hamun kamu kamu kamu semua di atas usaha murni mrmecah belahkan ummah yg telah diajarkan keatas kamu kamu kamuuu....
ReplyDeleteAjaran apakah yg diajarkn srhingga kamu lupa yg demokrasi, itu siapa yg membawanya masuk ke tanah melayu, atas tujuan apakah ianya dilaksakan... Tepuk dada, dh tahu... Ini lah result terlatest dari satu bangsa (melayu) yg telah di jangka akan memusnahkan diri mereka sendiri walhal mereka cukup kuat waktu dahulu...
Zaman sudah berubah, umat melayu meniti zaman kejatuhannya.. Hanya dengan demokrasi..sesuatu yg lucu, tidak tumpas d medan perang..tpi kalah di medan gelanggang ciptaan kamu drndiri.
Demokrasi sudah mencapai tarikh luput untuk umat ini...
Masanya hampir tiba, bergaduh lah kamu... Akhirnya yg di luar gelanggng tepuk tgn, ready sembelih ksmu kamu ksmu di saat kamu sudah sgt2 lemah..
Ini pandangan persepsi fathi sahaja..parti baru ini belum pun wujud dan belum pun mengetengahkn idealisma perjuangan mereka..xpayah buat andaian..tengok dulu baru ulas..
ReplyDeleteNk tnya sikit.... Mangsa banjir kt klantan tu.... Pas dh mmpu settle kn kerr
ReplyDeleteNk tnya sikit.... Mangsa banjir kt klantan tu.... Pas dh mmpu settle kn kerr
ReplyDeleteNak tanya sikit....lu ada masuk kampung ka tgk keadaan disana..atau lu tgk tv 3suku ja
DeleteSurah Al Muntahana 60:1
ReplyDelete"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil musuh-Ku dan musuhmu menjadi teman-teman setia yang kamu sampaikan kepada mereka (berita-berita Muhammad), karena rasa kasih sayang; padahal sesungguhnya mereka telah ingkar kepada kebenaran yang datang kepadamu, mereka mengusir Rasul dan (mengusir) kamu karena kamu beriman kepada Allah, Tuhanmu. Jika kamu benar-benar keluar untuk berjihad di jalan-Ku dan mencari keridhaan-Ku (janganlah kamu berbuat demikian). Kamu memberitahukan secara rahasia (berita-berita Muhammad) kepada mereka, karena rasa kasih sayang. Aku lebih mengetahui apa yang kamu sembunyikan dan apa yang kamu nyatakan. Dan barangsiapa di antara kamu yang melakukannya, maka sesungguhnya dia telah tersesat dari jalan yang lurus".