Thursday, 9 July 2015

KEMASUKKAN BEBERAPA AKTIVIS MUDA DALAM KEADILAN MEMBERI TAMPARAN MAUT KEPADA BARISAN EXCO AMK SEDIA ADA KERANA DILIHAT GAGAL BERFUNGSI DALAM MERAIH SOKONGAN ANAK-ANAK MUDA KEDALAM PKR?????



Semalam Naib Presiden KeADILan merangkap Setiausaha Agung YB Sdr Rafizi Ramli membuat pengumuman pengesahan penyertaan akitivis-aktivis muda sebagai anggota KeADILan dengan terus diberikan jawatan tertentu dalam saya Angkatan Muda KeADILan.

Mereka yang dimaksudkan ialah:-
1)  Dr Fahmi Ngah

Dr Fahmi Ngah adalah pemegang ijazah kelas pertama dari University of London dalam bidang kejuruteraan. Beliau juga mendapat PhD dari universiti yang sama
Beliau pernah bertugas di UK Defense Research Agency (Agensi Penyelidikan Pertahanan UK) sebagai saintis kanan sebelum menyertai sektor korporat di UK di beberapa syarikat seperti British Energy dan EDF Energy. Jawatan terakhir beliau di dalam sektor korporat adalah Head of Commodity Trading di CIMB. Beliau kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.

Beliau adalah Pengarah Strategi bagi KEADILAN Wilayah Persekutuan dan bertanggungjawab khusus bagi program “Professional in Politics” (PIP) yang akan dilancarkan KEADILAN dengan sasaran mendapatkan penyertaan lebih ramai pimpinan dari kalangan professional.


2)  Saudara Wan Ji Wan Wan Hussin

Beliau adalah seorang pendakwah bebas yang berasal dari Kelantan. Mendapat pendidikan Islam awal dari Karachi, Pakistan dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dalam bidang Islam di Universiti Al-Azhar dengan pengkhususan di dalam maqassid syariah.

Saudara Wan Ji Wan Hussin kini telah dilantik sebagai EXCO Angkatan Muda KEADILAN dengan tanggungjawab khusus menarik lebih ramai golongan berpendidikan Islam ke dalam KEADILAN.

3)  AHMAD SYUKRI RAZAB

Saudara Syukri Razab adalah pimpinan mahasiswa yang tidak asing lagi dan merupakan generasi pertama pimpinan mahasiswa selepas gelombang 2008 yang paling lantang memperjuangkan kebebasan akademik.

Berumur 30 tahun dan berasal dari Sabah, Saudara Syukri adalah mantan Pengerusi Majlis Politik Nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), mantan Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan pengasas kumpulan anak muda LENSA. Beliau juga adalah aktivis hak asasi manusia yang berkhidmat dengan Suaram.

Saudara Syukri Razab kini dilantik sebagai Setiausaha Pengelola Angkatan Muda KEADILAN yang bertanggungjawab menambah keahlian AMK dan memperkuatkan organisasinya.

4)  MOHAMMAD ZAKI ABDUL SHUKOR

Saudara Zaki Abdul Shukor adalah mahasiswa jurusan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan Speaker Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Persatuan Mahasiswa UKM bagi sessi 2014 – 2015. Beliau merupakan calon Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang pertama yang memenangi kerusi pilihanraya kampus.

Saudara Zaki adalah seorang pendebat yang telah memenangi pertandingan debat undang-undang (moot competition) di peringkat antarabangsa seperti berikut:

Saudara Zaki telah dipilih oleh perwakilan Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) sebagai presiden MKM bagi penggal 2015 – 2016 dalam mesyuarat agung MKM yang lalu. Beliau dan EXCOnya bertanggungjawab menggandakan keahlian MKM di kampus-kampus universiti seluruh Malaysia dan menambah bilangan kerusi dalam Pilihanraya Kampus yang akan diadakan.

5)  MUHAMMAD AFFENDY HASNI

Saudara Affendy adalah mahasiswa jurusan undang-undang Universiti Kebangsaan Malaysia dan merupakan mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Undang-undang UKM. Beliau merupakan pendebat yang pernah memenangi pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti berikut:

Beliau pernah mengambil gap year untuk berkhidmat dengan firma guaman di Brisbane, Australia selama hampir setahun.

Saudara Affendy adalah Timbalan Presiden Mahasiswa Keadilan Malaysia (MKM) yang bertanggungjawab menambah keanggotaan KEADILAN dari kalangan mahasiswa.


Tahniahlah diucapkan kepada KeADILan kerana berjaya tangguk beberpa aktivis muda berada dalam kelompok AMK .... Pada pengamatan dan analisis Omak mereka ini lebih merupakan mau dilonjakkan sebagai ikon baharu anak-anak muda .... baguslah ...Tetapi persoalannya kini ialah:-

1)  Ini melibatkan Sayap AMK .. mengapa penyertaan ini ini tidak diumumkan sendiri oleh Ketua AMK Pusat????? .. Apakah peranan Ketua AMK Pusat sudah mula dikacip??? ... Atau kemasukkan mereka ini kurang disenangi oleh Ketua AMK Pusat????

2)  Dari kenyataan dan jawatan dihebahkan menunjukkan betapa barisan Exco AMK sedia ada jenis tunggul kayu mati dan reput tidak mampu laksanakan tugas dan amanah serta tanggung jawab untuk menambah bilangan anak-anak muda masuk dan peluk PKR ... itu jelas.

3)  Beberapa aktivis yang dihebahkan integritinya masih dipertikaikan ... Pertama Ustaz Wan Ji Wan Wan Hussin ... tidak mempertikaikan tentang ilmu dan kelayakkan akademiknya tetapi bukankah beliau kini sedang berdepan dengan suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 kerana menghina kesultanan Selangor??? ... beliau diberi tanggung jawab khusus untuk menarik seberapa ramai anak-anak muda berpendidikan Islam kedalam KeADILan ... dinegara kita bila sebut warga penganut Islam ialah masyarakat Melayu ... sebut masyarakat Melayu sudah pasti tidak boleh dipisahkan dengan Raja-Raja Melayu .. apakah dengan melantik aktivis yang sedang berdepan dengan kes Mahkamah kerana menghina Sultan Selangor ini akan dilihat sebagai seorang ikon yang boleh dijadikan ikutan?????

4) Sdr Ahmad Syukri Razab ... masih segar bugar dalam ingatan betapa beliau ini secara terbuka mengkritik dan hentam program solidariti bersama Anwar Ibrahim di Istana Kehakiman Putrajaya yang sedang berdepan dengan keputusan rayuan terakhir di Mahkamah Persekutuan .... kata-katanya dimanakah keadilan yang mau dilaungkan oleh PKR apabila anak-anak muda Selangor sendiri mempersoalkan tiada keadilan terhadap mantan Menteri Besar Selangor ... rakyat sudah muak dengan himpunan turun kejalanraya sebaliknya mereka dahagakan isu segar yang lebih dari isu yang hanya berpusing atas individu nama Anwar Ibrahim yang dilihat anak-anak muda sebagai memperjuangkan nasib seseorang individu dan bukannya kepentingan negara dan rakyat ... MASIH INGAT?????

Jelasnya Ibu Pejabat PKR akui betapa barisan pemimpin AMK sedia ada disemua peringkat sudah tidak bermaya dalam menambat dan memikat jiwa dan hati anak-anak muda.

17 comments:

  1. Wooow.....ini blog ug pasno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada para PASMaDAP boleh e mail kat budak Nepal kalau ada APA APA masalah termasuk masalah peribadi. Dialu alukan

      cabearth4@yahoo.ca

      Delete
    2. Wow how how...kritikan pedas dari omakkau....kipidap your excellent job Hanisya..I lap U

      Delete
  2. Hahaha.....pembaruan perlu utk perubahan semasa dan tidak bermaksud yg lama tidak baik atau lemah menerajui golongan muda. Omak kau cuba nak pertikaikan yg lama bagi menaikkan kemarahan agar dendaman berlaku dlm amk. Rakyat maju perlukan pemimpin yg maju berpandangan jauh bukan hanya di kedudukan lama. Lainlah org itu kuno selamanya mundur tiada perubahan hanya berkekalan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalah sekarang ni AMK percaya dekat Pasmadap. Masalah Pasmasap ni tak laku DLM parti. Tu yg kalah tertonggeng tu

      Kalau juak2 Pasmadap datang opis, suruh depa.pi kantin, layan bihon sop

      Delete
    2. Terimalah kritikan membina nih...tunjukkan AMK yg sedia ada kuat...jgn sentap..gerakkan usaha anda buktikan kpd semua...jgn duk terperap je.

      Delete
  3. Ramai dah tiba2 berminat hendak masuk politik.
    Kenapa?
    Join Politik boleh dapat apa?
    Jadi apa?
    Makan tak habis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi bahlul macam melioyawavrs, adding Dan greenboc. Tu hari2 bodek Pasmadap tu

      Delete
  4. Nk terus kekal mcm Zimbabwe pilihlah ayam sabung tua..muda2 x belajar smpai habis,bila bapak kojol kalut nk tanding sebagai mb phg bila jadi PM malaysia tunggu masa nak bangkrap..ngeh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepada para PASMaDAP boleh e mail kat budak Nepal kalau ada APA APA masalah termasuk masalah peribadi. Dialu alukan

      cabearth4@yahoo.ca

      Delete
  5. Pasno apa citer? Ada orang kluar parti takda orang baru masuk dan ada juga heboh setiap kali jumlah ahli masok mesti 300 orang?tang tu x nak ulas @ ulang siar ker omak kau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana ada Pasno gemok bodoh!!!!! aku rau ada Pasmadap (Pasma) dgn Pasembur (G18) saja.

      lupa plak mwlalak aebab hero kalah? bodoh macsm jebon

      Delete
    2. Tgha kan da bgtau takde UG..melalak x abih2...ckp bodoh kang mrh..

      Delete
  6. Ustaz ini akan diletakn bertanding di Bndar Tun Razak akan datang ni untuk menentang Khaldi ibrahin dan Umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kao mana tau, silap2 anwar hantar Anak dia bertanding. Anuar kan king of.nepotism

      Delete
  7. Tamparan kepada PKR atau tamparan kepada PAS ni.

    PKR dan DAP bertambah ahli.

    PAS pulak nak nembuang ahli dan tiada siapa hingin nak joint.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasno mmbuang ahli pakai kertas chai..

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...