KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 2 December 2014

AZMIN MAU KONSESI LEBUH RAYA SETELAH MENDAPAT KEUNTUNGAN MENCUKUPI MELALUI KUTIPAN TOL BOLEH TAMAT AWAL.???????




Kerajaan Selangor menggesa kerajaan persekutuan memasukkan “klausa penamatan awal” untuk projek lebuh raya di negeri itu di masa depan.

Menteri Besar Selangor Azmin Ali memberitahu Dewan Undangan Negeri (DUN), jika syarikat konsesi mendapat keuntungan mencukupi sebelum projek berakhir, perjanjian itu patut ditamatkan awal.

"Maka perjanjian mesti ditamatkan dengan lebih awal," katanya menjawab soalan Rodziah Ismail (PKR-Batu Tiga) berhubung pendirian kerajaan berhubung pelaksanaan empat projek lebih raya itu dalam sidang DUN hari ini.

Empat projek lebuh raya itu adalah Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang, Pantai Barat (Taiping-Banting), Lingkaran Luar KL-Hubungan Timur dan Damansara-Shah Alam.

Azmin berkata kerajaan perlu menyediakan perjanjian konsesi lebuh raya yang lebih adil dan tidak memihak kepada pemegang konsesi.

Kerajaan negeri turut mengesyorkan supaya kerajaan pusat mengambil kira kepentingan awam dari sudut keselamatan dan kesejahteraan rakyat sebelum melaksanakan projek tersebut.

"Pandangan dan pendapat awam serta pihak berkepentingan perlu diambil kira diberi keutamaan kerana ia melibatkan cukai yang dibayar oleh rakyat," katanya.

"Dan akhirnya, prasyarat tambahan, perjanjian konsesi tidak boleh terikat dengan Akta Rahsia Rasmi 1972," katanya.

Kidex belum muktamad

Mengulas mengenai pelaksanaan projek lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex), Azmin yang juga timbalan presiden PKR berkata projek itu masih belum dimuktamadkan lagi.

"Kerajaan negeri meminta Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) supaya terus mengadakan dialog. perbincangan dan town hall untuk mendapat semua maklumat dengan stakeholder," katanya.

ULASAN OMAK KAU:-
Ertinya kerajaan negeri yang dipimpin YAB Hj Azmin b Hj Ali masih membenarkan lebuhraya bertol di bina di Selangor dengan tambah syarat iaitu ditamatkan awal setelah keuntungan memadai dan mencukupi oleh pihak konsesi.

Tidak pernah terbit maupun terdetik dihati dan minda beliau mau membina lebuhraya atau membenarkan lebuhraya dibina tanpa tol... No such things as toll free highway... mau guna kena bayar.

Sebab bila berbicara tentang keuntungan yang memadai dan mencukupi oleh pihak konsesi lebuh raya sudah pasti ianya berkait rapat dengan kutipan tol.

Persoalan yang rakyat mau lontarkan .. DIMANA KATA DAN JANJI MAU WUJUDKAN JALANRAYA TANPA TOL??????

Apa respon para wakil rakyat DAP yang terkenal sebagai pejuang lebuhraya percuma dinegara ini terutamanya di Selangor????? .. Mohon konsisten dalam mendakap perjuangan dan tegas dalam prinsip.

Pujian juga harus diberikan atas cadangan mau mempercepatkan tamat konsesi serta perjanjian tidak diletakkan dibawah Akta Rahsia Rasmi 1972.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

20 comments:

  1. Hi Everybody,

    Kira TSKi betul Lah. Hamlau punya gang kajang move. Apa2 pun janji jangan pergi session touch d HANJING macam Nurul Izzah.

    Komen tulus ikhlas daripada

    Jeff Ulu Yam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Correcsion..

      I Jeff from ulu tembeling

      Delete
    2. Wuiiiiiiiiiiii makin hari makin terbongkar torak gang Kajang Move. Ninja Turtle The Strategy senyap saja, Almaklum Kojak mobe tak menjadi Pasmop tak laku.

      Delete
    3. Patutlah najib kata bloger amno bangang

      Delete
    4. Ni baru betul....sejak kena bangangkan bos besar kat pau hari tu, semangat anak buah amnongooook nak memfitnah dah pulih semula. Tahniahlah. Ini baru kira tak makan gaji buta....

      Delete
  2. Ooo ni la si Najib maksudkan Banggang, rupanya si Jeff Ulu Yam ni Banggang dan Haram Jadah yg Najib maksudkan, dulu, kini dan Selamanya

    ReplyDelete
  3. Mb baru ni cakap berdegar degar tapi habuk pun tarak.janji janji janji akhirnya janji ke tong sampah juga yang di tepati.cit apara...

    ReplyDelete
  4. dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”. Kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang yang tidak menghiraukan perjanjian setianya.
    AL QURAN 2.[83] (samb)

    ReplyDelete
  5. kedua-dua ornag hulu.kalau di Pahang kalau duduk di hulu makanya hidup takda pembangunan .Jenis orang hutan yang tak tahu perkembangan semasa.Kesian dia.dia masih kuno macam Omak kau juga.Di tailand dia duduk di mana pun kita tak tahu.Teruskan azmin biar Khaldi dan omak kau sakit jiwa

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes...teruskan mengkopi pes tu.
      80% lagi ambik la gambar masok pesbok ngan tuiiihter
      bagitau suma rakyat selangor yang hangpa memang pakar kopi pes....

      Delete
    2. Padi yang dia sembur hari tu dah berbuah ker?
      heh2

      Delete
  6. Mana janji PKR nak hapuskan Tol?
    Sekadar memendekkan tarikh tamat perjanjian tiada maknya.
    Dari 100 tahun di pendekam ke 90 tahun. Apa bezanya khalid dengan azmin?
    Lain kali jangan menyalak berlebijab.nanti diri sendiri di salak. Bila stering ditangan baru tahu,memandu kena ikut kemampuan kenferaan kita.
    Tak kan kapcai pun nak race dengan rxz.
    Takkan proton atena nak muat 5 ekor lembu.

    ReplyDelete
  7. Cik omak bukan semua tol semestinya secara percuma cuma tidak membebankan kepada rakyat. Setiap pembangunan kenalah rakyat memberi sokangan atas apa2 cadangan yang dikemukakan terutamanya oleh YB Azmin kita buka bermakna kita ikut seperti kerajaan Malaysia sekarang yang hanya mementingkan krooni atau syarikat sahaja.

    ReplyDelete
  8. SETAKAT CAKAP AJE BUDAK TADIKA 3 TAHUN PON BOLE CAKAP....
    PROJEK BARU SEJAK JADI MB NI MANA?
    TAKKAN DAH 2 BULAN LEBIH DUDUK SITU SATU PROJEK BARU UNTUK RAKYAT PUN TAK ADA?

    ReplyDelete
  9. Kes denggi di negeri antah berantah mencapai kadar sifar:

    Sejak usaha menyembur bas sekolah dilaksanakan oleh penghulu negeri antah berantah, tiada lagi masalah demam denggi di negeri antah berantah ini malahan kadar pembiakan denggi dipercayai mencapai tahap sifar. Hal ini diakui sendiri oleh semua penduduk negeri itu.

    Tidak siapa pernah menyangka, waima doktor dan jabatan kesihatan sekalipun bahawa bas sekolah merupakan tempat pembiakan utama demam denggi. Menurut penghulu antah berantah, warna kuning bas sekolah menjadi daya tarikan nyamuk aedes untuk membiak dan menyebarkan demam denggi.

    "Sohih...memang sohih bas sekolah adalah tempat pembiakan demam denggi" kata penghulu antah beratnah ketika ditemu bual oleh wartawan tv antah berantah. "jadi dengan menyembur sheildtok, masalah ini telah dapat diselesaikan sepenuhnya dan kini negeri kami sudah sifar denggi" sambung penghulu baru itu dengan penuh yakin."kalau ada pun yang demam2 berpanjangan, itu bukan demam denggi. Itu demam senggugut", tambah penghulu antah berantah lagi ketika ditemui semasa sedang bembeli mesin kopi pes berteknologi tinggi bagi memudahkan kerja2 beliau untuk mengkopi pes projek2 di negeri antah berantah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe MB pintu belakang begitulah ropanya...

      Delete
  10. Janji janji janji.Seribu msg sampah berapa yang dah selesai.sekarang jumlah msg sampah berapa? berkurang atau bertambah lagi??? Jangan sampai PRU 14 nanti ke tong sampah jua akhirnya.

    ReplyDelete
  11. Anon 15.59.
    Sebelum pru 13 dulu. Tak ada pun pkr kata macam tu. Yang aku ingat
    Tol dihapus.
    Pendidikan percuma.
    Minyak turun.
    Baru bian ( kridtian
    KM serawak)
    Autonomi untok sabah dan serawak.
    Jangan ingat semua melayu mudah lupa.

    ReplyDelete
  12. seblh sana pn bjnji BRIM 1k.hrga kreta turn. hrga brg mknan turn.myk turn tpi bsyart.tmbg knderaan awm x naik. hrga rumh nik mndadk. mcm2 jnji. makin hri khidupn trhimpt nk mkn pn sush. tyalh yg pndptn kurg rm3k. hrgs geth mnjunm truk. tanggung je lh klu nk hidup

    ReplyDelete
  13. Sebelah sana tu memang dah di sahkan janji selalu dicapati. Sebelah sini selali bising pasal sebelah sana selalu mungkir janji.
    Tak kan sebelah sini pun nak ikuy perangai burok sebelah sana. Nanti di katakan sebelah sana dan sebelah sini sama sahaja.
    Jangan jadi pak pandir. Bila mak andir mwngeluh anak merrka mati pak andir jawab." Anak orang pun mati jugak" ITU TAK CERDIK NAMA NYA.

    ReplyDelete