KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Tuesday, 9 December 2014

BENARKAH KHAZANAH NASIONAL BAKAL MEMBAYAR GAJI LEBIH RM 500,000 SEBULAN UNTUK CEO BARU MAS CHRISTOPH R. MULLER????


Sekarang ini pun bakal CEO MAS yang bakal digajikan oleh Khazanah Nasional untuk mengemudi MAS menerima upah termasuk bonus dari Aer Lingus hampir RM6 juta setahun bersamaan RM500,000 sebulan ... ikut hukum akal logik sudah pasti untuk memancing dan memikat beliau agar menjadi CEO MAS yang baharu sudah pasti gaji dan upahnya lebih lumayan dari itu ... ini tidak termasuk pelbagai kemudahan dan faedah seperti pemandu, kereta rasmi, rumah termasuk pembantu rumah.


KETUA Pegawai Eksekutif Aer Lingus, Christoph R. Muller yang akan menerajui Malaysia Airlines (MAS) mulai tahun depan menerima bayaran hampir RM6 juta (1.29 juta Euro) pada tahun lalu daripada syarikat penerbangan nasional Ireland itu.

Berdasarkan laporan online Independent Ireland, jumlah itu meningkat dari kira-kira RM5.3 juta (1.24 juta Euro) pada tahun 2011.

Laporan itu menyebut, pendapatan Muller untuk tahu lalu itu termasuk gaji kira-kira RM2 juta (475,000 Euro), sumbangan untuk pencen RM507,000 (119,00 Euro), bonus berkaitan prestasi RM2.8 juta (647,000 Euro) dan lain-lain faedah kira-kira RM220,000 (52,000 Euro).

Bagaimanapun MAS belum mendedahkan gaji yang bakal dibayar kepada Muller yang akan menerajui syarikat penerbangan kebangsaan itu.

Sementara itu Bernama melaporrkan rekod prestasi Mueller yang cemerlang, menjadikannya tokoh paling tepat untuk memulihkan MAS.

Bagaimanapun, bukan satu tugas yang mudah bagi beliau di MAS, meskipun telah berjaya memulihkan masalah kewangan syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa, memandangkan masalah kompleks yang dihadapi oleh penerbangan negara sejak bertahun.

Ini termasuk kerugian besar berjumlah RM576.1 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, serta persaingan sengit dalam industri penerbangan terutamanya daripada syarikat penerbangan tambang rendah.

Di samping itu, beliau perlu memulihkan penjenamaan MAS berikutan tragedi MH370 dan MH17, masing-masing berlaku pada pada 8 Mac dan 17 Julai lepas.

Sementara itu, dalam satu kenyataan pada Jumaat, Khazanah Nasional Bhd berkata Mueller telah melaksanakan proses pemulihan korporat Lufthansa antara 1994 dan 1999 sebagai Naib Presiden Kanan bagi pengurusan rangkaian dan perancangan korporat.

"Warga Jerman itu yang merupakan CEO Aer Lingus sejak 2009, mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam sektor penerbangan, logistik dan pelancongan.

"Di bawah penyeliaan beliau, Aer Lingus menceburi pasaran dan model perniagaan baharu. Syarikat berjaya memperbaiki kedudukannya daripada hanya model perniagaan dengan perniagaan kepada model perniagaan dengan pengguna membabitkan pengedaran 90 peratus dalam talian," kata kenyataan itu.

Pada 1999, Mueller beralih ke Sabena S.A, yang merupakan sebahagian daripada Swissair Group, sebagai Ketua Pegawai Operasi sebelum menjadi CEO Sabena Group.

"Mueller membangunkan siri rancangan untuk disesuaikan dengan pemegangan saham kerajaan Belgium termasuk program pengurangan kos utama.

"Secara keseluruhan, beliau mempunyai pengalaman kira-kira 10 tahun sebagai ketua eksekutif di bahagian dan kumpulan dalam sektor penerbangan, dan juga mempunyai pengalaman yang luas dalam lembaga pengarah, termasuk dalam sektor pelancongan," kata kenyataan itu.

Mueller akan dilantik sebagai CEO syarikat baharu MAS, berkuatkuasa pada 1 Jan, 2015, dan bakal menyertai lembaga pengarah pada suku kedua tahun depan.

7 comments:

  1. Yang ni Mat Matang Pauh tak boleh komen. Faekah Husin cakap ada pemimpin tertinggi dapat claim allowance RM 15 juta sebagai penasihat.

    Wuiiiiiiiiiiiiiiiii Cakap lu, TSKI pulak amanah mana bolei layan orang yang buat lain cakap lain. Kutuk boros, sendiri claim guni2

    Ahli2 PKR bawahan dah sedar. Yang tak sedar adalah gang2 PASMA (Persatuan Suka Maki Anda). Orang yang singkat akal dan born loser macam Malaysiawaves suka la PASMA ni,

    Pembodek2 Gang Kajang Move. Deme ni cerodik. Kipas Boss dan Bodek Boss untuk sejemput cita2

    Pesanan Tulus Ikhlas Dari Hati

    Jeff Ulu Yam
    Reformist Sejati 1998
    (Kami lawan kerana kebenaran bukan untuk bodek boss atau fanatil/ fanataik dekat boss)

    ReplyDelete
  2. stuju dgn kytaan mantan pm yg mgatakn org mlyu bodoh. buktinya ceo mas org putih. afa kbnranya dmsa akn dtg mnteri pn org putih. klu btl kta mntan pm tu. kita cdgkn mnteri kewngn elok jga org putih sb ekonomi ngara skrg smakin merudum. nilai rm mnjunam truk brbnding ngara asean. kos brng mnigkt truk. hrga minyk sawit keparas lantai. hrga getah x nilai lg. kta cuba org puth mungkn ekonomi brkmbng mju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak cakap madey tu, dh nk wat camne kerajaan kalu nk amik org tempatan mestilah org umno. Madey sendiri cakap hanya org bodoh je yg tinggal lg dlm umno, org luar umno ramai berkebolehan nk lantik ramai lak org umno yg marah, so amik lh org jerman, puas lh hati org umno dn kekal lh kebodohon dn kesombongan dia org ni ....kahkahkah

      Delete
  3. MAS rugi sbb campur tangan kerajaan.kalau org putih ni pegang kerajaan tak berani nk campur tangan lagi...elok juga bagi orang putih no pulihkan MAS...lagipun dia Ada rekod cemerlang...selagi org melayu umno pegang selagi tulah MAS rugi...rugi...melayu mamak main jauhjauh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan umno/bn tak berani campur tangan? Sori la... tangan2 ghaib banyak ini bolehland la nothing imposible

      Delete
  4. Negara bayar gaji setanding gaji nya di kampong , guna Euro bukan Ringgit.

    Negara kita nak otak nya dan pengalaman nya.

    Bukan budak bahalol tempatan kita , gaji kechik dapat peanut lah.

    Mueller orang german memang bijak pandai , bukan budak bahalol kampong dapat bangsawan.

    Malaysia sudah ada banyak orang bodoh akibat pemimpin bodoh bahalol...

    Untuk maju , negara perlu ubah ke arah idea idea maju bukan bahalol tahap bangsawan.

    ReplyDelete
  5. Budak bahalol yg ko maksudkan tu....sesuai utk anwar ibrahim tu.... klas 3 penjajian sejarah genral degree klas 3.....bukan jurusan accountant ke doctor atau law pun alahai....pas tu klu kalan nk jadi professor puiiii.....klas 3 genral degree jdi professor di usa ...gaji 1 henggit klaim elaun 15 juta..babi punya bakal professor ...kah kah nnpk ssgt universiti di usa tu low klass universiti....kah kah kah....

    ReplyDelete