Wednesday 10 December 2014

FACEBOOKER UMNO TUDUH PENGERUSI SURUHANJAYA KOMUNIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM) SALAH GUNA KUASA BERI TENDER KEPADA SYARIKAT KEPUNYAAN ANAK BEKAS MENTERI YANG BELIAU JADI PENGERUSINYA.



Apa punya standard Kerajaan Malaysia nak bergaduh dengan budak Ali Abd Jalil tu.. sebenar nya tak perlu hebuh2, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia kan ada... dia boleh tulis dengan admin Facebook untuk tindakan menyekat wall budak itu.. Malangnya lagi ditegur penyelewengam dan rasuah yg di lakukan oleh Pengerusi SKMM ni yang akan tamat khidmatnya, lagi buat keputusan tender yang tidak mengikut peraturan.. terbaru bagi tender kepada anak seorang bekas Menteri yang melantik dia jadi Pengerusi.. Aduhai... inilah CEO anak Malaysia yang di agung2 oleh Tun Dr Mahathir Mohemad...

Ini adalah suatu pertuduhan yang amat serius apabila ada facebooker UMNO bernama Zaharin Mohd Yasin membuat tuduhan yang Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi telah menyalah gunakan kuasanya yang akan tamat perkhidmatannya tidak lama lgi telah memberikan tender tidak mengikut peraturan dan prosedur kepada syarikat kepunyaan anak bekas Menteri dimana dirinya diangkat sebagai Pengerusi syarikat berkenaan.

Perlu respon dan tindak balas pihak yang berwajib agar pendedahan dan pertuduhan ini disiasat sehingga akar umbi demi mencari pencerahan dan kebenaran.

Hapuskan segala parasit yang merosakan nama baik negara dan menjahanamkan wang rakyat.

7 comments:

  1. Dunia siber umngook...BANGGANG berpisah tiada...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak heran kan...kan semua duit kerajaan tu umno/bn yg punya...jadi lah bapa bagi kat anak, anak bagi kat mak, Mak bagi kat menantu, menantu bagi kat adik, adik bagi kat Mak long, Mak long bagi kat pak uchu....begitulah setrusnya...SPRM tengok je dia orang main passing baton ni...

      Delete
  2. Ini semua salah anwar aljuburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini semua salah pembunuh alantuya yg chun melecun

      Delete
  3. Bukan..ni semua salah jiwa karat

    ReplyDelete
  4. berita ni sbnrnya palsu. x bolh dtrima olh akal orang umno brsikap x jujr mcm kes ni. umno adalh parti wadah melayu yg jujr dn sntisa memntgkn bngsa.agama.negra.

    ReplyDelete
  5. Dalam kes di atas, masalah timbul sebab macai2 umno ni dah makin lapar apabila tuan mereka dah tak sajikan makanan akibat nilai mata wang semakin merosot dan peruntukan membeli makanan sudah semakin kering. Akhirnya semua kaki tak kira kaki siapapun akan digigit oleh macai2 ini.

    Aku tak salahkan macai2 jenis cari makan macam di atas turr. Mereka memacai pun untuk beli makan dan susu untuk anak2, bini dan emak bapak mereka!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...