Monday 15 December 2014

GST MEMBAWA BERITA GEMBIRA UNTUK PARA PENYOKONG UMNO/BN .... KOS PERUBATAN AKAN NAIK SEKITAR 5 PERATUS SELEPAS GST.




Di sebalik laungan kerajaan bahawa sektor penjagaan kesihatan terkecuali daripada GST, hospital swasta pula meminta orang ramai bersedia berhadapan dengan peningkatan kos perubatan sekitar 5 peratus selepas pelaksanaan GST.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka akan turut memberi impak kepada sektor penjagaan kesihatan dengan kenaikan kos perubatan sehingga lima peratus.

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyampaikan kekhuatiran terhadap pelaksanaan GST standard (6 peratus) ke atas profesional kesihatan yang bekerja secara bebas atau sebagai bukan kakitangan hospital sebagai punca peningkatan kos tersebut .

Presidennya, Datuk Dr. Jacob Thomas dalam sidang media hari ini menyatakan, walaupun sektor penjagaan kesihatan sering dilabelkan terkecuali daripada GST oleh kerajaan, tetapi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada 7 November 2014 menyatakan profesional kesihatan bebas di hospital swasta dikenakan GST kadar standard.

“Hampir 99 peratus daripada profesional perubatan yang bekerja di hospital swasta bukan kakitangan hospital dan mereka bekerja secara bebas tanpa terikat dengan pengurusan hospital,” katanya.

Akibat daripada pelaksanaan cukai tersebut, sekurang-kurangnya 45 peratus daripada bil penjagaan kesihatan keseluruhan akan di caj GST.

Satu-satunya hospital swasta yang terkecuali daripada GST enam peratus ialah Institut Jantung Negara (IJN) yang mana profesional perubatan hospital tersebut adalah kakitangan pengurusan hospital itu.

“Oleh itu, kami di APHM mahu kerajaan menimbangkan semula pengecualian GST terhadap semua perkhidmatan di hospital swasta supaya pesakit dapat memanfaatkan GST sifar sepenuhnya dalam sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Jika di sebaliknya, para pesakit diharap bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan berhadapan kenaikan kos perubatan di hospital swasta.

“Kami juga berharap agar pihak kerajaan akan tampil dengan satu kenyataan yang jelas, transparen dan sahih mengenai pelaksanaan GST ini terhadap para doktor di sektor swasta supaya orang ramai jelas dan akur dengan implementasi cukai tersebut kelak,” katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan GST ke atas sektor penjagaan kesihatan memandangkan pelbagai isu lagi yang masih kabur dan tidak jelas.

15 comments:

  1. GST memang bagus untuk kesejahteraan rakyat.

    Kalau mahal kita jumpa Tok Moh je....

    ReplyDelete
  2. Kerajaan bn Gasak Sampai Tenat rakyat ....betul2 cilakak ...

    ReplyDelete
  3. Alaaah, enam peratus je cukai apa ada haaal? Enam peratus tu enam posen ke enam henggit? Enam posen je kaaaan.! Makcik pun tak kesaaaah! Kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha........
      6 posen je...nenek tua....tak byk tu.......sebab nenek miskin guna duit sebulan tak byk mana pun! lainlah or macam kami ni guna duit beriban2 sebulan bukan 6 posen dah ni nenek tua.......!

      Delete
  4. rakyat tenat rakyat merana, bn gembira bn durjana...mari lah kita ubah pd pru14....

    ReplyDelete
  5. Tak suka gst...jgn dok.malaysia.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha....
      ye lah kan! ta suka boleh belah yg suka mcm bro ni boleh dok kat malaysia sebab yg miskin mesti dok diam kat sini yg kaya dah angkat kaki dari sini.

      Delete
  6. Tengok gambar kt atas tu, lambang kebodohan org melayu yg menjadi rizab tetap dn kekuatan umno ...yg pandai dh x nk kt umno yg bodoh2 mcm tu je yg tinggal ...menang sorak je le kampung dh lama tergadai x sedar2 ...kahkahkah

    ReplyDelete
  7. Tak cukup lg ke duit brim najib bagi? Pangkah la BN pru akan dtg. Najib bagi lg byk..

    ReplyDelete
  8. X yah tunggu pru..

    ReplyDelete
  9. 6% tu cuma 6 sen aje...tiada hal punyalah..cth jika dulu bil RM100...bila GST bil jadi RM100.06...tak rasa apa pun...apa yg boleh buat dgn 6 sen..bayar tandas awam pun tak lepas....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesiannya....! Lemah btol matematik engkau, pergilah blajar lagi....!!! Sedih org melayu mcm ni

      Delete
    2. 6% daripada RM100 cuma 6 sen jer ker....???? gi skolah lagi lah.... x perlu nmpak kan sngt kebodohan tu klu asyik nak membodek jer....

      Delete
    3. matematik lemah sgt ni...
      meh nak ajar.. 6% = 6/100
      6/100 X rm100 = RM6

      RM6 tu kecik ke besar bahlol..?

      Delete
  10. BAUK = Barisan Anti Umnon Kantoik...Siap bakar bangunan Umno merata rata...hahaha

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...