Sunday 14 December 2014

HANYA KERANA SAMA PENTAS DENGAN AMBIGA DALAM SUATU FORUM MAKA NUR JAZLAN DIFITNAH AKAN KELUAR UMNO MENYERTAI PKR.



Spekulasi Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang viral di Facebook adalah fitnah semata-mata.

Sumber paling rapat dengan Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) itu mendakwa fitnah berkenaan disebarkan oleh bloggers UMNO yang tidak berpuas hati dengan Nur Jazlan selepas kehadirannya dalam Forum 'Freedom of Expression Under Treat' kelmarin.

Ia kerana dalam forum itu Nur Jazlan berkongsi pentas bersama Pengerusi Hak Asasi Manusia (Hakam), Datuk S. Ambiga.

"Datuk (Nur Jazlan) sudah mengetahui perkara ini tetapi beliau malas hendak melayan spekulasi yang memburukkan namanya kerana ia dilakukan oleh bloggers UMNO sendiri.

"Percayalah Datuk sangat setia dengan UMNO, mustahil dia keluar UMNO. Itu saya sangat yakin," katanya lagi

Sebaliknya, sumber itu memberitahu, Nur Jazlan akan bersama Pemuda UMNO, ke London pada malam Isnin ini untuk menghadiri program UMNO Luar Negara.

Selain beliau, Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun, Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Armizan Ameer; Setiausaha Eksekutif Pemuda UMNO, Zaidel Baharuddin dan Exco Pemuda, Sheikh Nafiq Sheikh turut menyertai program KataKita UK Tour 2014.

Rombongan itu juga akan berada di London, Cardiff, Nottingham, Manchester dan Liverpool sehingga 21 Disember ini bagi Forum Kepimpinan Pelajar dan Sesi Teh Tarik.

Spekulasi yang viral di Facebook itu mendakwa Nur Jazlan bakal mengisytiharkan keluar UMNO dan menyertai PKR Isnin ini dan disebut-sebut bakal dilantik sebagai Naib Presiden PKR

8 comments:

  1. Terbukti bangang sungguh blogger umno ni, arahan bangang sape lh dlm umno ni, hai! pening lg lh najib ....kahkahkah

    ReplyDelete
  2. Kalu ye pun x de hal punya lh...pkr dn umno kn same je ....hahaha

    ReplyDelete
  3. Mr TuLang Besi jgn tuduhl yg sipolan2 nak masuk Pasma. Orang biol saja yg s
    Uka Pasma

    ReplyDelete
  4. kau jgn main2 dgn tulang basi tu depa kata dia ni bertaraf wali songel mcm abuya al-buaya al-husyeen juga lah nanti ....................ketulahan..............ptui !

    ReplyDelete
  5. biasalh pmikirn org umno slalu fijrkn negatve jka ahli2nya bcmpur dgn ahli prti pehk lwn.umno x mahu pemimpn nya mgadakn aktvti wlupn utk kebaikn utk rkyt. dlm pmikrn mereka pmbgkng adlh mush ketat dn klu ad mna2 pmimpn yg brbuat aktvti demikian akn dsnarai hitmkn utk brtnding pru akn dtg. pemikrn brpolitk org umno x sma ngn bgsa cina waima pyokng atu pmbgkng mreka bolh brsatu duk stu mja brkongsi pndgn demi utk bngsa. ada kita dgr mca/gerakn myebut prkataan dapig? hya macai umno memngil prktaan kotr tu. yg x sedar bpa byk tanh.lesen2 prnigaan dlm dn lur negara yg djual olh org umno kpd syarikt org cina trdiri drpd gabungn mca/grakn/dap demi utk prniagaan bngsa mereka. jdi sapa yg bodoh dn rugi dlm brpolitik. parti cina rakn karib umno senyum dn x melath bila macai umno mnghntm spi lunyai parti dap.

    ReplyDelete
  6. "freedom of expression under treat" tak pe lah kalau bagi treat, ikan bakar ke, apa ke. apa nak berdailog. Kalau under threat baru kena dailog, mana satu tu?

    ReplyDelete
  7. "freedom of expression under treat" tak pe lah kalau bagi treat, ikan bakar ke, apa ke. apa nak berdailog. Kalau under threat baru kena dailog, mana satu tu?

    ReplyDelete
  8. dan barang siapa yg menyatakan usahanya..masanya..wang ringgitnya dan ilmunya digerakkan untuk menumbangkan UMNO maka mereka adalah dari kalangan pihak yg "benar".. sekarang mari kita lihat siapa mereka..PAS DAP PKR..diikuti majlis peguam..NGOs2 seperti comango..suaram..free Sabah and sarawak..persatuan bible malaysia dan lain2..personaliti antaranya ambiga..alvin tan..ali abdul jalil..marina mahathir..adam adli...sekadar beberapa nama.. bekas " prajurit" yg berkiblatkan fahaman komunis komunis.bloger..seperti kelab greenboc..tukar tiub..addindeen..banyak lagi..lidah penyampai seperti suara keadilan..harakah..roket kini dll.. dana dan sumber kewangan ditaja oleh NGOs dunia yg dihalatujukan oleh yahudi melalui pelbagai matlamat yg "indah dan syumul"...sebahagian negara arab..dan org perseorangan serta syarikat yg beroperasi dimalaysia dan luar negara...inilah "gabungan" yg semakin hampir berjaya dengan matlamatnya yg "hakiki " menumbangkan kerajaan yg zalim ..rasuah dan menentang syariat islam..yg memerintah lebih dari 56 tahun di negara ini...maka berbahagialah kamu wahai bangsa melayu yg sombong..jahil lagi kufur kepada nikmat Allahswt kepada kamu...tiada batas bagi kamu dlm "bertahaluf siasyi" hatta pada "syaitan" sekalipun...tunggulah tatkala kamu sudah berjaya memusnahkan saudara seagama dan sebangsa yg kamu fitnah dan adudombakan lebih jahat dan lebih buruk dari sekalian rakan tahalufmu itu..diwaktu itu para "rakan tahalufmu" itu akan membuatkan kamu supaya membawa kuasa pemerintahan yg ada pada kamu jauh lebih buruk dan lebih zalim pada sekalian para pengikutmu dan tanah melayu ini ..yg tidak pernah atau tidak sempat diperbuat oleh sipemerintah sebelum kamu...kerana inilah janji Allahswt kepada golongan yg kufur dan menafikan segala nikmat yg ia perolehi dan pernah dinikmati untuk dirinya..nauzubillah.. semoga Allahswt melindungi bangsaku dan memberikan kekuatan padanya (bangsa melayu)..dlm memuliakan islam dengan kemampuan untuk mengekalkan syariat yg telah berjaya dilaksanakan dan mampu menjayakan pula pada syariat yg belum dilaksanakan..dengan melembutkan dan melunakan hati para sekalian hati para pemimpin yg berbangsa melayu dan berakidahkan islam ..supaya bersatu atas syariay islam..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...