Tuesday 2 December 2014

INILAH PELAJAR TURKI TERKORBAN KERANA MEMPERTAHANKAN DUA REMAJA PEREMPUAN DARIPADA SEKUMPULAN PENCEROBOH DISEBUAH RESTORAN MAKANAN SEGERA DI GERMANY DIBERI PENGHORMATAN NEGARA.




Rakyat berkabung di Jerman untuk memberi penghormatan kepada seorang wanita muda yang terbunuh dalam satu kejadian di Offenbach, lapor Reuters.

Pelajar Turki, Tugce Albayrak mempertahankan dua remaja perempuan daripada sekumpulan penceroboh di sebuah restoran makanan segera.

Kemudian pelajar itu dipukul oleh kumpulan penceroboh itu dan Cik Albayrak meninggal dunia pada 28 November.

Suatu petisyen di laman web Change.org itu telah mengumpul 150,000 tandatangan petang Isnin untuk menggesa pelajar Turki, Tugce Albayrak dianugerahkan German Federal Cross of Merit, pujian awam yang paling tinggi bagi perkhidmatan kepada negara.

Selepas beberapa siri demonstrasi hujung minggu ini di seluruh negara sebagai penghormatan kepada Cik Albayrak, suatu laman penghormatan di Facebook telah mengumpul hampir 170,000 “suka”.

Dalam utusan takziah, Presiden Joachim Gauck memberitahu keluarga Cik Albayrak bahawa ” Albayrak akan sentiasa menjadi contoh” dan beliau telah peroleh “penghormatan dan pujian” kami.

2 comments:

  1. Dan mereka berkata: “Kami tidak sekali-kali akan disentuh oleh api neraka kecuali beberapa hari yang tertentu”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Adakah kamu sudah mendapat janji dari Allah supaya (dengan itu) Allah tidak akan menyalahi janjiNya, atau hanya kamu mengatakan atas nama Allah sesuatu yang tidak kamu mengetahuinya?”
    AL QURAN 2.[80]

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...