Tuesday 9 December 2014

KALAU UMNO SELANGOR SUDAH TIDAK MINAT JADI KETUA PEMBANGKANG DUN SELANGOR .. HABIS ITU SIAPA PULA YANG BAKAL JADI?????? .... JENG JENG JENGGGGGG !!!!!



Umno Selangor tidak berminat lagi mengisi jawatan ketua pembangkang negeri buat masa ini ekoran peletakan jawatan penyandangnya Datuk Shamsudin Lias semalam.

Timbalan pengerusi Umno negeri Datuk Abdul Shukor Idrus berkata, ini kerana ketua pembangkang secara automatik dilantik pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang (PAC) negeri – jawatan yang ditolak mereka.

Beliau mengesahkan perkara itu ketika selepas memberitahu Malaysiakini bahawa Umno Selangor akan meneliti peraturan dewan sama ada ketua pembangkang wajib dilantik.

"Jika tidak ada (peruntukan mewajibkan), kami, semua 12 ADUN (Umno) boleh jadi ketua pembangkang secara bergilir-gilir (secara tidak rasmi)," katanya sebelum itu.

Beliau ditanya sama ada Umno tidak berminat lagi mengisi kekosongan itu memandangkan pendirian mereka menolak jawatan PAC negeri, walaupun beberapa kali dilantik.

Shukor sekali lagi menegaskan mereka menolak mengetuai PAC kerana enggan menjadi “boneka” dalam jawatankuasa yang majoritinya dianggotai ADUN Pakatan.

Shamsudin  semalam meletak jawatan sebagai ketua pembangkang selepas DUN Selangor mewajibkan penyandang ketua pembangkang secara automatik mengetuai PAC.

Sementara itu, Pengerusi BN Selangor Datuk Seri Noh Omar juga dilapor berkata BN tidak berhasrat mengisi jawatan ketua pembangkang buat masa ini.

"Kalau tidak (jawatan) mandatori, mungkin kita tak perlu ada ketua pembangkang sebab kita datang daripada satu parti,” katanya

13 comments:

  1. Hai...Hanisya...
    Hanisya dah mandi?
    Busyukkk laa....

    ReplyDelete
  2. TSKI yg jadi pnggnti..amcam hanisya sym lebar nmpak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju khalid ganti

      hanisya pasti menitis airmata rindu terharu

      Delete
  3. Sokong jika TSKI dilantik Ketua Pembangkang kerana banyak perkara busuk PKR/Azmin yg boleh dibongkar oleh TSKI. Umno tolong pertimbangkan. Komen Omakau?

    ReplyDelete
  4. Hahaha.....kalau dah mejoriti sokong pkr maka tak mudah umno nak dapat balik kuasa di selangor. Jadi buat apa membangkang kalau umno dah di tolak dari berkuasa di selangor maka telitian kena di ambil bagi mencari kelemahan pkr utk menarik sokongan memungkinkan umno boleh menang pru akan dtg. Pkr kena berkerja kuat jgn lagi nak merebut kuasa ini boleh melemahkan semangat juang utk rakyat selangor.

    ReplyDelete
  5. Jadi Ketua Pembangang jelah...itu paling layak utk beruk2 Umno!!

    ReplyDelete
  6. UMNU dah tiada apa yang hendak dibangkang walaupun kerja membangkang tu mudah aje...kerana tu umnu insaf tak mahu lantik ketua pembangkang...takkan nak makan gaji buta jika tak bikin kerja hehehe

    ReplyDelete
  7. Pihak istana boleh hantar wakil. Dalam DUN boleh kasi pangkah kaw kaw! Kah kah kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbnrnys ada diantara adun tu yg brmint tpi mlu nk cakp sb ats kpentign politk x mau dpndhg serong olh kawn2. sapa x trigin sbuah kreta dh mnuggu. dgn pemndu. miyak pkai indent. elaun khas ktua pmbgkng lgi. woo hebt tu. klu dtya kpd yb.noh omar bliau mugkn akn mnjwb ''trpulng kpd barisn dun pmbgkng sapa calun pilhn mereka.

      Delete
  8. Kami semua setuju jika rosmah mansur menjadi ketua pembangkang di DUN Selangor- sila laa mengundi Rosmah Mansur

    ReplyDelete
  9. bukan tak mahu..
    tapi penakut..tak ada telur..
    bukan senang nak bawa hujjah nak patahkan projek2 kerajaan negeri...
    kalau tak bangkang nanti geng sekapal kata tak buat kerja pula... memangidea dah kering kontang... idea yg ada hanya cara untuk sebat duit rakyat...

    ReplyDelete
  10. suruh ketua pembangkang parlimen jadi pengerusi PAC.... tengok siapa ada telor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib ler hilang telor...sampai kiamat pun umno/bn tak kasi punya

      Delete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...