KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Sunday, 7 December 2014

KETUA PEMBANGKANG DUN SELANGOR AKAN SERAHKAN BALIK KERETA RASMINYA ESOK ?????



Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Samsudin Lias akan memulangkan semula kereta rasmi yang diperuntukan kepada beliau oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) negeri Selangor esok.

Sumber Badan Perhubungan UMNO Selangor memaklumkan, kereta rasmi berkenaan akan diserahkan di hadapan bangunan DUN Selangor kira-kira jam 10 pagi esok.

Samsudin, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) kawasan Sungai Burong kemudiannya akan turut memberikan kenyataan kepada media berhubung rasional tindakan beliau itu.

Sebelum ini semua 11 ADUN UMNO/BN telah menolak pemberian peruntukan RM200,000 setahun untuk mereka kerana menyifatkan ia satu penghinaan memandangkan ADUN PR diberikan RM700,000 setahun sedangkan semua ADUN adalah wakil rakyat yang dipilih melalui proses demokrasi.

Pada 24 November lalu, Samsuddin menerima sebuah kereta jenis Toyota Camry untuk kegunaan rasmi daripada kerajaan PR negeri itu.

Pemberian itu adalah sebahagian daripada peruntukan dalam Bajet Selangor 2015 yang dibentangkan oleh Menteri Besar, Azmin Ali selain elaun RM100,000 setahun yang merangkumi elaun Shamsuddin (RM36,000), gaji pemandu (RM16,411), gaji setiausaha (RM24,013) serta peruntukan penyelenggaraan kereta rasmi itu (RM24,000), setiap tahun.

Shamsuddin ketika itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan PR Selangor di atas peruntukan itu dan menyifatkan langkah itu akan membantu beliau menjalankan tugasnya dengan lebih cekap.

14 comments:

  1. Teruskan Sudin Lias,jangan tangguh2,esok mesti kau serahkan semoga kereta tersebut digunakan olaih pegawai lain.Biar kawan2 kau senang hati.selama ni kawan2 kau jealous je kerana kau dapat kereta,Padan muka kau sudi,kah,kah,kah.

    ReplyDelete
  2. Sudin....ko tu pembangkang. Pulang balik kereta tu. Ko mana layak naik kereta tu.. Ko nak, ko mintak kat najib

    ReplyDelete
  3. Nak mintak 700 ribu jugak turrr.... 200 ribu tak cukup. Tak bagi merajuk pulak dah. Apalah mamat ni....

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....dia serah balik.
    Boleh bagi kat orang lain yang lebih memerlukan untuk melaksanakan tugas di selangor.

    ReplyDelete
  5. Bongkaknye, umno, umno ...kihkihkih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umno ale utooooh. Keh keh keh

      Delete
  6. puncanya peuntukn x samarata yg dperolehi olh adun pmbgkng. nk tya negri ln yg dperinth olh bn adun pmbgkng dpt kesamarataan ke. setip msa wat progm mega dkawsn dun bn dpt pruntkn tmbhn. tapi bgi pmbgkng dkwsn dun trsebut x dpt pn pruntkn. yb din pmbgkng x heboh cmni spi nk pulgkn kreta. eloklh jimt jga wng rkyt.

    ReplyDelete
  7. Bn taik hanjing!

    ReplyDelete
  8. Ko sendiri ada BM kan. Apalah ini toyata mana ada standard eloklah serah balik , Shamsidar boleh pakai hantar anak ke sekolah .

    ReplyDelete
  9. Tak yah bagi apa kat pembangkang Selangor ini. Perangai sombong ego dan riaq masih membara dalam jiwa orang UMNO. Dah bagi ambil je lah. Kalau tak bagi merungut kata PR tak adil. Tak habis hanis busuk hati nya. Ada negeei bawah UMNO/BN bagi peeuntukan kerata atau kewangan kepada ADUN pembangkang. Lansung tak mahu beterima kasih kepada Kerajaan.PR. Sebenarnya kesemua ADUN pembangkang Selangor mahukan duit RM200,000/- itu tapi kerana deaakan pucuk pimpinan.diatas kata jangan maka.semua ADUN.pembangkang Selangor tolak peruntukam. Cover malu lah itu. Selamat juga RM2.4 juta duit kerajaan PR Selangor dan boleh guna duit itu pi ikut lain

    ReplyDelete
  10. ini contoh terbaik bagi kalimat "KUFUR NIKMAT"

    inilah dia

    ReplyDelete
  11. Umno aleee uuutttoooohhhh.

    ReplyDelete
  12. Umno/bn BANGANG DULU KINI DAN SELAMANYA...UBAHLAH SELAMATKAN MALAYSIA..demi MASA DEPAN ANAK CUCU KITA..DAN NEGARA MALAYSIA YG LEBIH BAIK...JIKA DIBIARKAN ORG2 BODOH TERUS MEMERINTAH NEGARA YG TERCINTA INI NESCAYA HANCURLAH IA...

    ReplyDelete
  13. Kalau kat Johor pembangkang diberi Rm200,000 tanpa kerata rasmi tak salah ker, ada tempat langsung tak dapat apa2.. bersyukur lah dapat ini... tak cukup ker songlap duit rakyat, dan kami dah nampak sangat keupayaan korang mentadbir negara dgn hutang kerajaan ditanggung rakyat... sebelum nak attack, aku org Jb beb

    ReplyDelete