Wednesday 10 December 2014

MEMO KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF BERNAMA TV KEPADA SEMUA KAKITANGANNYA MEMBERITAHU HANYA MAMPU BAYAR WANG PENDAHULUAN RM500 SEORANG SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA PEMBAYARAN GAJI NOVEMBER 2014.




Pihak pengurusan Bernama TV (BTV) akhirnya mengakui bahawa mereka tidak lagi mampu untuk membayar gaji pekerjanya.

Sebaliknya, pekerja hanya menerima wang pendahuluan RM500 bagi gaji tertunggak masing-masing hari ini.

"Pembayaran ini merupakan sebahagian dari pembayaran gaji November 2014 yang tidak dapat dibayar sepenuhnya pada tarikh yang ditetapkan disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh pihak syarikat," menurut surat daripada ketua Pengarah Eksekutif (CEO) BTV Datuk Ibrahim Yahya (kiri), yang dilihat Malaysiakini.

Gaji terakhir dibayar oleh BTV adalah pada 20 Oktober lalu.

Ketika dihubungi, Ibrahim sendiri berkata pihaknya juga belum pasti bila gaji penuh boleh dibayar, kerana mereka tiada lagi wang untuk itu.

Katanya, BTV sebuah syarikat swasta yang agensi berita nasional Bernama hanya memiliki satu pertiga pegangannya.

“(Tetapi) apabila Bernama TV menghadapi masalah, Bernamalah yang membayar gaji-gaji ini dan juga segala keperluan," katanya.

"Lama-kelamaan, simpanan Bernama untuk bayar gaji Bernama TV itu habis, apabila tiada kemasukan baru."

Runding dengan kementerian

Sementara itu Ibrahim juga berkata, Pengurus Besar Datuk Zulkefli Salleh kini sedang berunding dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia untuk mendapatkan dana.

BTV juga, kata Ibrahim, sedang berusaha menjual slot iklan untuk membayar hutang syarikat itu.

Minggu lepas, hampir 20 pekerja BTV terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalah kewangan.

Kebanyakan mereka kini telah pulang ke pejabat, namun masa depan mereka tidak menentu.

"Memang tak cukup. (Wang RM500) ini untuk tebus balik (duit untuk bayar bil). Sekarang kerjalah, tetapi minggu depan tidak tahulah," kata seorang pekerja yang enggan dinamakan.

Seorang pekerja sambilan BTV pula mendakwa tidak menerima gaji selama empat bulan dan tidak lagi diberi arahan membuat liputan, kecuali melibatkan berita kemalangan atau bencana besar.

Ini bukan kali pertama BTV didakwa gagal mengaji pekerjanya tepat pada waktu.

Pekerja stesen itu mendakwa masalah sama turut berlaku tahun lalu serta Jun hingga September tahun ini.

Sementara itu, Ibrahim berpendapat, masalah yang membelenggu syarikat itu dapat diselesaikan jika pemegang saham melepaskan saham masing-masing.

"Masalahnya timbul di pihak pemegang saham itu sendiri. Kalau mereka menjual semua saham itu, Bernama boleh mengambil keputusan untuk jual saham kepada mereka yang berminat untuk melabur... (tetapi) mereka tidak buat keputusan," katanya.

"Saya bercakap dengan seorang pemegang saham, (tetapi) beliau berkata ia terpulang kepada kerajaan."

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek sebelum menjelaskan bahawa kerajaan ingin menyelamatkan stesen itu dengan menukarkan medium bahasanya kepada Bahasa Inggeris sepenuhnya pada tahun depan.

Pada masa kini, hanya 32 peratus kandungan BTV dalam Bahasa Inggeris, dan transformasi itu dijangka selesai pada pertengahan 2015.
 

14 comments:

  1. Ini semua salah anwar aljuburi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Helo kamu ni tak takut api neraka ka.. .kalau kamu org kafir tak apa semoga ALLAHtaala bg hidayah kat kamu... jgn ingat neraka mcm mainan mimpi... mungkin ini lah manusia yg diBanggakan oleh pemerintah... kalau kamu org kappiaq sekali pun.. apa salahnya jadi org kappiaq yg berakal utk komen... kasihanilah dkt emak dan bapak kamu dapat anak yg suka mencarut.. Semoga emak bapak kamu yg kappiaq juga di beri hidayah oleh ALLAHtaala

      Delete
    2. piirraaah, bila sebut pemimpin dia, dia kata mencarut; bila dia tuduh mak bapa kafir, takpe pulak; hipokrit...

      Delete
  2. Yg mencarut tu timbalan presiden pas mat sabu

    ReplyDelete
  3. Swasta pada istilah hakikatnya milik kerajaan umno, guna duit rakyat lagi apabila rugi....sampai bila?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebusuk2 bengkel moto bapak aku tu, tak pernah lewat bayar gaji lebih daripada 29 hb!

      Delete
    2. Wak dol jual goreng pisang pun bole bagi gaji hari.... ni sebulan sekali pun tak mampu.

      Delete
  4. Menteri punya statement dah jelas yang Bahasa Melayu takde nilai, tak standard dan untuk kegunaan dirumah atau dikalangan orang yang tak gheti Bahasa Inggeris!! Buat tv dalam Bahasa Melayu pun tak laku!! Siapa yang sia-siakan Bahasa Inggeris ada susahlah. Kesian anak-anak Melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. TAK PAYAH TUKAR BI LA...
      NAK SELAMATKAN SYARIKAT NI SENANG AJE..
      AMBIK MAT SALEH JADI CEO MACAM MAS TU.
      KALAU BOLEH AMBIK MAT SALEH DARI AGENSI BERITA BBC......
      MAT SALEH KAN PANDAI.....

      Delete
  5. DAH RUGI, TUTUP AJE LA.....
    TAK SAPA PUN NAK TENGOK TV SEKANG NIH....KECUALI BUDAK2 KECIK..
    ITUPUN SBB NAK TENGOK UPIN IPIN DAN DOREMON!!

    INGAT BUAT DALAM BI, CINA NAK TENGOK KER??
    LAGI CEPAT BANKRUP ADA LER.......

    ReplyDelete
  6. Org tak baca dah berita2 menipu nih.....
    Org dah tukar tengok internet....

    ReplyDelete
  7. Sikit hari lagi ada la syarikat tv lain yang ikut bungkus sbb cuma beberapa kerat umnos saja yg nak jenguk.

    Aku sokong aje.....

    ReplyDelete
  8. Sampai mintak pemegang saham jual saham masing2....
    Apa maknanya turrr........

    ReplyDelete
  9. Suruh je Bernama TV ni buat rancangan hiburan dan drama 24jam-Kaum Melayu mmg amat suka hiburan-siaran berita dah takde musim skrgni utk Bernama cri makan-elaun dan gaji2 bos tu potonglaa utk byr gaji staff bawahan tu

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...