Friday 12 December 2014

PENYOKONG VIETNAM SAMBUT KEDATANGAN PARA PENYOKONG HARIMAU MALAYA DENGAN KAIN RENTANG AYAT-AYAT MENIKAM KALBU.



Kain rentang yang terdapat di dalam Stadium My Dinh, di Hanoi, Vietnam bermaksud, 'bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan'.

Piala Suzuki AFF Separuh Akhir Kedua antara Vietnam menentang Malaysia jam 8.00 malam malam tadi, di Stadium My Dinh, Hanoi dihiasi kain rentang gergasi dalam bahasa Inggeris “Football help us becomes friends, do not do the opposite” yang bermaksud, “bola sepak membantu kita menjadi kawan, jangan melakukan perkara yang bertentangan”.

Ternyata kain rentang berkenaan bukan sekadar hiasan semata, sebaliknya boleh dianggap satu sindiran pedas lagi tajam terhadap sekumpulan samseng bolasepak yang mencetuskan kekacauan dan pergaduhan pada perlawanan separuh akhir pertama antara kedua-dua pasukan di Stadium Shah Alam 8 Disember lalu.

Insiden berkenaan mendatangkan malu berganda kepada negara kerana sudahlah anak buah Dollah Salleh tersungkur 1-2 kepada pasukan lawan di gelanggang sendiri, enam penyokong Harimau Malaya pula ditahan polis.

Lima penyokong lelaki diberkas kerana mengingkari arahan polis dengan membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.

Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam pada minit akhir perlawanan dan yang lebih memalukan pergaduhan itu dicetuskan oleh provokasi yang dimulakan penyokong Malaysia.

Mujur pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokong Vietnam terbabit yang cedera di kepala enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian.

Sehari kemudian pihak polis mengeluarkan kenyataan sedang menjejaki 15 orang suspek bagi membantu siasatan kes kekecohan samseng bolasepak di Stadium Shah Alam itu.

Walaupun sedih dan kesal menyaksikan rakyatnya diserang di stadium Shah Alam, kerajaan Vietnam melalui Duta Besarnya ke Malaysia Pham Cao Phong kelmarin memberi jaminan keselamatan terhadap penyokong Malaysia yang berkunjung ke Vietnam.

Kata Pham, penyokong Malaysia tidak harus bimbang hadir menyaksikan pertandingan separuh akhir kedua di Hanoi dan kehaditan mereka akan dialu-alukan.

Atas semangat sukan dan kawan tiada pun berlaku apa kejadian yang tidak bertamadun zaman babarian yang dilakukan oleh para penyokong Vietnam terhadap penyokong Harimau Malaya di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi dengan keputusan Harimau Malaya layak kepusingan akhir bertemu Thailand setelah menumpaskan Vietnam 4-2 dengan agregat 5-4.

16 comments:

  1. Mentaliti rakyat negara yang pernah menghalau Amerika dari tanahair mereka tidak sama dengan mentaliti rakyat negara ini.

    ReplyDelete
  2. Walaupun bangun daripada kemusnahan perang, Vietnam adalah bangsa yang bergerak maju manakala bangsa Melayu bangsa yang undur ke belakang dek kerana punya pemimpin hampeh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. inila yg sgt memalukan aku sbgi warga malaysia krna mempunyai pemimpin yg amat2 lemah antara pemimpin di dunia maupun seluruh alam planet ini...sedarla kwn2 bahwa melayu la bangsa yg amat berlagak dan besa kepala...riak...hidung tinggi.......aku sbgai org melayu pon malu terhadap bangsaku yg bersikap seperti ini.......

      Delete
    2. Bukan hnya pemimpin2 je hampeh malah macai2 x kira umno ke pkr ke 2x hampeh....mane msia nk maju sbb penuh dgn hampeh2 je...kahkahkah

      Delete
  3. Bila minda sudah korup ... akhlak pun hampeh
    Bila minda sudah korup ... perangai pun mcm setan
    Bila minda sudah korup ... maruah pun tergadai
    Bila minda sudah korup ... berfikir menggunakan kepala lutut
    Bila minda sudah korup ... pemimpin buruk nampak baik
    Bila minda sudah korup ... percakapan pun celaru
    Bila minda sudah korup ... tuduh ikut dan aja
    Bila minda sudah korup ... jadi HARAMJADAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abih canno. Dah lama diajar dek kerajaan macam tu. Tak heranlah asil nyo. Rakyat yang bengong takkan nak dapek pemerintah yang bijak. Bengong sama bengong lah. Heehehe!

      Delete
  4. ini sume angkara pencacai al juburi samseng kt stadium. dh kalah dhla. nk mngamuk mngamuk pehal

    ReplyDelete
  5. Penyokong vietnam tak sangka diorang akan kalah. Itu yg positif.

    ReplyDelete
  6. Bila budaya samseng politik dibawa masuk ke dlm bidang sukan...inilah jadinya...

    ReplyDelete
  7. ORANG JOHOR MANA NAK FAHAM

    ORG JOHOR TAU NAK TUNJUK SAMSENG JE

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org melayu johor ke, lain2 negeri ke x kira umno ke , pkr ke, pas ke semuanye melayu x sedar diri, berprasangka buruk, bergaduh antara satu sama lain ...melayu semestinye bersatu bukan bercerai roboh mcm sekarang....politik lh yg menjadi dalang dlm keruntuhan bangsa melayu ....

      Delete
  8. Apabila raja nya berperangai macam samseng rakyat pun ikutlah.

    ReplyDelete
  9. Hahaha.. melayu umno johor n ijf x kesah umah tanah semua da gadai.. janji jdt menang bola.. meluat tgk perangai hamjadah budak2 johor yg baru nak up.. langsung x baca sejarah negeri.. idop melayu umno.. kah kah kah..

    ReplyDelete
  10. Ambil bodo jadi cikgu macam mana mau rakyat beradab?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...