Monday 15 December 2014

SENIMAN VETERAN DATUK MUSTAPHA MAAROF MENINGGAL DUNIA.



Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, Isnin.

Berita kematian itu di sahkan oleh Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) Datuk Freddie Fernandez.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Keadaan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital berkenaan adalah kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

3 comments:

  1. Al Fatihah. Inna wa innahilirojiuun - dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

    Untuk renungan :- Apa yang di megah dan sombongkan, menepuk dada mengingkari suruhan ? Kenapa menjadi Tuan kepada Tuhan yang Satu ? Kenapa bersyirik dengan sekularisma, liberalisma dan menyokong kristianisasi, komunisma, sokong jaguh cauvinis lantas menjadi munafik ?

    Bersatu lah.

    ReplyDelete
  2. Game over. Semua akan merasakannya. Harta dunia dah banyak, bini, anak, banglo, limo, saham dan bond, akaun di Singapore, London, Zurich dan Cayman Islands berjuta-juta, tanah berekar-ekar, kolam renang, rolex, bugatti dan pelbagai kpala bana ditinggalkan. Yang dibawa kain putih itu pun kalau tak kena bom atau hilang dilaut. Yang orang tak nampak ialah amal yang kita buat (yang orang nampak tu dah kira menunjuk-nunjuk!!) Takde amal ertinya tak de bekal. Namun apa pun bagi yang hidup belum terlambat untuk buat U turn. Ingatlah tengah nyawa-nyawa ikan dikatil hospital ada orang dah berkira-kira nak kawin lain, nak dapat kereta mahal, nak dapat grant tanah dan dah tentu juga nak duit akaun awak!! Sedang insan itu berdentam dentum kena ligan di alam barzakh ada orang terbahak-bahak dengan kekayaan yang baru diperolehi dengan percuma!! Kah kah kah!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...