Thursday 11 December 2014

SULTAN SELANGOR PENAT DENGAN PERMAINAN POLITIK DAN TIDAK PERNAH HALANG WANITA JADI DATO' MENTERI BESAR SELANGOR.



Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dan pasukannya perlu bekerja lebih keras untuk memberikan khidmat kepada rakyat dan mengekalkan kedudukan negeri ini, titah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Sultan bertitah, baginda sudah 'penat' dengan permainan politik dan mahu melihat hasilnya mulai sekarang.

"Beta mahu Azmin memberikan khidmat kepada rakyat," titah Sultan Sharafuddin dalam satu temu bual dengan The Star sempena ulang tahun baginda ke-69, Khamis.

"Rancang dengan baik untuk jangka masa panjang, dapatkan orang yang tepat untuk melaksanakan pelan dan tinggalkan warisan pembangunan yang memberi manfaat kepada rakyat dan generasi akan datang," titah Sultan Sharafuddin, yang tidak menyembunyikan kekecewaannya terhadap krisis menteri besar di Selangor.

Sultan telah mengingatkan pemimpin negeri supaya mengelakkan keputusan atau kenyataan populis: ".  Jangan cuba untuk menjadi seorang wira dengan mengorbankan rakyat"

Menyentuh mengenai suasana politik kucar-kacir yang membawa kepada pelantikan Azmin sebagai menteri besar, Sultan Sharafuddin bertitah proses demokrasi tidak boleh disalahgunakan.

Kebimbangan utama baginda ialah pada bulan-bulan tertentu di mana berlaku masalah peralihan jawatan menteri besar dan telah menjejaskan fungsi kerajaan negeri.

Sultan Sharafuddin bertitah gangguan terhadap pentadbiran negeri itu 'sangat, sangat mementingkan diri sendiri'.

Baginda bertitah bahawa baginda terkejut apabila pertama kali mendengar tentang Langkah Kajang, cara PKR untuk memaksa pilihan raya kecil (PRK) diadakan  dan kemudian menjatuhkan menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kekecewaan terhadap pihak yang menyebarkan fitnah bahawa istana Selangor menentang wanita memegang jawatan menteri besar.

"Ada orang yang terlalu cepat mahu mengutuk istana. Mereka menjadikan isu menyatakan beta tidak mahukan seorang menteri besar wanita.

"Laporan-laporan portal berita tertentu membuat dakwaan itu tanpa mengaitkan mereka dengan mana-mana nama," katanya.

"Beta bukan menentang mana-mana wanita untuk menjadi menteri besar tetapi penanda arasnya beliau mesti menjadi seperti Gabenor Bank Negara (Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz)."

Sultan menambah bahawa baginda sangat menghormati personaliti wanita seperti Zeti, Pro Canselor Universiti Malaya, Toh Puan Dr Aishah Ong dan lain-lain pemimpin wanita yang baik.

17 comments:

  1. petanda aras utk jijah melawat kenduri kawin..hahaha.

    patut lah sultan rejek..haha

    ReplyDelete
  2. Penanda aras itu juga menetapkan seseorang itu mestilah yg mesra dgn hard rock cafe, yg ni jijah gagal.

    ReplyDelete
  3. Agak2 petanda aras seseorang raja2 yg dipanggil "payung agama" macamana pulak ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raja2 tu pun manusia biasa gak x lepas dr buat kesilapan ... kalu semua nk jd raja yg tu baru lintang pukang petanda arasnye ...biar je raja2 melaksanakn tugas payung agama dgn nasihat mufti2 yg ade ...jgn semua pulak nk jd mufti x bertauliah sudah lh ...kahkahkah

      Delete
    2. Anon 11.39. Jgn jadikan alasan manusia biasa x lepas dr buat kesilapan. Betul tu tapi, klau kesilapan yg terus diulang dan disengajakan bukan alasan lagi. Fitrah manusia kadang2 x lepas buat kesilapan tapi kita berakal dan harus membuat pembetulan dan tidak dijadikan kesalahan adalah amalan. Habis camna klau mufti bertauliah dan menteri2 agama jadi pak turut parti pemerintah demi kepentingan fulus dan besarkan tembolok sendiri. Semua yg dilakukan oleh parti pemerintah wlaupun salah disisi agama betul dan halal, apa yg dilakukan oleh golongan yg x memihak parti pemerintah wlau benar ikut hukum Islam disalahkan malah difatwakan haram. Mufti2 dan menteri2 agama sendiri pun tak ada kuderat nak menasihati pemerintah bab perkara haram yg mereka lakukan camna nak jadi penasihat kpd payung2 agama.

      Delete
    3. Kita jangan terbawa bawa dengan sentimen prasangka yg burok lg2 kepada mufti2 ke menteri agama ke hanya sbb kita berlainan fahaman politik ...biar dia melaksanakn tugas dn amanah dia org dn jgn pulak kita jd penjatuh hukum ....dia org bertanggungjawab kpd Allah ...bukan kecik2 anak tu ...tiada siapa yg nk buat silap lg2 nk ulang2 kesilapan yg sama, kalu ade jugak org tu x berakal lh termasuk lh bg yg menyangka dia je yg betul...kahkahkah

      Delete
    4. Aku respek kat menteri agama dan mufti tu orang melayu..tapi terus hilang respek jika mereka tu meletakan ketuanan melayu melebihi ketuanan Islam atau bughah kepada kepada melayu mengatasi bughah kepada Rasul serta Allah hehehe

      Delete
    5. Woiii Mr kahkahkah, bukan sentimen prasangka buruk tapi kenyataan lah. Contoh sikit aja, apa yg mufti2 bertauliah telah lakukan dgn kilang2 arak yg dipunyai oleh anak kerabat pemerintah dan ada lesen2 judi halal dan haram. Ini fatwa musti ke jusi halal sbab cukai dipungut, haram sbab lari dari cukai.

      Delete
  4. Setuju dgn tuanku, akibat langkah kajang, presiden Pas di fitnah., TSKI di jatuh kan,.. PaSma, pun jadi mata mamar.. Yang jadi mangsa istana, pas, akibat tindakan bodo..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasma tu batu loncatan pkr dn dap je ...dh lh bodoh senang lak diperbodohkn...kalu betul pandai dh berduyun duyun ahli pas masuk pasma ...namun gitu sekurang kurangnye pas dh tau lh siapa musuh dlm selimut dn mcm mne kwn2 dlm pr ...

      Delete
  5. AGAKNYA PENANDA ARASnya wanita itu mestilah tidak pakai tudung macam Jetti...Jijah tu pakai tudung tu yang tak layak tu...yang aku nampak la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai tudung pun tak guna jugak klau bersekongkol ngan penjubo...kihkihkih

      Delete
  6. 1. Xnk hudud slh pas
    2. Xnk sentuh anjing slh pas
    3. Xnk pondan slh pas
    4. Xnk pesta arak slh pas
    5. Xnk nama allah slh pas
    6. Xnk islam liberal slh pas
    7. Xnk langkah kejang slh pas
    8. Xnk pasma slh pas
    9. Xnk sain sd slh pas

    Byk slh pas ni...tp depa kata ulamak maksum...so sape yg maksum (xdk slh) sbnrnya?

    ReplyDelete
  7. Dah terang2an nk ikut kamal attartuk...dah terang2 nk liberal islam...dah terang2 nk bible melayu...dh terang2 xnk halang murtad...dh terang2 menipu utk menang parlimen lmbh pntai....nak terang mcmana lagi?

    ReplyDelete
  8. Jangan dilayan blogger umno yg banggang.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau tu yg banggang.geng ketum

      Delete
  9. Masih ramai lagi yang bangang dan dibayar elaun. Kesian. Maulayu ooi lu bawak teksi ke atau jadi dreba bas ka atau jadi despatch kedai spare part Cinake kan baguih. Dari buek kojo bangang dan dipanggil bangang!!. Kesian, sekolah tak menjadi. Ado digri pun tak laku. Cakap oghang putih macam anjing tercekik tulang. Kesian Maulayu. Layu selayu-layu nye!!

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...