KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Saturday, 13 December 2014

WALAUPUN RASA KEMBANG TEKAK DAN MELOYAKAN NAMUN KLINIK GIGI KAKI LIMA MASIH DAPAT SAMBUTAN



Murah dan cepat! Itu komen pelanggan ‘klinik gigi kaki lima’ yang rata-ratanya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah.

Tinjauan mendapati, khidmat mencabut, mencuci dan menanam gigi palsu yang ditawarkan warga China di kaki lima Jalan Pasar, berhampiran Pasar Pudu itu mendapat sambutan, ekoran harganya yang jauh lebih murah berbanding bayaran yang dikenakan klinik pergigian swasta.

‘Klinik gigi kaki lima’ itu bukan sahaja beroperasi secara terbuka, malah terdapat beberapa cawangan mini yang dibuka berhampiran satu sama lain.

Dengan lagak bagaikan doktor gigi profesional dan bermodalkan sebuah meja serta kerusi, doktor gigi tidak bertauliah itu menjalankan operasi di kaki lima tanpa mengutamakan faktor kebersihan.

Semua perkakasan yang digunakan ‘doktor gigi kaki lima’ itu disusun rapi atas meja, selain ada yang disimpan dalam beg dan kotak pensil, untuk memudahkannya dibawa lari, jika diserbu pihak berkuasa.

‘Doktor’ berkenaan turut menyediakan penggerudi gigi elektrik untuk menebuk gigi pelanggan yang berlubang, sebelum menampal dengan sejenis serbuk yang dicampur bahan kimia.

Lebih meloyakan, ‘doktor gigi’ itu juga didapati tidak memakai sarung tangan ketika merawat pesakitnya, selain hanya menggunakan air paip untuk membasuh peralatan yang telah digunakan.

Alat sama itu digunakan daripada mulut ke mulut pelanggan berlainan tanpa dinyahkuman, malah terdedah pula kepada asap kenderaan yang lalu-lalang.

Selain peralatan khas pergigian, playar dan dawai turut digunakan untuk mengikat gigi pelanggan.

Selesai menjalani rawatan gigi, pelanggan diberi segelas air untuk berkumur.

Air kumuran yang juga mengandungi sisa darah pula, hanya diludah ke longkang sebelah lantai kaki lima yang baunya agak kurang menyenangkan.

Bagaimanapun, usaha untuk menemu bual salah seorang ‘doktor gigi’ yang berusia dalam lingkungan awal 40-an itu tidak berhasil.

Ini kerana, mereka tidak boleh berbahasa Inggeris, dan semua soalan dijawab dalam bahasa Mandarin.

Namun, berdasarkan harga tertera, khidmat mencabut dan menampal sebatang gigi hanya dikenakan caj RM5, manakala memasang gigi palsu pula hanya RM20 sebatang.

Salah seorang pelanggan warga Vietnam, Nguyen Minh Chau, 35, berkata walaupun khidmat yang ditawarkan ‘doktor gigi kaki lima’ itu serba kekurangan berbanding di klinik gigi sebenar, namun beliau memuji hasil kerja mereka yang dikatakan memenuhi kemahuannya.

“Kerja mereka bagus, cepat dan kos rawatan pula murah. Sebab itu, saya tidak kisah mendapatkan rawatan di sini,” katanya.

Pemberi maklumat akan cuba mendapatkan pandangan pakar perubatan berhubung kewujudan ‘klinik gigi kaki lima’ ini, serta risiko yang dihadapi pelanggannya.

6 comments:

  1. Nasihat kepada TuLang brdi. Sila buka gerai Gigi macam artikel omak kau. PASMA mana boleh pi. Penyokong yilek.

    ReplyDelete
  2. Najib Al-jubo tuya lebih meloyakan dari ubat tepi jalan sebab tu mereka x kisah pun.hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib al-jubo tuya anwar aljuburi sepol, ape le ko org ni respect lh skit kt pemimpin2 yg bermasalah ni ...kahkahkah

      Delete
    2. kalau lawan jubo menjubo antara najib dan nuar tentu nuar aljubo yg menang sebab peliwat tua tu memang pakar dlm hal jubo menjubo.hee

      Delete
  3. Ape le omak kau bwa cite cabut gigi lak, mcm mane macai2 nk berperang mcm ni ...kahkahkah

    ReplyDelete