Tuesday 9 December 2014

7 FOTO ... TIGA MAUT, SEPULUH CEDERA TERMASUK DUA PARAH DALAM KEMALANGAN NGERI MEMBABITKAN BAS EKSPRES, TRELER DAN LORI.



Tiga maut, 10 cedera termasuk dua parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu bas ekspres, treler dan lori di Kilometer 264 Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah utara, berhampiran Plaza Tol Seremban, petang semalam.

Mangsa yang maut dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, pemandu treler, S.Surej 28; pemandu bas, Nor Zaili Nordin 55 dan penumpang bas wanita yang masih tidak diketahui identiti.

Dalam kejadian berkenaan, treler yang membawa muatan kayu dari arah utara ke selatan dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan sebuah bas ekspres.

Akibat rempuhan itu, kedua-dua kendeaan berkenaan turut melanggar sebuah lori membawa muatan tanah yang diletakkan ditepi jalan yang sedang dalam urusan membuat kerja-kerja pembinaan jalan.

Sinar Harian difahamkan, bas itu dalam perjalanan dari Melaka ke Kuala Lumpur manakala pemandu treler dalam perjalanan pulang ke rumahnya dari Kuala Lumpur ke Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Md Munawir Md Yusoff berkata, sejurus menerima panggilan pada 3.04 petang, tiga jentera dari Balai Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 serta Nilai segera ke lokasi.

Menurutnya, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut.

14 comments:

  1. MP Seremban tak pi melawat pun. Adakah ini YB yang cekap dan simpati kepada rakyat marhaen.

    Orang politik yang tak peduli rakyat marhaen TB Malaysiawaves sukalah

    ReplyDelete
  2. Brader Non Matang Puah pun teruk. Takda la twitte takziah. Hari2 sibuk kata gelaran diberi dan diminta. Satu lagi benda dia sebut gelaran bukan bolei masuk suraga.

    Woiiiii Kartun, sudahla semua pasal kaoooooooo jer. Hang kena charge masuk court hingaq kat rakyat, title kena tarik pun hingaq. Kesedihan rakyat tak ambil pot. Anak kao pun sama adaka pergi session touch d hanjing hari tu walaupun ramai lagi orang susah di Pantai Dalam yang perlu disantuni

    Cakap Pong Pang hanya untuk kebajikan kamu dan keluarga kamu saja. Jadi apa beza kamu dengan BN.

    Balikla Nuar oiiii, kamu zalimi TSKI, Che Gu Bard, TGHA dll untuk cita2 yg sudah suram. Hanya PASMA (Persatuan Suka Maki Anda) saja percaya kamu boleii jadi PM

    ReplyDelete
  3. Thumbs Down tu Anuar Clan and Gang Kajang Move.

    ReplyDelete
  4. knapalh bodohnya9.16 ni. tajuk cerita ni psl kemalngn bukan politk. kau ni bsekolh ke tidak. komen x rujk pd tajuk hntam kromo je.. sibuk psl poltk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka ni termasuk dlm kategori bangang yg Najib katakan itu.

      Delete
    2. Yg komen kat atas keturunan babi..makan taik punya org..sbb tu bngng.. Org mcm ni sesuai masuk umno..

      Delete
  5. Tayar treler tu meletup n terbabas di laluan bertentangan...pemandu bas tu rekod bersih...bas KKKL ada gps..laju lbh office tel pemandu ..adik sya kerja HR kt compny bas tu...tp yg pasti Sebab NO PLAT YG BERSILAU N LICIN PUNCA KEMALANGAN..
    HARAP LPAS NI SEMUA KENDERAAN DI MALAYSIA TUKAR NO PLAT SAIZ BAGAK...JARAK 3 INCI SETIAP NO..SAIZ NO 20Mm..ini penting bg mengelakan kemalangan...NO PLAT PENYELAMAT NYAWA...SEKIAN...BERKHIDMAT UNTOK KUTIP SAMAN...KERAJAAN X DE DUIT...RAKYAT DIDAHULUKN...SAMAN DIUTAMAKAN...1 MALAYSIA DI BANGANGKAN...
    UTC...UNTUNG TANPA CAKAP...

    ReplyDelete
  6. BAS KKKL pernah langgar kereta aku sampai total lost...3 bulan lepas....kalaw bas bawak perlahan....xkan eksiden terok camtu..renung renungkanlah......

    ReplyDelete
  7. Bila nak siap hiway ni?? Dah bertahun kot....kiri kanan construction merbahaya kerap eksiden dan jem terutama hujung minggu.....teringat minah yang maki hamun plus pasal ni dah naik loya dia hadap hari2

    ReplyDelete
  8. Biasalaa. Kalau tak berlanggar bukan Malaysia. Kalau berlanggar pulak mesti ada yang mati. Biasala. Dibuat macam-macam. Dibaiki kurikulum latihan memandu, dibaiki taraf latihan dan ujian, ada SPad, SPUD and SPEED, ada Puspakom dan juga Puspakin, tapi sikap pemandu macam tu juga. Tapi takpelah yang mati orang bawah, dreba, penumpang, bukan tokey, bukan bini muda tokey, bukan CEO, bukan ketua Pengarah. Ape ade hal. Biasalaa!!

    ReplyDelete
  9. Siapa yang punya syarikat bas dan lori di Malaysia..kalau tak ada bau2 tahi kucing dengan orang UMNO dan MCA....jangan harap nak dapat lesen buka company bas atau lori...pasal tu polis tak berani nak tegur atau saman?
    Bas dan lori menyetan di jalan2 dan highway..sebab ada setan besar yang back-up dia orang

    ReplyDelete
  10. Norzali nordin nama dia. Harap maklum. And bukan salah bas tuh. Bukan bawak laju. Lori tuh yg terbabas masuk jalan dia. Kalau tak tahu jgn ckp apa apaa. Datang kan dosa je. Saya anak drive bas tuh. Jangan cakap ikot sedap mulut je

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...