KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 4 December 2014

ADAKAH KESETIAAN AZMIN SEMENJAK MENJADI MB SELANGOR KEPADA DSAI SUDAH MULAI LUNTUR APABILA ENGGAN KOMEN PELUCUTAN GELARAN "DATO' SERI" OLEH PIHAK ISTANA?????



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali dilihat mengambil jalan selamat apabila enggan mengulas tindakan istana Selangor hari ini menarik balik gelaran "Datuk Seri" yang dikurniakan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Azmin ketika ditemui pemberita selepas berucap dalam majlis penyerahan surat tawaran Skim Pembiayaan Perumahan SelangorKu (Dana-Sel) di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), di Shah Alam hari ini hanya berkata, "No comment", ketika diajukan soalan berhubung perkara itu.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menarik balik darjah kebesaran ketua pembangkang yang membawa gelaran “Datuk Seri” daripada Anwar kerana sering mempersoalkan kewibawaan istana sejak penghujung 2013.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Istana Selangor hari ini, penarikan Darjah Kebesaran Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang dikurniakan kepada ketua umum PKR sejak 1992 itu berkuatkuasa pada 3 November.

Menurut kenyataan itu, keputusan untuk membatalkan gelaran Anwar itu berikutan beliau "berulang kali mempersoalkan integriti Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi Raja dalam krisis menteri besar baru-baru ini".

Kenyataan itu berkata, Sultan Selangor membuat keputusan itu selepas berunding dengan Majlis Diraja Selangor, selaras dengan kuasa sultan untuk memberikan gelaran itu seperti yang termaktub dalam perlembagaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataannya berkata tindakan dan tingkah laku penasihat PKR itu menunjukkan Anwar tidak layak lagi memegang apa-apa anugerah.

Walaupun ditarik oleh Selangor, Anwar mempunyai sekurang-kurangnya 3 lagi anugerah yang membawa gelaran “Datuk Seri” yang diterimanya pada 1999.

Antaranya Darjah Seri Utama Negri Sembilan (S.P.N.S.) dari Negri Sembilan, Darjah Utama Pangkuan Negeri (D.U.P.N.) dari Pulau Pinang (membawa gelaran Datuk Seri Utama ) dan Sabah – Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K.) (membawa gelaran Datuk Seri Panglima).


ULASAN OMAK KAU:-

Mengapa perlu ambil jalan selamat dalam memberikan raksi dan respon yang amat mudah ini???

Bukankah dalam memberi anugerah kebesaran serta menarik balik adalah budi bicara Sultan???

Susah sangat ke nak cakap sebegitu???? ... Mengapa perlu main politik lagi .. Perlu ada keberanian dan ketegasan dalam berkata dan berpendirian dipihak yang benar.

DSAI tidak mungkin akan terguris hati jika berkata-kata sedemikian ... sebagai pemimpin lama pasti dia tahu akan kuasa dan budibicara mana-mana ketua negeri dalam memebri dan menarik balik darjah kebesaran.

Tidak memberikan sebarang komen akan mengundang rasa terbina dalam minda para anggota KeADILan khasnya dan Pakatan Rakyat amnya, betapa kini sifat kesetiaan kepada DSAI yang sering digembar gemburkan oleh para penyokong dan pendokong tegar ketat Azmin sudah mulai pudar dan luntur apabila sudah menjawat sebagai Dato' Menteri Besar Selangor.

HIDUP AZMIN ALI!!!!! ..... WE LOVE AZMIN ALI!!!!!

KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

27 comments:

  1. Xde maknanye MB azmin nk komen apa2 sbb dia tau gelaran tu ditarik balik hnya dari sultan slgor. Beliau xde masa nk explain pnjng2 sbb sibuk nk prgi terjah pulak slps ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelaran tu cuma pakai masa hidup.
      Malaikat tak panggil datuk seri lagi dah

      Delete
    2. Ooorah!!porrrah!!!pangkat dan darjad apa2 darjad menyamai/menyerupai selongok kastatatatata Hindu...oporaah!!

      Delete
  2. Dia dah buang 'kesetiaan keadilan dalam tong sampah' Bukan Azmin saja yang nampak tak setia dengan DSAI...sorang dua MP yang begitu.peliknya orang orang yang tak setia dgn DSAI ni bertanding ketua cabang pun tak menang menang.bertanding parlimen pun tak menang...dia orang ni dah lupa kot yg jawatan MP tu pun Anwar yg bagi....binawe betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa baca talkin, imam kat atas kubur tu sebut, "wahai sipolan binti sipolan........". Gelaran cik, encik, tuan, puan, boss, semua dia tak sebut.

      Delete
  3. Jawapan 'no comment' itu lebih sesuai supaya Sultan dan DSAI sama2 tidak terguris.
    Jika jawapan condong ke satu2 pihak, maka pihak yg satu lagi terasa. Begitulah sebaliknya. Itulah situasi menang menang namanya. Azmin tau itu adalah kuasa Sultan, apa perlunya dia menjadi sudu dlm mangkok tak berkuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Aprika sana, kalu ko pakai gelaran apa2 pun, dia org gelak aje.....
      Ada yang gelak sampai meleleh2......

      Delete
  4. Alaa....tak komen salah...kalau komen lagi salah...entah2 kalau komen pun dapat bala lagi besar..sebab omak kau ni dok nanti bola tanggung saja tunggu nak libas....omak kau apa pekdahnya ko seram azmin...bukankah azmin tu naib presiden parti ko....ko pun lebih kurang ja dgn parti sebelah sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Seri Azmin bin Ali.. Sesuai gelaran tu!
      Bila agaknya nak dapat yer!
      Tapi kalau buat kerja elok2, insyaallah sikit hari lagi bolehlah merasa.
      Kita orang bawah ni mendoakan aje.

      Delete
    2. Oii Dol!
      Ko faham tak maksud check balance?
      Azmin tak marah, yg ko marah pulak ni kenapa dol?

      Delete
  5. No comment. Bererti azmin bersetuju sangat dengan tindakan sultan selangor.
    Kalau azmin masih setia kepada anwar tentu komennya" itu hak mutlak sultan' tapi napa senyap?
    Dalam benak azmin, kata hati kecil nya.' Padan muka ,terlalu nak kan bini jadi MB, aku ni tak nampal langsgsong"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian mak kau mengandungkan kau.
      Tak habis2 lagi buat fitnah.
      Mak kau ajar mcm tu ker?

      Delete
    2. 15:58...komen ko ni menunjukkan ko ni bangang politik!

      Delete
    3. ni tok nujum umnu... tau semua isi hati azmin.

      lebih baik kau cek isi hati tokjib dgn skandal 1MDB tu.

      entah2 dia tgh ketawa terbahak2 sebb dpt tipu melayu umnu.

      Delete
  6. Keadilan raya untuk srmua sekiranya istsna segambut jadi penghalang maka segala isi dan manusia dalam istsna tsb juga akan hancur binasa....azmin untuk keadilan raya

    ReplyDelete
  7. silap haribulan ko dan keturunan ko yang binasa. jangan perasan sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. marah nampak?
      relek la. Bukan bole bawak mati pom...

      Delete
  8. TSKI ketawa dari pagi semalam sampai petang tadi.....
    Hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. napa? dia dh mula hilang pertimbangan/tekanan perasaan sebb nk settle hutang dan projek umnu langkah selangor gagal ke?

      Delete
  9. Saya baru sebulan lepas dapat gelaran datuk. Isteri saya dapat gelaran nenek. Seronok betul dapat gelaran ni....balik kerja singgah rumah anak, hilang rasa penat...

    ReplyDelete
  10. Byk mana pun gelaran seri..tapi muka langsung tak berserk dah nuar nih. Gelaran tertinggi Dari mat sabu bila nak ditarik balik wahai mat sabun? Anwar aljuburi.kahkahkah

    ReplyDelete
  11. Selepas ini jika nama naik untuk terima pingat dari mangkuk, tolak je, lagi senang....

    ReplyDelete
  12. Apa yang ko membebel ni Omak Kau....

    ReplyDelete

  13. KALAU TAK SANGGUP HILANG NIKMAT KEDUNIAAN INI, JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN.




    ReplyDelete
  14. biar hilang sebutir bintang, jgn hilang selangor kpd umnu

    ReplyDelete
  15. ada anugerah gelaran yg kita semua akan dapat tkde sapa boleh tarik balik :

    ALLAHYARHAM dan ALLAHYARHAMAH

    ReplyDelete

  16. "WALAUPUN DOA DAN PERMINTAAN DARI SEGELINTIR MACAI UMNO MAU AGAR OMAK KAU MATI NAMUN DOA RAKYAT DAN PARA PENYOKONG PAKATAN RAKYAT DI MAKBULKAN OLEH ALLAH SWT."

    "Mohon bacakan yasin untuk blogger pakatan yang sedang bertarung nyawa di hospital kerajaan Barisan Nasional... Maafkanlah segala fitnah beliau terhadap kerajaan Barisan Nasional selama ini... Semoga pemergiannya dipermudahkan... Al-Fatehah... Amin... Begitulah buyi ayat dari salah seorang penyokong UMNO yang begitu bersungguh-sungguh maukan diri Omak Kau lesap dari muka bumi ini".

    http://pingbusuk.org/v/462449/panas-blogger-omakkau-kembali-berblogging.html

    ReplyDelete