KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Monday, 1 December 2014

SAMAN RM100 JUTA ... AKHIRNYA BEKAS KETUA POLIS NEGARA TAN SRI MUSA HASSAN MOHON MAAF KEPADA TAN SRI ROBERT PHANG TUDUH ARAHKAN SEORANG PEGAWAI KANAN POLIS PERCEPATKAN PROJEK YANG DIKATAKAN MEMPUNYAI KEPENTINGAN DENGANNYA.




SHAH ALAM - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan hari ini membuat permohonan maaf berhubung saman fitnah RM100 juta yang difailkan oleh Tan Sri Robert Phang, dua tahun lalu.

Dalam permohonan maaf di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rozana Ali Yusoff, Musa mengakui kenyataan yang dibuatnya pada sidang media 10 Disember 2012 adalah bersifat fitnah.

"Saya menyesal terhadap kenyataan itu yang telah disiarkan di media," katanya.

Musa, yang kini sering disebut-sebut namanya kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior untuk mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

“(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam,” dakwa Musa.

“Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis.”

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya “lebih tinggi” dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

“Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam,” katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

“Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?” kata Phang lagi.

Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.

Dalam kenyataannya Haniff mengesahkan kenyataan Phang bahawa beliau tidak pernah melantik ahli perniagaan itu sebagai penasihat polis.

“Saya tidak pernah mempunyai penasihat. Tetapi ramai yang menasihati saya tentang jalan yang mana tidak sesak, kedai mana untuk beli-belah.

“Jika Musa mendakwa Phang berkata bahawa beliau adalah penasihat saya, itu antara mereka berdua,” kata Haniff dalam laporan di dalam portal berita tersebut.

Phang juga menafikan bahawa beliau menentang Mywatch, sebaliknya berkata masalah utamanya ialah Musa menggunakan badan bukan kerajaan (NGO) itu sebagai platform semata-mata.

“Saya tidak ada masalah dengan Mywatch, cuma Musa menggunakan Mywatch sebagai platform untuk dirinya,” kata Phang.

“Dia mahu dilihat dan didengari semula oleh orang ramai, sebab itu beliau mengalami withdrawal syndrome, jika begitu, saya cadangkan beliau untuk berjumpa pakar sakit jiwa dan dapatkan perubatan, kalau tidak ia tidak elok untuk kesihatannya.

“Saya mendoakan beliau cepat sembuh,” kata Phang lagi.

Phang beberapa hari lalu enggan untuk memohon maaf kepada Musa kerana menggaitkan MyWatch dengan sindiket jenayah, dan berkata beliau bersedia untuk bertemunya di mahkamah.

Musa mendesak beliau memohon maaf dan memberikan tempoh selama tiga hari untuk Phang atau  tindakan undang-undang diambil kerana pertuduhan Phang terhadap MyWatch.

6 comments:

  1. ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ANWAR MOTHER OF CORRUPTION!!!







    ReplyDelete
    Replies
    1. Anwar pun dah jadi mother.kikiki

      Delete
  2. 12:16. Ini jer yg kau tulis? Patutlah Najib kata kau banggang! Kesiannye...

    ReplyDelete
  3. Idea dh kurang banggang pulak jd mcm tu lh buat menyemak blog org je...pergi lh hospital check kut2 ada wiyer putus..

    ReplyDelete
  4. Jangan-jangan hari ni ramai blogger bangang kena buang kerja. Isy isy isy dah la bangan takde kerja pulak!!

    ReplyDelete
  5. Melayu bagang bodoh malas bila duduk bawah org melayu . melayu di UK Hong Kong pintar berakhlak rajin didikasi . kerana mereka dididik oleh bangsa lain . fikir fikirlah sendiri

    ReplyDelete