Friday 12 December 2014

BETUL KE ANGGOTA MALBATT YANG DALAM MISI UNIFIL DI LUBNAN MENINGGAL DUNIA LIMA HARI LALU JENAZAHNYA DI LAYAN MACAM BUNGKUSAN BERAS??????





" Seorang perwira negara gugur di Lubnan. Jenazah di bungkus macam bungkus beras. Kalo MH kemain lagi punya layanan. Adil ke layanan yang di berikan kepada warga ATM macam ini?"
... Kiriman sahabat SSTV (Warga ATM).

Setelah dibuat selidikkan Omak dapati amat jelas sekali rungutan keluh resah tidak puas hati pihak yang menyebarkan kisah ini mempunyai niat untuk menyemarak dan menanamkan perasaan benci dan berang kepada pihak yang memberikan layanan berbeza antara mangsa-mangsa  MH17 dengan anggota Malbatt yang terkorban di Lubnan.

Rasanya sudah cukup dan lebih dari memadai dengan apa yang pihak ATM lakukan dalam mengurus jenazah Allahyarham Koperal Azman Che Soh.

Dengan memuat naik gambar keranda dibawa turun dengan di ikat rapat berbungkus disamakan dengan membungkus beras langsung tidak relevan sama sekali jika dilihat turutan dari situ.



Seorang anggota MALBATT 850-2 yang dalam misi UNIFIL di Lubnan meninggal dunia lima hari lalu selepas tidak sedarkan diri secara tiba-tiba ketika bertugas.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Kementerian Pertahanan, anggota terbabit, Koperal Azman Che Soh ketika itu sedang bertugas di Kem UNP 2-1, Kem Marakah, Lubnan.

Azman dikatakan tidak sedarkan diri secara tiba-tiba dan kemudiannya dibawa untuk rawatan awal di hospital Level 1 MALBATT oleh pegawai perubatan, Kapten Dr Mohd Hamzi Mohd Yatim.

"Memandangkan anggota masih tidak sedarkan diri, dia telah dirujuk ke Hospital Level 2, Naqoura dan dirawat oleh pakar perubatan hospital terbabit.

"Pada jam 10.45 (waktu tempatan) anggota berkenaan disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan hospital berkenaan," katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, punca kematiannya juga belum dapat dipastikan dan bedah siasat akan dilakukan esok di Hospital Hariri, di Beirut.

Majlis Penghormatan kepada anggota terbabit juga dijangka diadakan di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, sebelum jenazah diterbangkan ke Kota Bahru bagi urusan pengebumian.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Pelunggol, Melor meninggalkan seorang balu, Fatimah Senik dan tiga orang anak, dua perempuan dan seorang lelaki, masing-masing berusia 7, 4 serta 3 tahun.

Allahyarham adalah anggota elemen Combat Rescue Team (CRT) MALBATT 850-2 dan menyertai misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu sejak 18 September lalu.

Solat jenazah dan penghormatan terakhir anggota Elemen Combat Rescue Team (CRT) MALBATT 850-2, Allahyarham, Kopral Azman Che Soh yang meninggal dunia semasa bertugas di UNP 2-1, Kem Marakah, Lubnan Sabtu lalu di Masjid Al Muhajirin Pangkalan Udara Subang.

Jadi tuduhan mengatakan yang jenazah Allahyarham diberi layanan setaraf bungkusan beras adalah agak keterlaluan ... keranda yang membawa jenazah diikat dengan tali begitu rapi agar tidak bergoyang demi menjaga jenazah dalam keadaan baik... janganlah beremosi tinggi dengan membuat tuduhan membuta tuli sekadar menarik simpati dengan memberikan perbezaan yang bukannya realiti.

19 comments:

  1. Inalillah... Thank for your service. Al- Fatehah

    ReplyDelete
  2. KALAU JADI ADUN TIRU LA MACAM WAN AZIZAH

    PERGI MAKAN KENDURI JE

    NANTI ORANG CAKAP EH DIA DATANG LA

    KAH KAH KAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat apa tiru macam wan azizah lebih baik tiru macam mak kau,kencing berdiri

      Delete
  3. Don Vitto Corleone12 December 2014 at 11:32

    Exco PAS syok bangat dapat gelaran Datuk! Sekor lagi dah termakan budi. Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau cemburu n marah sebab bapak kau tak dapat gelaran datuk..kahkahkah

      Delete
    2. terima gelaran krn menghormati sipemberi.kau mana tahu adab sopan dasar dap pasma

      Delete
  4. Mh17 crew dn penumpang dianggap wira negara, askar yg terkoban dianggap ape pulak? bukan ape kalau dilihat dr segi sambutan kerajaan terhadap jenazah2 ni, mh17 penuh istiadat negara bg askar yg terkoban contoh di lahat datu lak cam biasa je ...nmpak x adil dn menimbulkn fitnah...bhg istiadat jpm kene tenguk lh hal2 mcm ni atau pm sendiri ...perkara2 mcm ni lh buat rakyat bertambah benci dgn kerajaan....

    ReplyDelete
  5. Nak sangat komen,

    Tapi bila bagi komen terus nampak BODOH..

    Topik lain tapi komen lain...

    ReplyDelete
  6. tu kerja macai pkr lah tu sbb kerja do korek kekurangan org lain utk dijadikan isu.........kalau nak tahu lebih arif pasal hukum agama patut ke tak patut boleh rujuk macai2 ni (ularmak al-osted rottweiler, al-kusyeen, al-tulang bab!, al-greenboar) sbb aku nengok depa ni mcm terlebih alim dan warak sampai tahap boleh mempertikai alim ulamak dgn hujjah2 bertaraf fitnah !

    ReplyDelete
  7. Macai2 umno ke pkr ke pas ke dlm blog ni semuanye seharusnye bersatu atas dasar rumpun melayu bukannye bertelagah antara satu dgn lain ...

    ReplyDelete
  8. Omakkau pandai tapi wa takut pengikut al jubori salah paham,maklumlah pengikut al jubori kan bodoh piang belaka hanya baca tajuk tapi tidak pada isi. Tengok komen atas pengikut al jubori die bandingkan dengan jenazah lain,pengikut al jubori bodoh nak mampos. Sapa rply komen wa die bodoh

    ReplyDelete
  9. Patutkah wira negara diperlakukan sedemikian rupa..

    ReplyDelete
  10. ehhh dak eehh depa lebih tinggi dpd ulamak dan ustaz .................agak2 aku bertaraf wali kut tp nak kata wali songo tu depa ni atas lagi...................mgkn bertaraf wali songgel kut sbb depa ni hampir hari2 dok publish berita songgel bertaraf fitnah............pi lah rujuk kat depa selalu untung2 depa ni boleh jamin dpt ringgit kashoorgaa............kalau pun tak syorga !

    ReplyDelete
  11. Aku rasa mmg nampak jelas double standard yg nyata bgaimana jenazah tentera dan mangsa MH17 disambut. Mana PM? TPM, menteri PERTAHANAN dan kabinet najib?

    ReplyDelete
  12. Political mileage yang dipandang umno/bn kes2 macam ini dianggap terpencil...biarlah diurus unit berkenaan saja...yang sebenar gugur sebagai perwira negara diabaikan lihat pulak bagaimana sambutan dan pengiktirafan kepada wartawan yang terkorban di somalia yang dianggap wira negara?? Mungkinkah sebab beliau mengikuti rombongan umno

    ReplyDelete
  13. Ini perwira tak dak 'Political Mileage' pada kerajaan...dalam ertikata lain..'Expendable'...boleh dikorbankan...PERIOD!!!!........................

    ReplyDelete
  14. Mati itu pasti...

    Mati itu di mana mana boleh jadi

    Seksa kubor sudah ber jalan

    Yang belum mati , ber amal selagi ada hayat

    Dah mati tak guna

    ReplyDelete
  15. Yg komen bangang sedap ckap sama saja dg askar yg ambil poto ini , jenazah tu naik Qatar air keranda tu ikut prosuder di ikat dg tali jgn buat andaian utk mebangkit isu... klau hati ada sikt busuk terus busuk utuk menghentam perkara2 yg ta risional.

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...