Wednesday 3 December 2014

DAP SUDAH KANTOI???? ... AZMIN CAKAP DIA TAK PERNAH JANJI KERUSI TIMBALAN SPEAKER II KEPADA DAP.



Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali berkata beliau tidak pernah berjanji mewujudkan jawatan timbalan speaker II seperti dibangkitkan DAP.

Kenyataan Azmin sebagai respon kepada Timbalan Setiausaha DAP Selangor Ng Suee Lim baru-baru ini menuntut janji yang dibuat kepada parti itu.

"Tak timbul janji. Kalau janji tidak payah bincanglah," kata Azmin kepada wartawan di lobi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.

Azmin berkata, perkara yang dibangkitkan itu akan dibawa ke mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) untuk mencari jalan penyelesaian.

"Kita sudah setuju perkara ini akan dibincangkan ke peringkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

"Perkara ini memang ada dibangkitkan oleh DAP dan saya sudah pun mengadakan perbincangan dengan Tony Pua (Pengerusi DAP Selangor). Perkara seperti ini harus diputuskan oleh kepimpinan tertinggi," katanya.

Azmin memberitahu, pada waktu ini masih kekal satu jawatan timbalan speaker.

Isnin minggu lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bangi daripada PAS, Mohd Shafie Ngah dilantik sebagai timbalan speaker selepas mendapat undi majoriti Adun bagi menggantikan Ketua Pemuda PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Azmin pada awal pentadbirannya berjanji memberikan kerusi itu kepada PAS, sebagai ganti kepada kerusi exco PAS yang dikurangkan menjadi 3.

Ng berkata, permintaan itu juga wajar bagi DAP Selangor memandangkan ia mempunyai 15 kerusi DUN, lebih banyak daripada PKR yang hanya mempunyai 13, selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjadi Adun bebas.



ULASAN OMAK KAU:-
Yang pasti sama ada DAP menipu atau Azmin tidak bercakap benar mungkir janji buat flip flop pusingan U 360 darjah setelah diterjah teruk.

Yang pasti lagi jelas DAP pelahap jawatan dan kuasa bila dilihat ada sedikit kelebihan kerusi dalam DUN Selangor.

DAP lupa PAS juga mempunyai 15 kerusi tetapi sekadar dapat jawatan 3 Exco dan satu Timbalan Speaker .. jawatan Timbalan Speaker pun terpaksa diperolehi dalam suatu perebutan dengan DAP.

Yang pasti PAS sedikit pun tidak mengungkit yang dia ada lebih kerusi DUN dari PKR sepatutnya dia mesti dapat lebih jawatan exco .. kerana atas sikap wala' kepada keputusan Pakatan Rakyat diterima juga.

Jadi siapa yang tidak akur dan patuh kepada keputusan bersama Pakatan Rakyat???? .. Siapa???? Kalau bukan DAP dalam isu ini.


KEBENARAN ITU PAHIT .. KEADILAN ITU PERIT ... PERJUANGAN ITU SAKIT... RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH .. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DI TOLAK.

16 comments:

  1. Cina tetap cina. Lihat lah bagaimana yahudi boleh menjajah palestine.
    Cia tidak akan berdiam diri selagi matlamatnya tidak tercapai. Bila nampak peluang dan ruang, mereka akan terjah.
    Inilah cina DAP yang disayangi oleh PasMa dan jebon jebon. Ini cina cina DAP yang macai macai PKR kata kawan setia.
    Apakah pilihan yang azmin ada.
    Sanggopkah azmin terus menerima tekanan DAP? Dan mengambil resiko jika cuba menentang kehendak DAP? Ingat Azmin. Anwar tidak akan sanggop kehilangan DAP daripada kejilangan kamu.
    Atau Azmin perlu meyelamatkan diri,dengan ber UG dengan UMNO?
    Tidak ada yang mustahil dalam politik. Sedang anwar sendiri swdang berusaha untok UG dengan najib ,demi menyelamat diri nya daripada dihumbam ke Kajang.
    Tidak kah kamu merasa pelik mengapa susah sangat mahkamah persekutuan naj buat keputuasan kes liwat 2 ni?
    May be negotiation and bargaining process is not finalises yet and still going.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meme celaka 2 ekor barua ni.

      Delete
    2. jangan celakakan orang nanti kau yang ditimpa kecelakaan ,Hati2 bila memandu kereta,bawak motor ,
      atau jalan kaki,kecelakan menanti kamu melainkan kau mohon maaf dan minta ampun kepada Allah.cepat sikit,

      Delete
    3. Tak habis2. Dap dan azmin!!!! Adakah omak kau mahu pkr berpecah baru puas hati????? Lagi satu.... cina lah...pig lah...kenapa resis sgt???? Suka sgt ke cina melayu berbalah???? Kenapa bijak tapi bodoh berfikir. Adakah malaysia mahu bagi dua??? Kalau tak kenapa nak cuba pecah belah kan dua bangsa dgn fikiran yg berbau resis???? Bukan cina tamak atau jahat tetapi saudara2 yg tak berfikir secara wajar. Cuba tanya diri....baik sgt ke bangsa mu??? Tak tamak ke bangsa mu???? Tak jahat ke bangsa mu???? Tak pentingkan diri ke bangsa mu???? Maka jgn tak bijak berfikir guna akal bukan lutut. Saudari omak kau juga jgn buat siar blog mcm sindiri yg berbau hasutan ini akan melebih2 malah cuba nak api2 kan party jgn nanti membakar diri.

      Delete
    4. Syabas omak dengan laporan sebagini supaya org Melayu sedar. Apa yg anon 1744 takut sangat PAS UMNO & PKR (melayu) & TSKI boleh bergabong kembali dg TSKI jadi MB.

      Delete
    5. siapa yg takut siapa jadi MB ke melayu berkuasa ke itu semua tak penting tetapi hubungan antara bangsa akan tergugat tanpa kita sedari malah ini boleh memungkinkan huru hara akan belaku pada masa depan ini ke saudara nak?????? apa guna berkuasa kalau rakyat dah merana lagi nak huru hara kan perpecahan semua bangsa tak bersatu saudara fikir baik ke buat negara???? kalau beginilah perangai rakyat melayu berfikir saya percaya malaysia akan dalam keadaan apa yg terjadi pada 15 mei akan berulang.

      Delete
  2. Sekarang dah mula nampak sikit2 sapa sebenarnya busuk hati....
    Patutlah beriya2 nak pas keluar PR.

    ReplyDelete
  3. PRU nanti melayu bagi je undi kat pkr dan pas

    ReplyDelete
  4. Geng2 Pasma dan PKR terkedu dibuatnya.
    Lepas ni mungkin ada yang mintak jawatan MB2, MB3, MB4 dan seterusnya.

    ReplyDelete
  5. Bayang2 nak terlingkup dah ada dah.
    Cuma bergantung pada Noh Omar aje.
    Kalu Noh Omar bijak, penggal depan kita dapat MB baru.

    ReplyDelete
  6. ada babi ada bas
    ada budi kena balas.

    ReplyDelete
  7. memang geng2 Umno dan Pas nak kan Noh Omar jadi MB .olih kau tumpang jadi miskin sekaki.kah.kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang PKR jadi MB kita pun miskin bang...

      Delete
  8. Umno tidak ada kena mengena dalam ini cerita. Ini kisah PKR, DAP, PasMa dan PAS.
    Cina DAP dah mula naik toncang.
    PKR dah mula kepanasan dibakar oleh Cina DAP.
    PAS dah terasa kena main oleh PKR .
    PasMa ???? Tunggu masa.

    ReplyDelete
  9. Dan (ingatlah) ketika Kami mengikat perjanjian setia dengan kamu semasa Kami angkatkan bukit Tursina itu ke atas kamu (sambil kami berfirman): “Ambilah (dan amalkanlah ajaran Kitab Taurat) yang Kami berikan kepada kamu itu dengan bersungguh-sungguh, dan dengarlah (apa yang diperintahkan kepada kamu dengan mematuhinya)”. Mereka menjawab: “Kami dengar, dan kami menderhaka”. Sedang kegemaran menyembah (patung) anak lembu itu telah mesra dan sebati di dalam hati mereka, dengan sebab kekufuran mereka. Katakanlah (wahai Muhammad):” Amatlah jahatnya apa yang disuruh oleh iman kamu itu kalaulah kamu orang-orang yang beriman”.

    AL QURAN 2.[93]

    ReplyDelete
  10. Anwar bagi muka sangat dengan cina dap ni pon..

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...