KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 11 December 2014

KERANA SURAT INI PIHAK KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH TELAH MEMBUAT LAPORAN POLIS KERANA RASA MALU DIUBAH MENJADI KEMENTERIAN KEMALUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH.



Kenyataan Rasmi Daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


Pihak Kementerian memandang serius penyebaran gambar keratan surat Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek, Pejabat Cawangan Negeri Sembilan/Melaka, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang tersebar di media sosial.

Hasil semakan Kementerian mendapati salinan surat asal yang ditandatangani oleh pegawai tersebut telah sengaja dipinda.

Tindakan yang tidak bertanggungjawab ini telah menyebabkan salah faham sekaligus menjejaskan nama baik dan imej Kementerian.

Susulan itu, satu laporan polis telah pun dibuat di IPD Seremban 2 dan aduan juga turut difailkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya.

Pihak Kementerian memohon kerjasama daripada semua pihak agar dapat menyebarkan penjelasan ini.

Sekian, terima kasih.

Unit Komunikasi Korporat,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah.
03-88915945 / 03-88915946

5 comments:

  1. Jangan dilayan blogger umno yg banggang.hahaha

    ReplyDelete
  2. Nape lh perkara mcm ni pun nk buat main2 ...kalau x suka pun dgn kerajaan sekarang ni jgn lh smpai ke tahap mcm ni ... tahap melampau namenye....

    ReplyDelete
  3. kemaluan ? kemaluan? kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ekau golak pasa apo? Macam ado oghang pogang jo! Kikikikiki

      Delete
  4. Kenapa pihak KKLBW cuba melindungi kakitangannya? Surat itu tentu telah ditaip oleh Pembantu Tadbir, disemak pula oleh Pembantu Tadbir Kanan dan ditandatangani pula oleh Pegawai berkenaan. Ada 3 tapisan di situ, mcm mana boleh lepas? Kemudian tuduh pihak lain pula yg salah!

    ReplyDelete