Thursday, 11 December 2014
AIR BERTAKUNG LAGI DI KLIA2
Hujan lebat yang melanda KLIA2 menyebabkan air bertakung sekali lagi di kawasan pelataran lapangan terbang tersebut walau kementerian pengangkutan telahpun berjanji untuk memperbaikinya.
"Kita akan baikinya,” kata menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam sidang media selepas melawat kawasan yang ditakungi air di lapangan terbang tersebut hari ini.
Liow yang mengumumkan nama anggota Jawatankuasa Audit Bebas KLIA2 berkata, jawatankuasa itu sudah diarahkan untuk menyiapkan laporannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun depan.
“Saya beri mereka tempoh beberapa bulan untuk menjalankan siasatan terperinci ke atas pelataran KLIA2 dan juga ke atas isu keselamatan,” katanya.
Ditanya mengenai masalah yang dikenalpasti oleh kontraktor lapangan terbang tersebut, Liow berkata tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat apa-apa kesalahan.
Katanya, laporan audit oleh jawatankuasa bebas itu akan didedahkan kepada umum bagi menjamin ketelusan dan kebertanggungjawaban.
Jawatankuasa berkenaan diketuai oleh presiden Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik, Chuan Hean Teik serta tiga lagi anggota.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...
-
BIAR RAKAMAN GAMBAR BERBICARA Billboard Parti KeADILan Rakyat Keadilan diKM 383.4. Lebuhraya PLUS Utara-Selatan menuju Ut...
-
Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sult...
Gara-gara hadiah telefon pintar
ReplyDeleteMANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.
S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.
Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.
“Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.
“Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.
Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.
Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.
“Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.
“Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.
Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.
20:03 tu sbb najib kata ko bangang orang cerita lain ko jawab lain..
ReplyDeleteALA KALAU BANJIR TIRU LA MACAM WAN AZIZAH
ReplyDeletePERGI MAKAN KENDURI JE
NANTI ORANG CAKAP EH DIA DATANG LA
KAH KAH KAH
Lu Sama mcm sy la... rabun2 ayam... tp lu mesti igt.. dia sdah jnji... mesti dicapati meh? Berulang lg ini episode... ini bukn sikit duit ma..... ini duit u n i... apamcm dia bikin? Mmg takak otak pnya olang
DeleteTak boleh buek swimming pool ko? Sambil-sambil tunggu flight boleh gak santai-santai. Universiti banyak, profesor kangkong ghamai, injinior bersepah tapi buek airport fail? Mangkuk ayun punya bangsa!! Kalau tak menipu tak sah. Dulu kato kek cino sekarang kalau tak menipu itu bukan Maulayu!!
ReplyDelete