KEBENARAN ITU PAHIT, KEADILAN ITU PERIT, PERJUANGAN ITU SAKIT, RAKYAT BENCI KEZALIMAN, PENIPUAN DAN FITNAH. PEMIMPIN YANG BONGKAK, SOMBONG DAN ANGKUH AKAN DITOLAK.

Pengikutku yg cool..muah33x

Thursday, 11 December 2014

MAHKAMAH TINGGI BATALKAN SAMAN RM2 JUTA BALU PI BALA TERHADAP NAJIB, ROSMAH DAN TUJUH LAIN KERANA TIDAK MEMPUNYAI LOCUS STANDI.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan tujuh yang lain berjaya membatalkan saman RM2 juta yang difailkan balu P. Balasubramaniam terhadap mereka.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohamad Hashim berkata, A Santamil Selvi tidak mempunyai keupayaan memfailkan tindakan bagi pihak harta pusaka mendiang suaminya.

"Tidak ada keadaan khas untuk membenarkan merit guaman itu untuk didengar kerana dia tidak mempunyai locus standi," kata Hasnah hari ini membenarkan permohonan sembilan individu berkenaan untuk membuang kes itu
.

4 comments:

  1. Gara-gara hadiah telefon pintar

    MANJUNG - Seorang suami tidak menyangka hadiah telefon bimbit pintar yang diberikan kepada isterinya telah disalahgunakan.

    S Selvaratnam, 36, menghadiahkan sebuah telefon bimbit pintar kepada isterinya, M Ritha, 34, enam bulan lalu apabila didesak oleh isterinya.

    Menurutnya, telefon pintar itu digunakan untuk bersembang di laman sosial Facebook.

    “Gara-gara bersembang di Facebook isteri saya terpedaya dengan kata-kata manis seorang lelaki sehingga sanggup meninggalkan saya dan dua anak.

    “Telefon itu saya berikan untuk kemudahannya dan tidak menyangka disalahgunakan,” katanya yang tinggal di Taman Krishnan, Sitiawan di sini.

    Selvaratnam berkata, sejak mempunyai telefon berkenaan, isterinya tidak pernah lekang dengan gajet itu walaupun ke tandas.

    Jelasnya, perbuatan isterinya berhubung dengan lelaki lain disedari apabila melihat perbualan mereka menerusi akaun Ritha.

    “Saya bertindak menyiasat perkara itu dan mendapati isteri ada menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki dari Singapura.

    “Mereka kini dipercayai berada di Johor dan saya sangat kesal kerana dia sanggup meninggalkan anak, S Vaishanavi, 11 dan S Yuvanraj, 8,” katanya.

    Selvaratnam berharap isterinya pulang semula ke pangkuan keluarga kerana anak-anak begitu merindui Ritha.

    ReplyDelete
  2. 20:01 tu sbb najib kata ko bangang orang cakap lain ko jawab lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biak p la kt dia.... sbb dia nmpak kes najib sama ngan kes talipon ni...

      Delete
  3. mudah je..sebab die NAJIB DAN ROSMAH..!!! Hahahahahahaha...xpyah pening2 xpyah pusing2.

    ReplyDelete