Friday 5 December 2014

KERETA KEDUTAAN TURKEY YANG KENA SAMUN DIGUNAKAN UNTUK MENYAMUN, AKHIRNYA KENA TANGKAP DENGAN POLIS.



Kereta jenis Toyota Camry milik kedutaan Turki yang dilarikan di Wangsa Maju 20 Okt lalu terbabas melanggar dinding sebuah gelanggang sukan di Kampung Kurnia, Simpang Pulai Ipoh.

Sebuah kereta jenis Toyota Camry milik Kedutaan Turki di Kuala Lumpur yang dilarikan dari sebuah stesen minyak di Wangsa Maju rupa-rupanya digunakan oleh dua lelaki untuk menyamun dengan menyamar sebagai anggota polis di Ipoh.

Dua suspek terbabit sudah menyamun tujuh kali, termasuk dua kali dengan menyamar sebagai anggota polis di sekitar kawasan Menglembu di bandaraya itu sejak awal pagi Khamis, sebelum berjaya dikesan oleh anggota polis kira-kira jam 12 tengahari selepas menerima maklumat.

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong, sebaik menyedari kehadiran polis, suspek memecut kereta itu untuk meloloskan diri lalu dikejar anggota unit kereta peronda polis (MPV) hinggga ke Simpang Pulai.

Ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat Simpang Pulai, kedua-dua suspek berusia lingkungan 20-an itu bertindak ganas melanggar kereta peronda polis.

“Sebanyak lapan buah MPV mengejar kenderaan suspek.

“Semasa berhenti di lampu isyarat di Simpang Pulai, kenderaan suspek cuba melanggar kenderaan polis selain turut melanggar dua buah kenderaan awam,” kata Sum kepada pemberita pada petang Khamis.

Tindakan mereka memaksa anggota polis melepaskan tiga das tembakan amaran, namun dua lelaki terbabit sekali lagi memecut kereta yang mereka naiki.

Polis terus mengejar hingga ke Kampung Kurnia sebelum kereta suspek terbabas dan melanggar sebuah gelanggang sukan serbaguna di kampung tersebut, katanya.

“Kedua-dua suspek cuba melarikan diri di ladang kelapa sawit berhampiran kampung itu namun gagal selepas ditahan polis.

“Hasil siasatan mendapati kereta yang digunakan suspek milik kedutaan Turki yang dilaporkan hilang di sebuah stesen minyak di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Okt lepas,” jelas beliau.

Akibat terlanggar dinding konkrit gelanggang sukan serbaguna itu, bahagian hadapan kereta itu remuk, setelah membuat pemeriksaan polis menemui dua bilah parang di dalamnya.

Omak Kau pada 25 Okt lalu turut melaporkan berita mengenai kereta itu yang dilarikan seorang lelaki ketika pemandunya yang merupakan seorang pegawai kanan kedutaan Turki berhenti dan masuk ke dalam kedai serbaneka stesen minyak berkenaan untuk membeli minuman.

Tahniah atas keberanian dan kecekapan anggota-anggota polis yang terlibat .. Tabik spring melantun!!!

6 comments:

  1. http://algoojo.blogspot.com/2014/12/peminat-bola-sepak-malaysia-bodoh-tahap.

    ReplyDelete
  2. Tahniah!1 Polis macam nilah kita mahu. Polis yang berdedikasi, kerja sepenuh hati. Mereka macam ni yang patut naik pangkat. Patut mendapat pingat. Ini yang kaki pau pun naik pangkat apa hal!! Tahniah dan selamat pangjang umur serta murah rezeki!!

    ReplyDelete
  3. yang tumbuk mata orang sampai Lebam lagi beso pangkat!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dulu, sekarang polis baik2, mencari rezeki halal dn memikul amanah kerana Allah ....

      Delete
  4. Kenapa tak ditembak ajer Paria yang hidup dengan merompak. Aku tidak mahu menggunakan India...sebab orang India yang jahat adalah dari kasta Paria. Apa yang ada kaitan dengan Paria semua kotor dan dosa.
    Kalau di India mereka dipulau hingga ada kedai makan yang sanggup buang pinggan atau gelas yang digunakan Puak Paria.
    Polis Malaysia kena tiru Polis USA. Kalau di USA, perompak atau penjahat terutama yang berkulit hitam tidak diberi muka. Tembak atu cekik sampai mampos...

    ReplyDelete
  5. Tabik spring melantun!!!
    kahkahkah !!!

    dr mana ko blajar ni ... omakkau..?

    ReplyDelete

INILAH IDENTITI PEMANDU LORI REMPUH ORANG RAMAI DI BANDAR NICE FRANCE MENGAKIBATKAN 84 MAUT, 53 CEDERA PARAH DAN 202 CEDERA.

Pemandu lori yang merempuh orang ramai di bandar Nice, Perancis semalam disahkan warga negara Tunisia yang bernama Mohamed Lahouaiej-Bo...